Title : Squid Game
Director : Hwang Dong Hyuk
Screenwriter : Hwang Dong Hyuk
Aired : 17 September 2021
Network : Netflix
Episodes : 9
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Jung Hong Yeon, Wi Ha Joon, Oh Young Soo, Heo Sung Tae, Anupam Tripathi, Kim Joo Ryung, Lee Yoo Mi, Gong Yoo, Lee Byun Hun
Squid Game mengisahkan Seong Gi Hun (Lee Jung Jae) seorang penganggur yang dikelilingi hutang dan bergantung hidup pada emaknya yang tua, nak beli hadiah untuk anak sendiri pun tak ada duit sehingga dipandang rendah suami bekas isterinya.
Suatu hari Gi Hun dapat jemputan untuk join Squid Game, tiada siapa yang tahu tentang organisasi yang menganjurkan game tersebut dan lokasinya dirahsiakan.
Sebanyak 456 peserta yang terpilih untuk menyertai Squid Game, kesemua mereka ini ada satu persamaan iaitu mempunyai jumlah hutang yang banyak. Hadiah wang tunai yang ditawarkan dalam game ni sangat lumayan iaitu sebanyak 45.6 Juta Won.
walaupun ada yang complaint game ni terlalu kejam dan masing-masing diberi peluang untuk keluar dari Squid Game tapi ada yang memilih kembali semula bermain.
Semuanya ada enam permainan yang akan dimainkan oleh semua peserta dalam tempoh enam hari. permainannya nampak mudah tapi jadi mencabar apabila nyawa yang menjadi taruhan.
Gi Hun jumpa ramai dengan orang seperti peserta paling tua 001, Oh II Nam (Oh Young Soo) yang join game ni sebab hidup dia tak lama, Ali (Anupam Tripathi) pekerja asing yang ditindas majikan, Kang Sae Byeok (Jung Ho Yeon) yang melarikan diri dari korea utara bersama adiknya dan Cho Sang Woo (Park Hae Soo) anak jiran Gi Hun yang menjadi kebanggaan penduduk setempat.
dalam game ni memang seorang pun tak boleh percaya sebab masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk teruskan hidup, tak kisahlah kena khianat kawan sendiri ataupun bunuh peserta lain asalkan dapat survive dan ada peluang untuk menang duit tersebut.
semua peserta tak akan diberitahu game yang akan mereka main dalam pusingan berikutnya, ada juga yang gigih buat macam-macam cara untuk tahu next game padahal jawapan dia dah ada kat dinding tempat mereka melepak. aku pun rasa kena game sekali, sebab awal-awal memang tak perasaan hint kat dinding tu sebab terlindung dengan katil.
first game Red Light Green Light, game ni siapa gerak dia kalah tapi dalam drama ni terus kena tembak mahu tak panik masing-masing. game lain yang ada dimainkan seperti honeycomb, tarik tali, main guli, lompat atas papan kaca dan last sekali squid game, lebih kurang macam main teng teng or galah panjang.
dalam pusingan main game tarik tali, nampak kumpulan Gi Hun tak ada harapan nak menang sebab lawan mereka lebih kuat. tapi pacik 001 punya idea berjaya buat kumpulan mereka menang. tak semestinya yang lemah tu tak mampu nak kalahkan pasukan kuat kalau ada strategi yang bagus.
antara scene yang touching juga bila mereka kena kalahkan member sendiri dalam game guli. waktu ni baru masing-masing nampak siapa yang ikhlas dan siapa yang khianat member sendiri semata nak terukan hidup.
ada satu lagi watak iaitu Detektive Hwang Joon Ho (Wi Ha Joon) yang menyelinap masuk ke tempat Squid Game untuk mencari adiknya yang hilang. disebabkan semua staf dalam squid game pakai topeng lagi senang la Detektive Hwang nak menyamar dan menyiasat tentang operasi yang berlaku dalam Squid Game.
konsep dan idea Squid Game sangat menarik, siapa sangka permainan popular yang selalu dimainkan kanak-kanak suatu masa dahulu boleh dijadikan sebagai survival game. kalau tengok sampai ke penhujung drama ni mesti terkejut bila tahu siapa sebenarnya mastermind dalam Squid Game ni.
overall, jalan cerita sangat menarik dan barisan pelakon dalam drama ni juga sangat best. walaupun Squid Game ni berkisarkan permainan kanak-kanak tapi drama ni langsung tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah sebab ada babak lucah dan unsur keganasan yang melampau.
12 Comments
ramai ckp best, kena tengok nih...ingatkan realiti show..
ReplyDeletesebab orang cakap best kita pun terjebak sekali tengok..haha
DeleteSedang tengok. Lagi 2 episod lagi nak habis. Ada baca gak spoiler tu tentang mastermind tu. Takpe, kita layankan je sampai habis. Tapi itulah, tak sesuai untuk budak budak, ganas melampau dan adegan dalam toilet tu tak macam tak sesuai pulak.
ReplyDeletebabak macam tu tak ada pun takpe, memang tak sesuai budak2 tengok drama ni.
DeleteCerita pasal games memang selalunya best.
ReplyDeleteMenarik utk ditonton based on review
ReplyDeletehahahha kita pun suka!!!
ReplyDeleteTapi memang geram je la tgk.. sampai ke sudah macam x percaya kan!!
Cuma x puas hati sebab x tau reason Front Man jadi orang kuat dalam game tu
tak tahulah maybe kena tunggu season 2 la kot baru tahu jawapannya..haha
DeleteHandsome nyaa mamat korea tu
ReplyDeleteKalau dia tak bubuh babak lucah tu sebenarnya pun okay.. Jalan cerita drama ini sendiri dah cukup kuat untuk tarik penonton..
ReplyDeleteviral betul drama ni skrg
ReplyDeleteSebab viral , 4 kali jugaklaaa aku ulang tengok setiap episod hahahhah
ReplyDelete