Movie Review | Mencari Rahmat (2021)


Movie : Mencari Rahmat
Produksi : AB Roll Sdn Bhd
Pengarah : Al Jafree Md Yusof
Siaran : Mubi
Tayangan : 31 Ogos 2021
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Nam Ron, Amerul Affend, Nadia Aqilah, Sharimah Amani, Adibah Noor, Eric Fuzi, Fauziah Nawi, Azman Hassan, Anuar John, Tun Zarul Azri

Mencari Rahmat diadapatasi daripada naskah teater The Importance of Being Earnest dari Oscar Wilde. selepas beberapa kali ditunda tayangannya di pawagan kerana pandermik, filem Mencari Rahmat kini boleh ditonton melalui platform penstriman, MUBI.

Mencari Rahmat mengisahkan dua sahabat iaitu Razak (Namron) dan Azman (Amerul Affendi) yang melakukan pembohongan dengan menggunakan nama Rahmat untuk memikat gadis yang mereka cintai.


Razak mencipta identiti Rahmat untuk memikat Rose (Nadia Aqilah) yang merupakan anak Datin Azizah (Adibah Noor). Mereka saling mencintai namun hubungan mereka tidak direstui oleh Datin Azizah kerana Razak seorang anak yatim dan latar keluarganya juga kurang jelas.

Azman yang merupakan anak saudara Datin Azizah juga mencipta satu pembohongan kepada Datin Azizah kerana tidak mahu mengalas tangungjawab yang diberikan. Azman pergi ke rumah Razak di Penang dengan menggunakan identiti Rahmat, adik kepada Razak lalu jatuh cinta dengan Ratna (Sharifah Amani), gadis berusia 19 tahun yang berada dalam jagaan Razak.

Pembohongan mereka mula terbongkar apabila Rose dan Ratna bertemu. Adakah hati Rose dan Ratna akan berubah apabila mengetahui lelaki yang mereka cintai adalah penipu? Persoalannya, siapa sebenarnya Rahmat?


sebenarnya aku hampir give up untuk habiskan movie ni sebab first 20 minit tersangatlah bosan. bila masuk second half baru jalan ceritanya makin menarik dan nampak plot Mencari Rahmat. keunikan filem ini sebenarnya pada skrip dan lakonan barisan pelakonnya. dialognya menggunakan bahasa baku tapi semua pelakon langsung tak nampak kekok dengan dialog masing-masing.

lakonan dan ekspresi muka masing-masing macam another level sebab jarang nampak dalam filem melayu sekarang tapi mengingatkan aku pada filem lama macam tengok teater pun ada juga dengan dialog lagi yang penuh drama dan penuh emosi. terhibur dengan lakonan masing-masing.

chemistry Namron dan Amerul Affendi memang terbaik, walaupun first half agak bosan masuk second half tergelak dengan scene mereka berdua. 


jalan cerita Mencari Rahmat sangat simple dan ada plot twist yang menarik. shooting pun dalam rumah sahaja tapi dia pun shot kamera dalam filem ini cantik. bagi aku filem ini bukan super kelakar sangat tapi overall still menghiburkan untuk ditonton secara santai.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pelakon semua best best. Tengok trailer pun menarik. Movie best tapi kurang marketing promote. Plus, banyak kali postpone keluar wayang.

    ReplyDelete