Drama Turki | Hayatimin Aski - Love of My Life (Astro Prima)


Drama : Hayatimin Aski / Love of My Life
Siaran : Astro Prima 105
Mula Tayangan : 31 Januari 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Hande Dogandemir, Serkan Cayoglu, Berk Hakman, Zafer Algoz, Zeyney Eronat, Yonca Evcimik, Seda Turkmen, Deniz Barut

Sekarang ni banyak pula drama turki ditayangkan kat tv, terbaru Astro pula bawa masuk satu lagi drama turki iaitu Hayatimin Aski atau Love of My Life lakonan Hande Dogandemir dan Serkan Cayoglu. Sebelum ini, Astro pernah juga tayang drama Serkan yang bertajuk Cherry Season.

Hayatimin Aski sebuah drama romantik komedi yang mula ditayangkan pada 15 Mei 2016 dan mempunyai 17 episode kesemuanya dengan berdurasi dua jam dan bila ditayangkan di tv Malaysia mungkin akan jadi lebih 50 episod.


Hayatimin Aski atau Love of My Life mengisahkan Gokce Senkal (Hande) yang sudah memasuki umur 30 tahun tapi masih lagi bujang namun tak pernah kisah dengan semua itu walaupun rakan-rakannya kebanyakkan sudah berkahwin atau mempunyai teman lelaki.

pernah juga Gokce keluar temujanji dengan lelaki tapi semuanya gagal dan bosan bila asyik dapat ayat reject yang sama, 'You deserve someone better than me'.

Gokce sebenarnya meminati seorang lelaki bernama Demir Cerrahoglu (Serkan), pemilik Agency 275 iaitu syarikat tempatnya bekerja. walaupun dah lama bekerja di situ, Demir tak pernah perasaan kewujudan dia sehinggalah suatu hari, Demir tertarik dengan idea iklan dari Gokce lalu memberi peluang untuk Gokce menyerlah dengan kerjanya.


Sewaktu Gokce menyertai perjumpaan dengan rakan-rakannya, mereka menyindir Gokce yang masih solo dan mungkin akan terus jadi anak dara tua. geram dengan sindiran kawan-kawannya, Gokce memberitahu yang dia sudah mempunyai teman lelaki bernama Demir.

Sejak hari itu, Gokce tekad mencari jalan untuk menambat hati Demir masalahnya dia langsung tak ada pengalaman dengan lelaki. semua rancangan yang Gokce cuba tak berjaya dan cuma memalukannya dirinya sahaja di depan Demir.

Dalam masa yang sama, Gokce mula rapat dengan Kaan (Berk Hakman) yang baru dikenalinya. dari Kaan Gokce selalu meminta nasihat lelaki tersebut untuk membantunya mencari jalan memikat Demir.


Kaan dalam diam menyimpan perasaan kepada Gokce tanpa gadis itu sedar. Kaan juga seperti mengenali Demir, apakah hubungan sebenar Kaan dan Demir? Berjaya Gokce dalam misinya untuk menawan hati Demir?

Saksikan kesemuanya dalam drama Hayatimin Aski / Love Of My Life, setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam bermula 31 Januari 2022 di Astro Prima

Post a Comment

3 Comments

  1. 17 ep jd 50 ep...campur iklan lg...hehe..

    kureng sikit kalau genre pompuan kejar lelaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 ep boleh panjang sampai 3 ep bila campur iklan..haha

      Delete
  2. owh 54 episod semuanya..thanks info..cerita turki mmg lama panjang2 kan..letih gk la nk bg habis dgn drama salah faham yg xhabis2 haha..tp best gk citer ni..drama turki once u start tgok mmg susah nk stop..even drag mcm mana pun jalan cerita dia..now dh episod ke-35..nasib boleh record citer ni so part iklan boleh skip n part2 Bartu yg annoying tu pun i skip kadang2 haha

    ReplyDelete