Title : The Devil Judge
Director : Choi Jung Gyu
Screenwriter : Moon Yoo Seok
Network : TVN
Aired : 3 July 2021 - 22 August 2021
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Crime, Law, Mystery
Cast : Ji Sung, Kim Min Jung, Park Jing Young, Park Gyu Young, Jeon Cha Eun, Kim Jae Kyung, Park Hyung Soo, Lee Ki Taek, Jang Young Nam, Ahn Nae Sang, Baek Hyun Jin, Hong Seo Joon, Lee Seo Hwan, Lee Seo Hwan
The Devil Judge berlatarkan Korea sebagai negara dystopia yang mana jurang kemiskinan sangat tinggi dan sistem yang ada semuanya dikawal oleh golongan elit yang memegang kuasa dalam mengawal golongan rakyat marhaen.
Kang Yo Han (Ji Sung) seorang ketua hakim telah menubuhkan perbicaraan mahkamah secara langsung untuk meraih sokongan masyarakat dan setiap keputusan perbicaraan live court tersebut akan ditentukan oleh orang ramai melalui sistem undian online.
selain Kang Yo Han, Kim Ga On (Park Jin Young) dan Oh Jin Joo (Kim Jae Kyung) juga dibawa masuk untuk membantu Kang Yo Han sepanjang proses perbicaraan tersebut berlangsung.
Kang Yo Han mempunyai agenda sendiri dan setiap kes yang dibawa ke dalam live court sebenarnya mempunyai kabel yang kuat dalam erti kata lain, orang kaya yang kebal dari undang-undang dan dilindungi oleh kerajaan yang corrupt. Badan kehakiman yang sepatutnya berlaku adil pun dah tercemar jadi Kang Yo Han sebagai ketua hakim langsung tak kisah untuk melanggar undang-undang yang ada asalkan misi dia berjaya.
dalam The Devil Judge, Social Resposibility Foundation yang dipegang Presiden Seo (Jung In Kyum) memainkan peranan penting dalam menyumbang dana besar kepada kerajaan dan ahli politik. foundation sangat berpengaruh dengan kempen mengutip derma untuk membantu rakyat tapi semua tu propa je lebih sebab hasil sumbangan tersebut semuanya masuk poket ahli yayasan.
bukan kerja mudah juga, Kang Yo Han nak menjatuhkan golongan kayangan ini sebab mereka memegang kuasa yang mengawal dan memanipulasikan keadaan.
Kim Ga On menerima tawaran sebagai hakim live court atas permintaan professornya, Min Jung Ho (Ahn Nae Sang) yang mahu Ga On menyiasat motif sebenarnya Kang Yo Han mengadakan live court sebab takut Yo Han menggunakan platform tersebut demi kepentingan sendiri.
banyak rumor yang tak elok pasal Yo Han ni dari kecil sehingga dewasa jadi. dengan bantuan temannya Detektif Yoon Soo Hyun (Park Gyu Young), mereka menyiasat latar belakang Yo Han dan mencari motif sebenar lelaki tersebut
dari situ Kim Ga On boleh nampak yang Kang Yo Han tak sejahat seperti dicanang orang. dalam dia mahu berpihak dan membantu Kang Yo Han, Ga On ada kalanya tak setuju dengan tindakan Yo Han yang dirasakan kejam dan melampaui batas sebagai hakim.
watak Kang Yo Han dalam The Devil Judge sangat menarik, kredit kepada penulis sebab berjaya create watak yang sangat strong dan penuh misteri dan Ji Sung berjaya bawa watak ini dengan baik sekali. tapi sayang bila ada watak lain yang ada potensi menarik tak diberi perhatian untuk menyerlah. toward the end menyampah pula sebab side characters terlebih emosi sampai terserlah kebodohan masing-masing.
misalnya watak Jung Sung Ah di awal cerita sangat menarik penuh kejutan dan nampak bijak tapi masuk pertengahan cerita terus bosan dengan dia sebab terlampau obsess dengan cinta dan kuasa.
bila tengok episod akhir, aku boleh faham kot penulis create watak Kim Ga On kontra dengan Kang Yo Han. kalau Kang Yo Han jenis langgar je semua benda tapi Ga On pula masih percaya lagi dengan undang-undang yang wujud.
tapi seriusly sangat rimas sepanjang tengok drama ni bila watak Kim Ga On terlampau naif dan langsung tak konsistent, baru kena cucuk sikit dah goyang. bila benda buruk berlaku terus tuding jari kat Yo Han tapi bila helpless tahu pula terhegeh-hegeh nak cari Kang Yo Han.
yang Yoon Soo Hyun pula watak yang aku rasa tak ada logik akal atau stupid. bosan dengan dialog dia yang asyik cakap Kang Yo Han bahaya dan melanggar undang-undang. seriusly dari buang waktu siasat motif Kang Yo Han kenapa Yoon Soo Hyun tak buka mata besar sikit dengan apa yang berlaku di sekeliling, orang awam kena serang tapi kenapa tak ada polis ambil tindakan? dalam kepala otak dia asyik fikir Ga On macam orang tu tak reti nak jaga diri.
di awal cerita sangat menarik dan penuh kejutan dibawa oleh Kang Yo Han tapi momentum tu jatuh di pertengahan drama. bila Kang Yo Han secara terbuka mengumumkan untuk menyiasat Social Resposibility Foundation secara terbuka, jalan cerita selepas itu agak dragging dan distracting dengan banyak benda. maybe kalau drama ni bawah 10 episod, cerita dia akan lebih kemas daripada berulang kali tunjuk perangai bodoh masing-masing. vibe last episod tu memang best, satu demi satu kejutan yang Kang Yo Han bagi.
overall, konsep dan plot cerita The Devil Judge ni sangat menarik tapi banyak sangat watak yang kurang cerdik buat aku menyampah.
1 Comments
minat Jisung tapi mcm serabut tgk ep1...tak sambung tgk..hehe..
ReplyDelete