Title : Arisaka
Country : Philippines
Director : Mikhail Red
Screenwriter : Anton Santamaria
Network : Netflix
Release Date : 9 December 2021
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Maja Salvador, Mon Confiado, Art Acuna, Shella Mae Romulado, Archi Ardamos, Apollo Abraham, Michael Roy Jornales
Arisaka mengisahkan Mariano (Maja Salvador) yang menjadi polis pengiring dalam konvoi membawa saksi penting kes berkaitan penyeludupan dadah. semasa melalui kawasan kawad maut, kereta yang membawa saksi telah diserang dan semua polis dalam kereta tersebut ditembak mati.
Mariano yang cedera parah berjaya melarikan diri ke hutan namun dia dikejar oleh polis yang makan rasuah dan juga ketua geng Sonny (Mon Confiado).
hutan tersebut merupakan kawasan perlindungan orang filipina ketika diserang jepun pada 1942 tapi ramai yang mati kerana kawad maut. jadi geng polis takut nak masuk situ sebab berhantu tapi Sonny nekad untuk membersihkan segala bukti dan saksi supaya tidak memberi masalah di kemudian hari.
Semasa dalam pelarian tersebut, Mariano diselamatkan oleh Nawi (Shella Romulado), yang tinggal di dalam hutan tersebut bersama keluarganya. niat baik Nawi membantu Mariano telah menyusahkan keluarganya lalu Mariano bangkit membalas dendam untuk keluarga Nawi.
filem Arisaka nampak menarik juga sebab watak utama dia adalah wanita yang cuba survive daripada dibunuh geng penjahat tapi the whole story ada kurang sikit dan pacing pula sangat slow, dah guna speed 1.5 pun rasa macam lemau nak habiskan.
first, sebelum saksi tersebut ditembak mati dia serahkan telefon dia yang ada bukti penting kes penyeludupan dadah tersebut tapi benda ni macam tak ada point tau sebab Mariano tak kisah sangat dengan telefon tersebut bila dia lebih sibuk fikir macam mana nak survive. lepas tu orang jahat langsung tak kisah pasal telefon tersebut. sampai ke sudah pun tak terjawab apa yang penting sangat telefon tu.
banyak flashback Mariano dengan Sonny dan geng polis yang korup. tertanya juga adakah Mariano dulunya orang Sonny juga. adakah disebabkan dia berpaling tadah tak ikut arahan Sonny menyebabkan dia dibunuh dalam konvoi tersebut.
kalau dikembangkan beberapa plot mungkin lagi menarik kot jalan cerita dia tapi itulah pengarah lebih fokus macam mana Mariano nak survive dalam hutan dan kaitkan dengan peristiwa kawad maut. seriusly rasa lemau juga nak habiskan movie ni lepas tu dialog Mariano ni pun tak banyak. ending dia oklah bila ditinggal persoalan begitu.
1 Comments
Filem aksi yang menarik. Jarang tengok cerita philipine. Mungkin boleh cuba tengok sikit cerita ni.
ReplyDelete