Review Movie | A Boy Called Christmas (2021)


Title : A Boy Called Christmas
Director : Gil Kenan
Screenwriter : Ol Parker, Gil Kenan
Network : Netflix
Release Date : 24 November 2021
Duration : 1 hour 46 minutes
Cast : Maggie Smith, Henry Lawfull, Isabella O'Sullivan, Joel Fry, Eden Lawrence, Ayomide Gawrick, Michiel Huisman, Jim Broadbent, Rune Temte, Kristen Wiig


A Boy Called Christmas, kisah bermula apabila tiga orang kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh mereka, Aunt Ruth (Maggie Smith) kerana bapa mereka bekerja pada malam krismas. 

Aunt Ruth bercerita kisah dongeng tentang seorang budak bernama Nikolas yang terjumpa dengan dunia magikal ketika mencari bapanya dan pada zaman tersebut belum wujud lagi sambutan krismas. kiranya filem ni nak cerita macam mana krismas dan santa claus itu bermula.


Nikolas (Henry Lawfull) yang telah kehilangan ibunya tinggal berdua dengan bapanya, Joel (Michiel Husman) di dalam hutan. Suatu hari, raja mereka menyeru rakyat jelata untuk datang mengadap dan memberi cabaran kepada rakyatnya untuk mengembara ke pelosok negeri dan membawa harapan yang boleh membawa sinar kegembiraan kepada rakyatnya.

Joel bersetuju untuk mengikut Anders (Rune Temte) dalam ekspedisi tersebut kerana lebih berminat dengan ganjaran yang mereka bakal terima lalu meninggalkan Nikolas dengan adiknya, Aunt Charlotta (Kristen Wiig).

Sepanjang bersama Aunt Charlotta, Nikolas selalu sahaja didera buat semua kerja sehingga suatu hari Nikolas tekad untuk melarikan diri dari mak ciknya dan pergi mencari bapanya ditemani tikus kesayangannya dan seekor reindeer.


sejak kecil lagi, ibu Nikolas selalu bercerita tentang suatu tempat magikal yang dipanggil Elfhem dan cuma ibunya yang memanggil Nikolas sebagai Christmas. Nikolas percaya tempat itu wujud walaupun bapanya sendiri mengatakan semua itu hanya cerita rekaan ibunya.

dengan kuasa percaya, Nikolas menemui tempat magikal bernama Elfhem tapi bangsa Elf sangat membenci manusia kerana salah faham yang berlaku sehingga ketua mereka mengharamkan bangsa Elf menyambut krismas yang menjadi tradisi kegembiraan mereka.

misi Nikolas sekarang adalah untuk mencari bapanya dan menyelesai salah faham yang berlaku antara manusia dan elf dan seterusnya membawa harapan kegembiraan untuk menyahut seruan raja mereka.


bagi aku, plot dan storyline A Boy Called Christmas tak begitu gempak sangat. setting pun ala klise, mak ayah tak ada lepas tu kena dera dengan mak cik dan kemudian berlaku keajaiban. 

watak pun kemain ramai tapi tak ada satu pun bagi impak yang kuat. rimas aku bila cerita Aunt Ruth selalu terganggu dengan soalan budak bertiga tu. lakonan Nikolas sebagai watak utama tak begitu impress. ada satu scene bila Nikolas kehilangan bapanya, aku macam gitu je kau sedih dik, emosi tu tak sampai.

banyak kekurangan dari segi jalan cerita but overall filem sebegini lebih sesuai dijadikan tontonan santai bersama keluarga.

Post a Comment

7 Comments

  1. skjap je nk smpi hujung tahun 😅

    ReplyDelete
  2. Baru plan nak tengok.. Tak berapa menarik eh Tiara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak boleh masuk dengan jalan cerita tapi kalau budak-budak maybe suka kot. kak sya trylah tengok dengan family :)

      Delete
  3. dh nk krismas... citer2 camni pasti dah kuar kat mana2 tv or online kan... bole la tgk sesaja santai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..netfliz pun tak habis rekomen kita suruh tengok cite krismas, layan je lah..haha

      Delete
  4. Sekarang ni memang tengah syok melayan cerita krismas kat Netflix. Tapi yang ni tak tengok lagi.

    ReplyDelete