Title : The Divine Move 2: The Wrathful
Country : South Korea
Director : Lee Khan
Screenwriter : Yoo Seong Hyeob
Network : Netflix
Release Date : 7 November 2019
Duration : 1 hour 46 minutes
Cast : Kwon Sang Woo, Kim Sung Kyun, Kim Hee Won, Heo Sung Tae, Woo Dong Hwan, Won Hyun Joon, Jung In Kyum, Park Sang Hoon, Stephanie Lee
The Divine Move 2: The Wrathful mengisahkan Gwi Soo (Park Sang Hoon) yang melarikan diri ke Seoul selepas kakaknya meninggal dunia kemudian bertemu Heo II Do (Kim Sung Kyun) yang tertarik dengan skill permainan Go yang mengalahkan pemain yang lebih tua darinya.
Heo II Do membawa Gwi Soo tinggal di sebuah kuil usang dan melatih Gwi Soo untuk master dalam permainan GO. tujuan dia bukan untuk bawa Gwi Soo masuk pertandingan tapi membantu dia mendapatkan wang dalam pertaruhan Go secara haram. namun Heo II Do kemudiannya mati dibunuh oleh musuhnya.
Setelah dewasa, Gwi Soo (Kwon Sang Woo) merasakan dia sudah cukup kuat untuk membalas dendam pada Hwang Sa Beom (Jung In Kyum) yang telah merogol kakaknya sehingga kakak Gwi Soo buat keputusan untuk membunuh diri.
Hwang Sa Beom merupakan master Go yang cukup terkenal dalam dunia Go sebab tu Gwi Soo mahu master dalam permainan Go. tapi sebelum itu, Gwi Soo pergi mencari Ttong (Kim Hee Woon) untuk meneruskan kerja sifu dia yang tertangguh dan seterusnya membalas dendam untuk pihak sifunya.
konsep filem ni menarik juga, balas dendam dengan permainan Go. wang taruhan yang Gwi Soo dapat sangat lumayan tapi ada juga yang sampai bertaruh tangan dan nyawa. action scene pun cantik tapi movie ni agak ganas. barisan pelakon sangat mantap.
overall, jalan cerita The Divine Move 2 menarik cuma aku rasa macam kurang bagi impak sangat maybe sebab keseluruhan cerita mengenai dendam Gwi Soo. tapi masih menarik ditonton untuk yang suka dengan filem aksi.
1 Comments
Movie ni menarik. Ganas tu memang tak dinafikan. Struggle dia nak master Go tu. Puas dapat balas dendam untuk kakak dia.
ReplyDelete