Title : Haunted Tales
Director : E Suphakorn Riansuwan
Released Date : 11 March 2021
Duration : 1 hour 40 minutes
Cast : Pae Arak, Prang Kannarun, Mark Prin Suparat, Thaneth Warakulnukroh
Dalam filem Haunted Tales ini ada kisah seram pendek yang berbeza iaitu Haunted Car, Reborn dan The Book of Truth.
Haunted Car
mengisahkan Pete (Pae Arak), seorang ahli perniagaan muda yang berjaya mengambil sebuah teksi untuk pulang ke rumahnya dari lapangan terbang. Pete gelisah bila destinasinya belum tiba, pemandu teksi pula memberi pelbagai alasan dan terpaksa mengambil jalan jauh sehingga terbongkar satu rahsia yang mengejutkan Pete.
Reborn
mengisahkan Tiwa (Prang Kannarun) yang mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan hantu. Tiwa menerima permintaan pemilik hotel untuk membebaskan hotel tersebut daripada roh yang tidak tenteram yang menganggu operasi hotel tersebut. Tiwa mendapati terdapat pembunuhan di sebuah bilik hotel tersebut sehingga menyebabkan roh jahat terus menghantui pemiliknya.
The Truth of Book
mengisahkan Jess (Mark Prin) seorang penulis buku seram menyewa sebuah rumah di sebuah kampung untuk menyiapkan buku terbarunya. Jess tiba-tiba dapat bungkusan aneh yang mengandungi ancient script yang ada sumpahan. Jess mendapat ilham dan mula menulis secara tak langsung kisah yang ditulisnya merupakan memori Jess sendiri dari kehidupan sebelumnya.
kisah pertama agak pendek dibanding dengan kisah yang lain dan jalan cerita dia agak predictable sebab dari awal pengarah dah bagi hint yang obvious.
Do you know why we are here? and where we go after death?
lepas tu pemandu teksi tersebut memandu tanpa arah tujuan dan Pete pula nampak benda pelik sepanjang jalan dan radio dok putar belit siaran pelik-pelik takkan penonton tak boleh teka pemandu teksi tu nak bawa Pete ke mana.
klise lah kisah orang dah mati tapi tak sedar diri dia dah mati. dah banyak sangat plot macam ni dalam cerita thailand walaupun pengarah cuba bagi twist yang pemandu teksi sebenarnya nak balas dendam untuk seseorang tapi terlalu predictable. bosan!
kisah kedua pula, Tiwa yang boleh berkomunikasi dengan hantu tapi tak reti buat exorcism, terus nampak watak ni macam bangang. kau pergi tempat terbiar yang ada berpuluh hantu then tak selidik dulu apa yang berlaku kat hotel tu dulu macam sengaja cari penyakit.
padan muka juga bila roh jahat tu mengamuk sampai nak bunuh dia sebab tahu Tiwa bukan reti nak halau hantu. yang tak tahan tu boleh pula si Tiwa bagi ceramah dekat roh-roh yang stuck kat situ then roh ni semua bantu Tiwa hapuskan roh jahat tu.
yang tak faham kata tak reti nak halau hantu, tak reti baca jampi tiba-tiba rantai yang Tiwa pakai jadi berguna pula siap boleh baca mantera untuk hapuskan roh jahat yang terkurung di situ berpuluh tahun. eh bukan time budak tu tanya kau cakap tak reti ke? apa ni??
kisah ketiga, waktu Jess pindah masuk rumah tersebut tuan rumah dah bagi warning, jangan tegur kalau dengar bunyi pelik, jangan pergi kawasan kebun pisang belakang rumah tersebut dan baca doa sebelum tidur.
benda simple baca doa pun Jess tak buat terus malam tu dia kena kacau bila bungkusan misteri jatuh dari atas palang rumah. hari pertama dia decide serah kat tuan rumah tapi malam kedua pun dapat benda yang sama terus dia buka tengok sebab curious sangat dengan isi di dalamnya. kemudian terus Jess dapat ilham untuk menulis tapi tak sedar yang sebenarnya semua itu memori Jess sendiri dari kehidupan sebelum itu.
kisah ketiga ini sebenarnya nak cakap pasal karma, kalau buat baik hayat yang lepas kehidupan seterusnya akan jadi baik. tapi yang tak faham, kalau hayat Jess yang lepas banyak buat jahat dan dosa, kenapa Jess pula nak kena tanggung. kenapa tuan rumah tak cari sahaja tok bomoh untuk tenangkan roh dalam rumah tersebut. ini tak pasal ramai yang jadi kambing hitam si Korng.
ingatkan dari satu kisah ke satu satu kisah jalan cerita akan bertambah baik tapi semua sama saja, tak tahu kebodohan apa yang cuba ditunjuk dalam filem ni. aku ingatkan Hantu Ke Lima filem paling teruk sampai give up nak tengok filem melayu nahhh tak sampai seminggu aku jumpa satu lagi movie yang sama level dengan Hantu Ke Lima.
maybe aku punya expectation agak tinggi sebab mostly filem seram thailand memang seram dan merinding tapi Haunted Tales ni elemen seram dah jadi flat bila jalan cerita tak cukup kuat. banyak jumpscare yang diselitkan tapi itulah tak boleh nak enjoy dengan semua benda tu bila terlalu frust dengan jalan cerita.
11 Comments
Awalnya nak tengok but baca your review macam sedikit meh.... Perhaps boleh la layan time bosan2 kan
ReplyDeletedah lama tak tonton cerita seram. selalu tengok cerita komedi sebab nak hilangkan stres haha. okay, nanti nak layan movie nilah pulak :)
ReplyDeleteOh wow...... a Thai horror movie ek? Looks cool! The hero looks soooooo handsome. Tringin juga I nak tengok movie nie nanti. Hehehe ^_^
ReplyDeletesaya and husband memang kaki movie horror and thriller. tapi kalau macam ni ceritanya kita letak kat waiting list dulu lah heheheh
ReplyDeletelebih kurang mcm cerita 3am..nak tgk ni
ReplyDeletetapi lately ni mmg filem hantu thai tak macam dulu...kureng skit.. wlpun mark prin berlakon.. iskhh pelakon ensem ttp jalan cerita dia kureng eh hehehe
ReplyDeleteperasan juga, dia punya jalan cerita kadang tu macam merepek sangat..
Deletecerita seram Thai selalunya best...kekdg bila plot tu mcm x logik, rasa penat otak menengoknya...huhu..
ReplyDeletetahu takpe, penat otat dan sakit hati sebab tak habis complain bila jalan cerita tak logik...haha
DeleteTiga cerita in one movie! Okay boleh tengok ni since dah lama tak tengok filem seram! Sepatutnya Halloween month banyak tengok filem2 cam ni but we dah sibuk kesana kesini hahahaha
ReplyDeleteWaa cite hantu ke? Boleh tengok ni, sebab lama tak layan hantu Thai.. walaupun sekali baca macam... tapi takpe boleh layan..
ReplyDelete