Review Drama Korea | Happiness (2021)


Title : Happiness
Director : Ahn Gil Ho
Screenwriter : Han Sang Woon
Network : TVN
Aired : 5 November 2021-11 Dec 2021
Episodes : 12
Duration : 65 minutes
Cast : Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woo Jin, Lee Joon Hyuk, Park Joo Hee, Baek Hyun Jin, Moon Ye Won, Park Hyung Soo, Jung Woon Sun, Song Ji Woo, Bae Hae Seon, Park Hee Bon, Na Chul, Lee Joo Seung, Lee Kyu Hyung

jangan tertipu dengan tajuk drama ni sebab aku pun mula-mula ingatkan Happiness drama kisah cinta sebab langsung tak baca sinopsis dia sekali zombie yang muncul, mahu tak terkejut wei.

Happiness sebuah drama mengenai penularan satu wabak baru selepas coronavirus, macam mana watak-watak yang ada kena survive dengan lockdown yang dilakukan secara mengejut tapi overall drama ni nak highlight tentang perangai manusia ketika dalam darurat.


Ketika dunia baru pulih dari wabak coronavirus, negara diancam pula dengan satu wabak baru yang dipanggil mad person disease. kerajaan cuba menyembunyikan wabak ini daripada pengetahuan media dan masyarakat tapi semakin ramai yang dijangkiti dan tiada penawar ditemui.

wabak ini berpunca daripada pil Next dan ramai yang mengambil ini kerana dikatakan boleh meningkat daya tumpuan tanpa mengetahui yang kesan buruk boleh menyebabkan seseorang bertukar menjadi zombie. wabak ini akan berjangkit apabila zombie ini mengigit dan mencakar orang lain.


Yoon Sae Bum (Han Hyo Joo) seorang anggota polis skuad khas dan Jung Yi Hyun (Park Hyun Sik) pula detektif polis yang telah berkawan baik sejak zaman sekolah. Mereka setuju berkahwin untuk memohon sebuah apartment baru yang ditawarkan oleh jabatan kepada anggota polis yang terpilih.

baru sahaja berpindah ke situ, kawasan disebut telah dikenakan lockdown kerana ada kes penyakit orang gila dan dijangka lebih ramai yang telah dijangkiti sebab ada berlaku perjualan pil Next di gim unit apartment tersebut.

sebenarnya ada tiga unit apartment di kawasan perumahan tersebut, Sae Bum dan Yi Hyun kemudiannya sedar yang telah ramai dijangkiti lalu bertindak mengunci semua pintu masuk unit apartment mereka daripada diserang zombie dari bangunan lain. mereka perlu melakukan apa sahaja untuk memastikan dapat terus hidup sepanjang tempoh lockdown.


lockdown dilakukan secara mengejut so ada penghuni tak dapat masuk dan ada pelawat yang terperangkap di situ bersama penghuni yang lain. total semua dalam unit apartment tersebut lebih kurang 20 orang.

Sae Bum dan Ji Hyun cuba sebaik mungkin untuk melindungi penghuni di situ dari serangan zombie tapi bukan kerja mudah apabila ada yang tak beri kerjasama. tambah pula unit mereka ni terbahagi kepada golongan B40 dan T20, lagilah macam-macam perangai yang ada.


Han Tae Sook (Jo Woo Jin) pula ada orang yang bertanggungjawab untuk membendung penularan wabak ini. kalau sebelum ini semua kes akan dikurung di satu kawasan yang dirahsia tapi agak sukar menyembunyikan bila makin ramai dijangkiti.

lagi pula Han Tae Sook dapat tahu perumahan tersebut ada pengedaran pil Next, lagi susah mereka nak jejak pesakit. so cara lebih efektif adalah mengumumkan kepada masyarakat dan melaksanakan lockdown. dalam masa yang sama, Han Tae Sook kesuntukan masa untuk mencari vaksin dan dia juga ada motif tersendiri.

Yoo Sae Bum sebenarnya dah kena cakar sewaktu nak selamatkan kawannya dari serangan zombie tapi dalam tempoh kuaratin, tiada tanda yang Sae Bum akan bertukar menjadi zombie. Han Tae Sook berminat untuk menjadikan Yoo Sae Bum sebagai bahan kajian mereka untuk menghasilkan vaksin tapi Sae Bum memilih untuk stay bersama Ji Hyun dan protect rumah mereka.


kalau ikutkan semua penghuni yang ada dalam unit apartment tersebut boleh bertahan dalam tempoh seminggu lockdown kalau semuanya bekerjasama. tapi masing-masing lebih pentingkan diri sendiri.

seriusly sepanjang tengok drama ni naik menyampah kot dengan penghuni kat situ, kalau jadi Sae Bum dan Yi Hyun tak kuasa nak jaga kawasan, baik berkurung dalam rumah sebab bekalan air dan makanan yang mereka ada cukup untuk bertahan dalam tempoh tersebut.

menyampah dengan ahjumma yang tak habis gila jawatan, penguam tu pula gila duit pastu sempat lagi curang. yang doktor tu pula tak tahu berapa kali kena belasah dengan Sae Bum dan Yi Hyun masih juga tak insaf. pendek cakap, kalau hati tak kental better jangan tengok drama ni bukan seram pasal zombie tapi sebab tak habis nak maki dengan perangai manusia yang ada.


suka chemistry antara Han Hyo Joo dan Park Hyung Sik, lakonan Park Hyung Sik nampak semakin matang. satu lagi, suka watak heroin dia. watak Yoo Sae Bum jenis yang kuat dan sempoi betul, paling suka tengok scene Sae Bum lawan, tak payah tunggu hero datang protect dan kalau ada yang buat dia menyirap memang dapat penumbuk sebijik.

konsep drama Happiness lebih kurang Sweet Home. kena serang zombie, terkurung dalam bangunan dan fikir macam mana bertahan untuk survive.

episod awal sangat menarik ada beberapa twist menarik juga tapi sampai pertengahan seriusly aku dah start bosan, pacing pun dah jadi slow sebab penulis lebih banyak highlight tentang perangai manusia selfish. dari 12 episode lagi bagus drama ni dipendekkan kepada separuh sebab penatlah asyik mengadap muka orang yang sama, masalah sama, perangai pun sama maintain minta dimaki sampai ke ending.


drama ni tak bagi impak yang besar untuk aku dari watak mahupun jalan cerita. watak dia punya selfish macam extreme sangat sampai rasa tak realistik. seriusly jumpa zombie serang depan mata, terputus bekalan makanan pastu tak tahu besok hidup ke tidak tapi watak jahat ni boleh relaks habis, macam tak ambil serius dan risau pasal nyawa mereka langsung.

ending drama ni nampak rushing dan banyak plot holes toward the end yang buat aku rasa nak stop tengok tapi berjaya habiskan juga sebab suka gandingan Park Hyung Sik dan Han Hyo Joo.

Post a Comment

9 Comments

  1. Hahaha akak baru tengok sampai episod 6 ke 7 tetapi cacian dah berbakul-bakul sebab geram tengok banyak sangat ragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram dan stress betul tengok drama ni. kalau seorang perangai gitu normal, ini sampai banyak watak yg selfish giler, memang buat maki berjemaah je lah tengok ragam manusia dalam ni..hahaha

      Delete
  2. hhaha geram kat pompuan yg nk jadi ketua tu :D pastu ngan laki doktor tu..!! Rasa nak masuk dalam drama tu nak piat-piat tinger diorang berdua tu ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dah nak mati pun boleh fikir duit, pasal jawatan ketua flat apa ke hal. patut tembak je manusia macam ni..habis cerita..hahaha

      Delete
  3. belum sempat nonton..tapi tema zombie ni yg lemah..kureng minat..hehe..suka park hyung sik..

    ReplyDelete
  4. tgh consider nak tgk cerita ni sebab suka 2 pelakon tu

    ReplyDelete
  5. Lahhh tertipu dengan tajuk. Cerita Zombie rupanya. Lama jugak tak tengok lakonan Han Hyo Joo. Ramai jugak pelakon hebat hebat dalam cerita ni.

    ReplyDelete
  6. Baru tengok sampai ep 4.. Suka gandingan hero dan heroin.. Sweet dia memang sweetlah.. hahaha

    ReplyDelete