Review Movie | Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal (2019)


Movie : Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Produksi : Les' Copaque Production
Pengarah : Adam Amiruddin, Ahmad Razuri Roseli, Syed Nurfaiz Khalid
Siaran : Netflix
Tayangan : 21 Mac 2019
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon Suara : Asyiela Putri, Tang Ying Sowk, Andhika, Fareez, Rufaidah, Hafiz, Musyrif, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi Ibrahim, Ernie Zakri, Tokder

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan filem ketiga dalam siri animasi Upin dan Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng (2016).

Dalam Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, Upin dan Ipin bersama kawan-kawan mereka iaitu Mail, Jarjit, Ehsan, Fizi, Mei Mei dan Susanti membantu mengemaskan stor milik Tok Dalang dan mereka terjumpa keris sakti iaitu Keris Siamang Tunggal lalu membawa mereka mengembara ke sebuah negara yang digelar Inderaloka.

ini kali pertama juga Upin dan Ipin terpisah sebaik sahaja terdampar di Inderaloka. Upin, Jarjit, Ehsan dan Mei Mei bertemu dengan Mat Jenin apabila melarikan diri daripada Batu Belah Batu Bertangkup. manakala Ipin, Mail, Fizi dan Susanti diselamatkan oleh Belalang apabila mereka diserang oleh ReRiAng.

Misi Upin dan Ipin adalah mencari semula kawan-kawan mereka yang terpisah seterusnya mencari jalan pulang ke kampung mereka, Kampung Durian Runtuh.


Kerajaan Inderaloka diambil alih oleh Raja Bersiong selepas rajanya mati dibunuh. Raja Bersiong memerintahkan Re Ri Ang untuk menangkap Upin dan Ipin selepas mengetahui mereka berdua memegang keris sakti Siamang Tunggal.

Dalam pengembaraan di Inderaloka, pelbagai perkara yang ditempuhi Upin, Ipin dan rakan-rakan. mereka juga bertemu dengan watak dari kisah donggeng seperti Mak Deruma (Mak Tanggang), Bawang Merah dan Bawang Putih, Nakhoda Ragam dan ada juga Belalang dan Nujum Pak Belalang yang diambil dari filem P.Ramlee.


jalan cerita Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal sangat menarik apabila diselitkan juga watak-watak secara tak langsung mendidik kanak-kanak dengan kisah donggeng melayu seperti Tanggang yang menderhaka kepada ibunya dan kisah Bawang Putih yang dengki dengan Bawang Merah sehingga sanggup memfitnah saudaranya sendiri.

yang aku suka apabila ada twist dalam kisah tersebut dalam filem Upin & Ipin ini, apabila kita diajar tentang nilai sebuah kemaafan.


kalau siapa yang rajin melayan siri animasi Malaysia, boleh nampak yang grafik dalam animasi 3D semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, grafik animasi memang cantik, gambaran negara Inderaloka sangat cantik sekali.

binatang yang ada dalam Inderaloka juga sangat unik, antaranya binatang yang ada di Pulau Angan Makanan direka berunsurkan makanan tempatan seperti Kuih Cara Cicak dan Kekura Puteri Ayu dan juga Bunian yang berunsurkan bawang.


sebenarnya benda yang aku terpukau dengan filem Upin dan Ipin ini adalah lagu tema dan muzik latar yang digunakan. ada dua lagu tema yang digunakan iaitu Keris Sakti yang dinyanyikan oleh  Fakhrul Razi dan Buai Laju-Laju oleh Ernie Zakri.

muzik skor yang digunakan dalam ni mendapat sentuhan orkestra antarabangsa, memang terbaik dan kena dengan setiap situasi untuk mebangkitkan lagi mood dalam setiap babak.


walaupun Upin dan Ipin sebuah siri animasi kanak-kanak tapi filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal sebenarnya sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat kerana jalan cerita yang mudah difahami dan banyak diselitkan unsur dan nilai pengajaran.

for me, sangat suka details dalam setiap elemen yang ada dalam filem, dari segi jalan cerita, grafik animasi, dan muzik latar so macam tak hairan kalau nak siapkan filem ini pihak produksi ambil masa sampai lima tahun tapi hasilnya sangat memuaskan hati.

selepas Upin dan Ipin, Boboboi dan Ejen Ali akan ada lebih banyak lagi filem animasi yang akan diterbitkan oleh produksi Malaysia. maybe animasi Puteri, sebab aku suka dengan konsep, jalan cerita dan watak dalam siri animasi Puteri tapi sampai ke sudah projek tersebut senyap selepas ditayangkan di kaca tv pada tahun 2014.

Post a Comment

3 Comments

  1. Keris Siamang tunggal ni tak tengok lagi. Kadang layan Upin Ipin kat Youtube pun seronok jugak.

    ReplyDelete
  2. Puas hati bila tengok di wayang.. memang lain dari yang lain.. Tak sabar nak tunggu kisah puteri pula..

    ReplyDelete