Review Drama Korea | Tale of the Nine-Tailed (2020)


Title : Tale of the Nine-Tailed
Director : Kang Shin Hyo, Jo Nam Hyung
Screenwriter : Han Woo Ri
Aired : 7 October 2020 - 3 December 2020
Network : TVN/Netflix
Episode : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Lee Dong Wook, Jo Bo Ah, Kim Bum, Hwang Hee, Kim Yong Ji, Kim Jung Nan, Lee Tae Ri, Ahn Kil Kang, Uhm Hyo Sub, Kim Kang Mi, Jung Yi Seo, Kim Soo Jin

dah lama tengok first episode drama ni tapi tak tahu kenapa pending lama sangat nak habiskan satu siri. main reason nak tengok drama ni sebab ada Lee Dong Wook dan Kim Bum.
 
baru-baru no, production team dah umum siri Tale of the Nine-Tailed akan disambung ke musim kedua dan ketiga. so siapa yang belum tengok lagi yang first ni nak warning awal-awal, aku letak SPOILER.


Tale of the Nine-Tailed mengisahkan Lee Yeon (Lee Dong Wook) merupakan nine-tailed fox atau Gumiho yang menjadi penjaga Gunung Baekdu. Lee Yeon jatuh cinta dengan manusia bernama Ah Eum (Jo Bo Ah) namun Ah Eum mati dibunuh. Lee Yeon berjanji akan menunggu Ah Eum dalam setiap kelahiran semula gadis tersebut.

Lee Yeon meninggalkan tugasnya sebagai penjaga gunung dan selepas beratus tahun, dia masih setia mencari Ah Eum. Di zaman moden ini, tugas Lee Yeon adalah menangkap makhluk yang melanggar peraturan di dunia manusia.


Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) adalah production director untuk program urban legend, show ni cover tentang kisah mistik atau dongeng yang berlaku. tujuan sebenarnya menjadi PD adalah untuk mencari ibu bapanya yang hilang tanpa jejak dalam kemalangan jalan raya ketika Ji-ah berusia 9 tahun.

ketika menyiasat satu misteri mengenai pengantin perempuan yang ghaib di hari perkahwinan, Nam Ji Ah bertemu dengan Lee Yeon dan dia percaya yang Lee Yeon ada kaitan dengan kehilangan ibu bapanya. sejak dari itu, nyawa Nam Ji Ah selalu diancam bahaya dan Lee Yeon akan cuba melindungi Ji-ah.


Lee Rang (Kim Bum) pula ada adik tiri Lee Yeon, pada mulanya Lee Rang nampak jahat bila bekerjasama dengan musuh Lee Yeon untuk membunuh abangnya sendiri dan menghapuskan Nam Ji-ah.

kemudian terbongkar kisah yang Lee Rang sangat rapat dan sayang dengan Lee Yeon. selepas kematian Ah Eum, Lee Yeon menghilangkan diri dan ada manusia yang mengambil kesempatan membakar gunung Baekdu. Lee Rang mahu membalas dendam dengan membunuh semua manusia yang membuat onar di gunung Baekdu.

namun begitu, Lee Rang rasa dikhianati apabila Lee Yeon hanya muncul semula untuk menghukumnya. sejak dari itu, Lee Rang bersumpah akan membunuh Ah Eum sebab dia percaya Lee Yeon berubah apabila jatuh cinta dengan manusia. sebab itu juga Lee Rang merancang membunuh Nam Ji-Ah sebab dia tahu Ji-Ah adalah kelahiran semua Ah Eum.


sejak dulu sudah ada peraturan yang manusia dan musang tak boleh bercinta dan Ah Eum pula ditakdirkan menjadi korban kepada Imoogi iaitu sejenis ular gergasi kalau mengikut kisah dongeng korea.

keadaan makin tak terkawal apabila Imoogi menggunakan tubuh Ah Eum untuk membunuh manusia. untuk mengelakkan lebih ramai terkorban dan melindungi Lee Yeon, Ah Eum rela mengorbankan dirinya. bila Ah Eum mati, Lee Yeon ingatkan yang Imoogi juga mati tapi dia silap bila ada yang cuba menghidupkan semula Imoogi selepas beratus tahun.


Imoogi (Lee Tae Ri) berjaya dihidupkan dengan bantuan pengikut dia yang setia. motif Imoogi ni nak berjadi lebih berkuasa dan mahu mengambil alih tubuh Lee Yeon dengan menggunakan Nam Ji-ah.

kadang yang meluat tengok cerita fantasi tak faham langsung dengan watak yang wujud. contoh macam Imoogi ni, aku pun tak faham kenapa dia kebal dan berkuasa sangat sampai senang sangat orang terbunuh apabila tersentuh dengan dia. aku pun tak berapa faham macam mana Imoogi boleh terbahagi kepada dua yang mana satu lagi dah ada dalam tubuh Nam Ji-ah.


aku kurang minat dengan watak Nam Ji-Ah sebab tak menyumbang apa-apa selain menyusahkan orang lain yang terpaksa berkorban untuk dia. dari awal lagi motif Ji-ah adalah untuk mencari ibu bapanya yang hilang so disebabkan Lee Yeon dari awal lagi dah jatuh suka dengan Ji-Ah, Lee Yeon sanggup berkorban apa sahaja untuk merealisasikan impian Ji-ah.

ada yang warning kalau Lee Yeon mahu bersama Nam Ji Ah, tragedi sama akan berulang kembali. bila Imoogi kembali, keadaan Ji-Ah makin tak terkawal apabila Imoogi menggunakan tubuhnya untuk menyerang Lee Yeon. waktu ni juga banyak kali Lee Yeon dan Lee Rang cedera angkara Imoogi.

daripada biar Ji-ah terbunuh, Lee Yeon sanggup korbankan diri untuk membunuh Imoogi sebab Imoogi dah terlampau kebal dan ramai yang terbunuh. Lee Rang pula sanggup korban dirinya demi mengembalikan semula abangnya. kesimpulannya semua orang mengorbankan diri sendiri untuk Nam Ji-ah dan akhirnya Ji-ah dapat hidup bahagia dengan Lee Yeon. bertuah betul hidup Ji-ah.


aku tak ada masalah dengan lakonan semua pelakon tapi masalahnya banyak flaw buat aku makin susah nak faham pada jalan cerita dia dan plot tak disusun dengan baik. progress watak heroin pun makin lama makin membosan apabila tak menyumbang apa-apa melainkan menyusahkan orang lain.  chemsitry antara Lee Dong Wook dan Jo Bo Ah pun bagi aku tak cukup kuat.

lepas habis tengok drama ni, aku tak rasa macam perlu kot disambung ke musim seterusnya. tapi ada sumber mengatakan setting untuk musim 2 pada zaman penjajahan jepun dan musim 3 pula pada zaman dinasti Joseon. maybe segala persoalan akan terjawab dalam musim seterusnya.

siapa yang sedih dengan ending watak Lee Rang, tak payah sedih sangat sebab Kim Bum dan Lee Dong Wook dah confirm untuk join next season cumanya tak tahu siapa pegang watak heroinya sebab Jo Bo Ah dah tarik diri.

Post a Comment

5 Comments

  1. mama aritu dah consider nak tgk tapi tak jadi lepas baca komen dan rating hihi

    ReplyDelete
  2. Okay, drama ni saya tak pernah tengok lagi. Kalau drama ni macam lambat sikit nak tengok kecuali pelakon yang diminati atau trending.

    ReplyDelete
  3. kan. jalan cerita makin lama makin pening. kalau hanya ada watak Lee Yeon dgn Lee Rang best juga hihihi

    ReplyDelete
  4. mungkin kita yang tak familiar dengan dongeng diorang kot. But still tak best lah kalau tak faham cerita dan each character tu.

    ReplyDelete
  5. tahun dpn dah kuar season 2 kan? tp jo bo ah dah digantikan dgn pelakon lain

    ReplyDelete