Review Telefilem | Nafsu Mental (Astro Citra)


Telefilem : Nafsu Mental
Produksi : Fast Motion Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 15 Januari 2022
Pelakon : Syafiq Kyle, Fatin Afeefa, Riz Amin, Meor Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Fariz Isqandar, Nu'man Mohd Salleh, Zulkifli Salleh,  Shamielya Shamsul, Chinta Ily

Nafsu Mental memaparkan sebuah kisah tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai 'orang baik' tapi boleh bertindak di luar batas kemanusiaan.


narratif telemovie Nafsu Mental ni dibawa oleh watak Firdaus lakonan Riz Amin, kisah bermula apabila anak Firdaus iaitu Hazriq (Fariz Iskandar) dan kawannya ditangkap menonton video lucah oleh ajk flat tersebut lalu mereka melaporkan hal tersebut kepada Firdaus.

Firdaus yang geram dengan tabiat buruk anaknya bertindak memukul Hazriq di depan orang ramai. ajk flat merasakan tindakan Firdaus sangat melampau sampai keluar khabar angin Hazriq menonton video lucah kerana pengaruh bapanya.

dari awal lagi jalan cerita telemovie ni sangat mengelirukan sebab ada lagi dua kisah lain dan tiada watak utama yang lead dia punya flow cerita sebab kisah ni berselang seli, agak susah juga nak tembak apa kaitan antara satu kisah dengan kisah yang lain.


kisah kedua tentang dua jiran yang tinggal di sebuah flat. Nizam (Syafiq Kyle) digambarkan sebagai suami yang baik dan rajin membantu isterinya, Salma (Syamielya Shamsul) melakukan kerja rumah. manakala Idin (Meor Mohd) seorang suami yang pemalas dan suka menghabiskan masa dengan telefon menyebabkan dia dengan isterinya Junaidah (Chinta Ily) selalu berlaku bergaduh.

Suatu hari, Salma terjumpa koleksi video lucah yang disorok oleh suaminya di dalam bilik lalu memberitahu hal tersebut kepada Junaidah. Nizam yang perasan perubahan isterinya memberitahu barang tersebut milik kawannya dan Salma percaya yang dia telah salah faham.

Junaidah pula menceritakan hal tersebut kepada suaminya tapi Idin memberitahu yang perkara tersebut normal kepada orang lelaki. persoalannya, siapa sebenarnya yang ketagih dengan benda tersebut?


kisah yang lain pula, Maria (Fatin Afeefa) yang merasa dirinya diperhatikan tapi tidak mengambil serius perkara tersebut. Sehingga suatu hari, Maria menemankan ibunya ke mall tapi berpatah balik ke kereta untuk mengambil beg duit dan kemudiannya diculik dan hilang.

kes Maria rasanya diinspirasi dari kisah benar, satu kes yang pernah menggemparkan negara bila mangsa diculik di tempat parking, dirogol dan dibunuh kemudian mayatnya dibakar dan dibuang dalam lubang.

banyak plot holes dan ada juga part yang aku tak faham, Maria ni sebenarnya tinggal di mana. kalau tak silap aku dia balik melawat emak dan bapanya. kalau baru beberapa hari duduk situ, macam mana dia boleh jadi target jenayah? takkan ternampak keluar jemur kain tengah malam pun penjahat tu terus turn on. sakit betul orang tu. kalau random target sepatutnya tak payah letak scene stalker tu.


konsep Nafsu Mental nampak menarik tapi plot dia bersepah, pening juga tengok. agak susah nak teka penjenayah sebenar sebab tak banyak klu yang diberikan, aku rasa tengok cerita ni kena guna instinct nak teka penjahat sebenar. dan semuanya akan terungkai di penghujung cerita.

satu je la hint nak bagi, sebenarnya timeline Firdaus berbeza dengan Maria dan Nizam tapi dalam telemovie langsung tak ada perbezaan antara dua timeline ni. kena tengok sampai ke penghujung juga untuk tahu apa kaitan Firdaus dengan kes tersebut dan motif sebenar.

mesej dalam Nafsu Mental padu tapi penyampaian tu agak lemah tapi overall masih menarik untuk ditonton.

Post a Comment

4 Comments

  1. dah tengok, mmg keliru dengan perkaitan antara watak, dekat hujung2 baru tauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan..pening tgk telefilem ni langsung tak nampak klu yg boleh kait antara kisah ni. watak Nizam, selain simpan video kawan dia tu tak ada pula tunjuk perangai pelik lain untuk kaitkan dia sebagai org jahat..

      Delete
  2. Mungkin kena fokus pada satu cerita kan. Kejap cerita sini kejap cerita sana susah sikitlah nak hadam. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu rasanya sebab tak ada klu nak relate tiga kisah ni. setakat tunjuk orang tu dicop jahat sebab panas baran, orang tu baik sebab tolong bini. apoo..haha

      Delete