Review Chinese Drama | Love At Night (2021)


Title : Love At Night
Network : WeTV/iQiyi
Aired : 9 November 2021 - 8 December 2021
Episodes : 30
Duration : 40 minutes
Cast : Zhang Yu Xi, Liu Xue Yi, Li Zi Feng, Zhao Yuan Yuan, Gu Zi Cheng

Love At Night mengisahkan Xu Qing You (Zhang Yu Xi) yang kecewa apabila mengetahui tunangnya Fan Yun Xi curang di belakangnya. Qing You yang mabuk  bertemu dengan Mo Ling Ze (Liu Xue Yi) di sebuah bar dan Qing You assume dia telah tidur dengan lelaki itu padahal tak ada pun yang berlaku pada malam tersebut.

keesokannya harinya Qing You sekali lagi bertemu dengan Mo Ling Ze di pejabatnya dan baru mengetahui yang lelaki itu pelabur baru yang membantu syarikatnya yang mempunyai masalah kewangan.  sejak hari itu, Qing You selalu bertemu dengan Mo Ling Ze yang mana lelaki itu akan muncul dan membantunya setiap kali ditimpa masalah.


Xu Qing You seorang wanita bekerjaya yang sangat komited dengan kerja dia, dalam masa yang sama dia menyimpan angan-angan untuk berkahwin dengan Fan Yun Xi yang telah berpacaran dengannya selama 10 tahun.

selepas Fan Yun Xi berlaku curang, Qing You decide untuk bagi tunangnya satu lagi peluang sebab sayang hubungan 10 tahun mereka. namun begitu, Qing You sedar yang dia dah tawar hati dengan perangai Fan Yun Xi, dalam masa yang sama Qing You juga keliru dengan kehadiran Mo Ling Ze dalam hidupnya.


drama ni sweet tau tengok layanan Mo Ling Ze pada Xu Qing You tapi jalan cerita dia slow sangat, menyampah pun ada dengan perangai heroinnya. geram bila Qing You boleh bagi peluang pada boyfriend dia yang curang tapi teragak-agak nak terima cinta Mo Ling Ze bila tahu lelaki itu playboy.

padahal semua itu gosip dan ada seorang perempuan yang gigih kejar Mo Ling Ze tapi takkan Qing You ni tak nampak betapa Mo Ling Ze caring dengan dirinya dan selalu sahaja membantu dia dalam kesusahan. 


chinese drama sekarang ni banyak highlight mengenai healthy relationship. walaupun first half drama ni aku rasa bengang je dengan heroin dia tapi bila Qing You yakin untuk terima Mo Ling Ze dalam hidupnya, datang orang ketiga dan keempat sekali pun takkan boleh mengugatkan hubungan mereka. komunikasi, kepercayaan dan support sangat penting dalam setiap perhubungan.

10 episode akhir memang best tengok bila Mo Ling Ze dan Xu Qing You dalam relationship, chemistry mereka berdua memang mantap. tapi drama ni sebenarnya boleh dipendekkan lagi sebab second couple dan third couple dapat screentime sama banyak dengan main couple. banyak skip je part diorang sebab aku lagi suka main couple dan berjaya bertahan tengok drama ni sampai ke habis pun sebab suka dengan hero dia..hehe

Post a Comment

6 Comments

  1. for me, betullah tindakan heroin tu kan, bukan senang nak lupa relationship yg dah 10 tahun, nak bagi peluang...kalau terus grab hero MLZ, nampak benor gelojohnya...mestilah jual mahal...hahaha.....

    samalah, banyak skip 2nd & 3rd couple..layan main couple je...terpikat dgn hero..terus layan Autumn Cicada...zmn republican..tetap terselah kekacakannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. at first boleh faham tapi sebab jalan cerita slow sangat, dah masuk 15 episod pun tak ada progress antara main couple, itu yang bengang juga. byk kali juga fikir nak stop tengok drama ni..hahaha

      Delete
    2. mesti tak sampai hati nak drop drama ni kan...hahaha..

      I like slow pace mcm ni..the pursuing, the chasing, hide & seek...suka tengok sexual tension between the main couple..dah lama takde drama rom-com cina yg make me squeal at the same time laugh out loud...

      Delete
    3. itulah.. bila dah suka hero dia tu layan je lah sampai habis..hahaha

      Delete
    4. kerana hero yang kacak je cerita jadi njoyy untuk di tonton😂😂

      Delete