Review Telefilem | Bayang (Astro Citra)


Telefilem : Bayang
Produksi : Motio Studio, SilentKaiju Studio
Pengarah : Idril Mihat, Irwan Rauf
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 18 Disember 2021
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Hazama, Ayie Floor88, Cik Manggis, Boy Clifford, Syed Nahar


Bayang mengisahkan Azam (Hazama) seorang penyiasat peribadi bersama tunangnya, Lisa (Cik Manggis) seorang jurugambar jenayah menyiasat satu bersiri dilakukan oleh penjenayah yang mereka gelar sebagai Bayang dan cuba menjejaki identiti sebenar Bayang. namun malang tidak berbau apabila Lisa juga tiba-tiba hilang tanpa jejak.

Azam tidak putus asa mencari Lisa dan kemudianya bertemu dengan seorang youtuber bernama Joni (Ayie Floor88) yang membuat content tentang mimpi buruknya berkaitan jenayah dan pembunuhan.

Joni memberitahu Azam yang dia mendapat semua mimpi itu setelah membeli sebuah kamera lama yang mana Azam percaya kamera itu sebenarnya milik Lisa. Azam percaya Joni sahaja petunjuk yang dia ada untuk menjejak Lisa, dan Joni percaya Lisa mahu memberitahu sesuatu melalui mimpinya. lalu Azam dan Joni bekerjasama dalam mencari Lisa dan juga menjejaki Bayang.


kalau dari poster dan sinopsis nampak menarik telefilem Bayang ni tapi lepas menonton seriusly aku tak faham langsung sebab banyak kelemahan dari segi plot dan jalan cerita.

satu lagi tak tahu cerita ni nak buat thriller atau komedi sebab mood thriler tu dah bagus tapi bila sampai scene Joni tiba-tiba muzik latar berubah jadi komedi. seriusly serba tak kena. aku prefer scene Joni lebih serius sebab content yang dia buat pun berkaitan pembunuhan walaupun itu semua mimpinya. baru nampak flow cantik dan mood thriller dan merinding tu sampai kepada penonton.

judul telefilem Bayang tapi sampai ke sudah aku tak tahu apa motif Bayang dan kenapa semua pembunuhan itu terjadi selain dari kes Lisa sebab dah tahu Lisa sibuk nak bongkar identiti Bayang. at the end terbongkar Tuan Adli yang ada kaitan dengan Bayang tapi kenapa? apa motif sebenar Bayang? nak lindung pembunuhan yang terjadi, tapi untuk siapa? kalau untuk duit, kenapa kau jadi tamak sangat? cuba cerita sikit sebab apa.

seriusly, idea tu dah menarik tapi penulis lagi pandai bangkitkan beribu persoalan dalam benak fikiran penonton tapi satu pun tak ada jawapan yang jelas. dah sampai ke sudah aku langsung tak faham dengan jalan cerita Bayang.

kesimpulannya yang boleh aku buat, scene Lisa dan Azam ni macam tengah main bercinta sambil selesaikan teka-teki Bayang. scene Joni pula hidup tak arah tuju tiba-tiba nak jadi penyiasat join Azam. yang Azam ni, kau nak hisap rokok hisaplah betul-betul, penat aku tengok orang hisap rokok api tak menyala, apa yang susah sangat nak nyalakan lighter tu. stress betul sis dengan scene tu..okbye..haha

Post a Comment

4 Comments

  1. wak pun x penah isap rokok,. huhuhu

    ReplyDelete
  2. jarang betul dah sekarang ni nak tgk movie2.

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita tak kena dengan tajuk. Atau memang saja nak penonton fikir apa kaitan dengan bayang. huhu...

    ReplyDelete