Drama : Shakira
Produksi : Wiranusa Corporation
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Zarihah Hassan, Zuraida Ramli
Siaran : TV3
Tayangan : 5 Januari 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Nada Nursyuhada, Marissa Yasmin, Wan Raja, Syerinie Myra
Sinopsis Drama Shakira
Shakira (Janna Nick) dan adiknya, Hanisah (Nada Nursyuhada) menjadi yatim piatu dijaga oleh Mak Cik Aida (Marissa Yasmin). Aida tidak pernah ikhlas menjaga dua beradik tersebut kerana mengharapkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.
Shakira yang tahu niat sebenar Mak Cik Aida rasa tidak berpuas hati dan duit belanja bulanan mereka juga dibolot oleh Mak Cik menyebabkan Shakira terpaksa mencari duit sendiri dengan menjadi penyanyi kumpulan busker.
Hanisah yang berkahwin dengan Zakuan tidak bahagia kerana lelaki itu telah berpakat dengan Mak Cik Aida untuk membolot harta pusaka mereka. Hanisah mula mengalami tekanan jiwa dan Shakira pula terpaksa berhenti belajar dan berhenti menjadi busker sepenuh masa bersama kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai Irdi (Khai Bahar).
Suatu hari, Shakira ditawarkan menjadi penyanyi live band di sebuah resort baru. Irdi menyokong keputusan Shakira, dalam diam juga Irdi telah jatuh hati dengan Shakira namun tidak mampu meluahkan perasaannya kerana masih rasa bersalah atas kematian isterinya.
Sementara itu, Shakira semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya) yang merupakan seorang arkitek. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan namun pendiriannya mula berubah sejak bertemu dengan Shakira.
3 Comments
Wahh ada Shukri Yahaya dengan Khai Bahar. Nak tengok lah nanti
ReplyDeletemacam best jer drama ini
ReplyDeletewah ada janna nick
ReplyDelete