Drama Turki | Kalp Atisi - Heartbeat (2017)


Drama : Kalp Atisi (Heartbeat)
Tayangan : 30 Jun 2017
Episod : 28
Pelakon : Golkan Alkan, Oyku Karayel, Burcu Turunz, Burak Ceylan, 
Ege Kokenli, Merve Cagiran, Serkan Tinmaz


Kalp Atisi diadaptasi dari drama korea Doctors (2016) mengisahkan Eylul Erdem (Oyku) seorang pelajar bermasalah yang sering berpindah sekolah. hubungan Eylul dengan ayahnya tidak baik selepas ibunya meninggal dunia dan ayahnya berkahwin lain. ayah Eylul menghantar Eylul ke rumah neneknya selepas tidak tahan lagi melayan sikap anaknya.

Selepas berpindah ke sekolah baru, Eylul mula berubah sikap dan mula belajar bersungguh-sungguh untuk memenuhi impian neneknya yang mahu dia menjadi doktor. Eylul juga semakin rapat dengan guru kelas yang juga menyewa di rumah neneknya bernama Ali Asaf (Golkan Alkan).


Ali Asaf sebenarya seorang pelajar perubatan yang menangguhkan pengajiannya dan menjadi guru. Ali diminati oleh pelajarnya bernama Bahar (Ege Kokenli) yang mana keluarga mereka juga sangat rapat. Bahar cemburu apabila melihat Ali rapat dengan Eylul dan Bahar juga tak puas hati apabila Eylul berjaya mendapat markah tinggi dalam kelas.

Bahar kemudiannya menyebar khabar angin mengatakan Ali mempunyai hubungan dengan Eylul. untuk menyelesaikan masalah Ali sanggup berhenti mengajar supaya pelajaran Eylul tidak terjejas. tapi akhirnya Eylul menghilangkan diri selepas neneknya meninggal dunia.


Selepas beberapa tahun, Eylul berjaya menjadi seorang doktor dan berpindah ke hospital yang sama dengan Bahar. Pada hari pertama bekerja di situ, Eylul mendapat kejutan apabila bertemu semula dengan Ali Asaf yang kini merupakan senior dia.

sebenarnya hospital tersebut milik keluarga Bahar dan keluarga Ali pun ada share juga. keluarga mereka juga nak menjodohkan Ali dengan Bahar seterusnya mahu Ali mengambil alih hospital tersebut. sudah tentu Ali tak setuju rancangan menjodohkan dia sebab dari dulu lagi dia dah suka dengan Eylul. bila bertemu semula dengan Eylul, Ali cuba memikat Eylul.


walaupun Kalp Atisi diadaptasi dari drama korea tapi sebenarnya bukan senang nak buat drama medik so kredit kepada team produksi sebab boleh sediakan set shooting dan buat scene dalam bilik bedah. its quite good actually walaupun tak nampak real macam drama korea.


episod awal-awal memang plot dia lebih kurang dengan versi korea tapi selalunya drama turki ni selain percintaan jalan ceritanya juga akan fokus kepada persahabatan dan kekeluargaan. so jangan terkejut bila makin banyak watak yang baru yang muncul dan banyak side story untuk memanjangkan episode dia dan benda tu memang normal dalam drama turki.

kalau versi korea dah cair habis dengan Kim Rae Won, tengok drama ni pun cair juga dengan hero dia. sebelum ni pun dah minat dengan Golkan bila tengok dia berlakon dalam Kalp Yarasi tapi tak mampu nak follow drama tu sebab baca review orang kat facebook pun sis dah stress..haha


so dipendekkan cerita, Ali dan Eylul berkahwin dan nyawa mereka diancam bahaya apabila ada orang yang tak puas hati pada Ali dah mahu membunuhnya.

dalam masa yang sama rumahtangga mereka juga mempunyai konflik apabila Eylul menyembunyikan masalahnya daripada Ali rupanya Eylul masih trauma dengan konflik ibu dan ayahnya oleh itu Eylul cuba menjauhkan diri dari suaminya sebab tak nak sejarah lama berulang. Ali cuba memulihkan hubungan mereka.

walaupun ending dia nampak macam rushing sikit tapi happy ending.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. oo adaptasi drama korea rupanya

    ReplyDelete
  2. Tengah layan drama yang ini sekarang. Tapi macam bercinta jer nak layan.Hu3

    ReplyDelete