Movie Review | My Stupid Boss (2016)


Title : My Stupid Boss
Country : Indonesia
Director : Upi Avianto
Screenwriter : Upi Avianto
Network : Netflix
Release Date : 19 May 2016
Duration : 1 hour 48 minutes
Cast : Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abbad, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Atikah Suhaime, Iskandar Zulkarnain, Melissa Karim, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad, Sharmaine Othman

Filem My Stupid Boss diadaptasi dari novel karya Chaos@work mengisahkan Diana (Bunga Citra Lestari) yang sering berpindah-randah kerana mengikut suaminya, Dika (Alex Abbad) yang bekerja sebagai perunding di sebuah syarikat minyak.

Selepas 3 bulan menetap di Kuala Lumpur, Diana mula bosan duduk di rumah dan mahu bekerja semula. Diana dengan mudah berjaya mendapatkan kerja sebagai kerani di syarikat Malaysia Sinar Berjaya milik Bossman (Reza Rahadian), kawan baiknya Dika yang terletak di Sungai Buloh.


dari hari interview lagi Diana rasa tak sedap hati untuk bekerja di situ dan ternyata first day kerja dah stress teruk dengan perangai Bossman, syarikat pula langsung tak ada sistem yang sistematik dalam pengurusan dan kewangan.

siapa yang tak stress begini kalau dapat boss yang sejenis amnesia lepas tu memanjang dia saja yang betul. bila orang bawahan bagi pendapat tak diterimanya malah dituduh pula ada niat tak betul.

Diana tak ada pilihan dan terpaksa terus bekerja disitu sebab dah sain kontrak, kalau berhenti bermakna dia yang kena bayar ganti rugi pada syarikat. 


Masalah syarikat ini adalah perangai Bossman yang buat sesuatu ikut kepala sendiri sahaja, bab pengurusan syarikat memang teruk tapi masalah utama apabila Bossman tersangat kedekut untuk invest pada aset syarikat malah gaji pekerja juga selalu kena potong dan lambat dibayar. 

so tak hairan kalau syarikat Bossman lebih banyak hutang tapi untunglah isterinya orang kaya. pekerja Bossman pula kebanyakannya terdiri daripada orang Malaysia seperti Mr Koh (Chew Kin Wah), Shikin (Atikah Suhaime), Adrian (Bront Palarae) dan Azhari (Iskandar Zulkarnain). 

namun masing-masing ada masalah komunikasi apabila tak faham pertuturan Bossman yang menggunakan bahasa jawa pekat padahal Bossman sudah bertahun tinggal di Malaysia dan pernah belajar di Amerika Syarikat sebelum ini.


movie ni  kelakar tapi dia punya annoying dengan Bossman pun sama banyak juga, so boleh faham betapa stress Diana bekerja di situ. balik rumah mengadu dengan suami pun tak membantu Diana apabila dari awal lagi Dika sudah beritahu tak nak masuk campur tapi boleh nampak Dika lebih sebelahkan kawan baiknya dari isteri sendiri.


barisan pelakon dari Malaysia juga sangat menarik, terhibur sekejap dengan geng membawang Siti (Nadiya Nisaa), Azizah (Sherry Alhadad) dan Vivian (Shermaine). comel pula bila tengok Diana melepak dengan mereka dan bercakap dialek KL tapi scene mereka sekejap sangat.

excited juga bila Bront pun berlakon dalam filem ini tapi rasa sayang pula bila bakat besar dijadikan sekadar penyeri dalam filem ini. fokus utama My Stupid Boss sebenarnya lebih kepada watak Diana dan Bossman.


tak boleh imagine dapat boss perangai macam ni. duduk dalam pejabat pun dah stress mengadap Bossman bila kena ikut kerja luar macam nightmare wei. scene dalam kereta dengan kedai makan tu ya ampun tak boleh blah, kalau jadi Diana pun rasa macam nak lari menyorok bawah meja.

overall, lakonan Bunga dan Reza memang best dalam My Stupid Boss. jalan cerita juga sangat simple dan menghiburkan tapi bagi aku, dia punya annoying pun sama banyak juga..haha

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh pelakon Indo dan Malaysia bergabung. Lain macam rupa BCL dan Reza tu dalam poster. Best tengok santai santai cerita komedi ni.

    ReplyDelete
  2. ehhh nasib baik review pasal movie ni. sebelum ni tengok teaser dia rasa nak cari sbb nampak fun. pastu lama-lama lupa dah kewujudan movie ni haha

    ReplyDelete
  3. hahahaa mcm best jer! selamat menonton semua!

    ReplyDelete
  4. hhahahaha dah pernah tgk citer ni..
    geram watak bos dia hahha

    ReplyDelete
  5. Dapat boss gitu, setengah hari jela kejenya. Huhu

    ReplyDelete