Mr Bibik (TV3) | Sinopsis Drama

Mr Bibik (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Mr Bibik
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Tayangan : 29 Oktober 2021
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Episod : 20
Durasi : 42 minutes
Pelakon : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik Khair, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Azhar Amir, Aishah Atan, Watie Sadali


Sinopsis Drama Mr Bibik

Sebuah drama adaptasi novel karya Aien Dhiyauddin mengisahkan Aulia Izzatunisa (Zaya Zya) seorang wanita bekerjaya yang tidak tahu membuat kerja rumah kerana sudah terbiasa mengharapkan bibik. kebetulan pula kawan baiknya Siti (Balkisyh Semundur Khan) mempunyai syarikat  mencuci, Aulia selalu mengharapkan Siti untuk mencari tukang cuci untuk membersihkan rumahnya.

terkejut Aulia bila Siti tiba-tiba menghantar tukang cuci lelaki bukan perempuan seperti selalu, namun Aulia berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Firas Iman (Saharul Ridzwan). kali kedua Firas datang ke situ untuk membuat kerjanya, Firas dan Aulia telah ditangkap basah oleh ayah Aulia iaitu Tuan Halim (Roy Azman) dan tunang Aulia, Mukhriz (Raja Afiq).

untuk menutup malu, Tuan Halim mahu Firas berkahwin dengan Aulia walaupun Aulia sudah bertunang dengan Mukhriz. walaupun tidak rela, Firas dan Aulia menerima jodoh mereka.


Firas sebenarnya baru patah hati selepas tunangnya, Arisya (Dayang Areeda) berkahwin dengan orang lain. padahal Firas sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memulakan perniagaan baru bersama Arisya.

Firas kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib mendapatkan kerja di syarikat lamanya malangnya tiada kekosongan. kawan baiknya Hud (Wans Ahmad) mencadangkan Firas mendapatkan kerja sebagai tukang cuci di syarikat Siti. Firas setuju dan tidak kisah asalkan dapat mencari rezeki yang halal.

tapi tak menyangka baru sebulan bekerja di situ, Firas terpaksa berdepan masalah sebegini dan dipaksa kahwin oleh Tuan Halim.


Aulia terpaksa bertunang dengan Mukhriz kerana keluarga mereka berkawan baik. namun begitu Aulia tidak berkenan dengan perangai yang seperti terlalu obsess dengan dirinya. Tuan Halim tahu perasaan anaknya tapi dia juga tidak boleh menolak permintaan kawan baiknya yang mahu anak mereka bersatu.

jadi Tuan Halim membuat rancangan tanpa pengetahuan Aulia untuk memerangkap Firas dan Aulia. dengan alasan menutup malu, Tuan Halim dapat memutuskan pertunangan Aulia dan Mukhriz dan seterusnya mengahwinkan anaknya dengan Firas.

Mukhriz tidak berpuas hati apabila melihat Aulia berkahwin dengan Firas. walaupun Aulia sudah menjadi isteri orang, Mukhriz masih tidak mahu berputus asa.

Mr Bibik (TV3) | Sinopsis Drama

Firas dan Aulia menerima jodoh mereka dan kemudian saling jatuh cinta. Di saat bahagia dengan perkahwinan mereka, Firas mendapat tahu rahsia Tuan Halim yang memerangkap dirinya dan marah pada Aulia kerana merasakan Aulia telah menipu dirinya.

Post a Comment

3 Comments

  1. yeayyy ada dekat iqiyi, boleh tengok nanti hehe dah lama tak layan drama saharul ridzwan

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi drama ni. Macam best sebab pelakon hebat dan jalan cerita pun menarik.

    ReplyDelete