Review Movie | Ejen Ali The Movie (2019)


Movie : Ejen Ali The Movie
Produksi : WAU Animation, Primework Studios
Pengarah : Usamah Zaid Yasin
Penulis Skrip : Usamah Zaid Yasin, Syafiq Isa, Fuad Md Din
Siaran : Netflix
Tayangan : 28 November 2019
Durasi : 1 jam 37 minit
Pelakon Suara : Ida Rahayu Yusoff, Nabilah Rais, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Syafiq Isa, Salina Salmee, Abu Shafian, Ahmad Sufian, Megat Zahrin, Altimet

sebelum ini tak pernah follow siri animasi Ejen Ali,memang tak tahu jalan ceritanya. kalau tertengok kat tv dengan anak buah, selalu juga tanya kat diorang tapi anak buah aku yang empat tahun tu malas nak layan pastu mesti cakap kat macik dia, entah adik pun tak tahu. sabar je lah dengan budak kecil ni time dia banyak mulut kita pula kena marah sebab malas nak layan dia sembang.


Ejen Ali mengisahkan Ali seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang menjadi perisik untuk M.A.T.A iaitu sebuah agensi perisikan rahsia yang melindungi bandar Cyberaya. semuanya berlaku selepas Ali mengaktifkan gajet Infinity Retinal Intelligent System atau IRIS yang mana membolehkan pemakaiannya lebih berkuasa dalam menjalankan misi.

Ali menjadi perisik kerana Ali sahaja yang mampu menguasai IRIS yang telah diselarakan dengan badannya. bersama dengan Bakar dan ejen muda lain, mereka bekerjasama dalam misi MATA.


Dalam filem Ejen Ali The Movie, MATA telah menaik taraf system IRIS kepada IRIS NEO yang dijadikan peranti asas kepada semua ejen di bawah MATA. 

waktu ini timbul konflik dalam diri Ali apabila merasakan dirinya tidak diperlukan lagi oleh MATA kerana semua ejen sudah dilengkapi dengan IRIS NEO. dalam masa yang sama Ali berkenalan dengan seorang wanita bernama Niki yang mendakwa pernah menjadi kawan baik arwah ibunya, Aliya.


Ali mula mengelak melakukan tugasan bersama Bakar dan Alicia, lalu membantu Niki dan kawan-kawannya untuk mendapatkan sumber Azureum yang dipercayai dapat membantu penduduk yang tinggal di Pinggiran.

Ali percaya yang Niki dan rakan-rakannya lebih memerlukan dirinya berbanding MATA. persoalannya, adakah tindakan Ali itu betul?


walaupun tak tengok siri dia tapi masih lagi boleh faham jalan cerita Ejen Ali The Movie cumanya bagi aku macam tak puas sebab watak yang ada kurang familiar dan aku sendiri sebenarnya tak tahu mana watak baru dalam filem ni.

so aku macam curious banyak benda juga sebenarnya sepatutnya aku kena start dengan siri dulu dan maybe lagi enjoy bila tengok siri dia.

overall, selepas tonton filem Upin dan Ipin, ini juga antara filem animasi terbaik Malaysia dari segi grafik animasi, muzik latar, lagu tema dan jalan cerita dia juga aku suka sebab masih mudah difahami walaupun tak follow siri Ejen Ali dan aku suka bila pengarah bagi plot twist dalam filem ini untuk buat watak Ali bangkit untuk melawan pihak musuh.

Post a Comment

11 Comments

  1. anak-anak memang terlopong kalau tengok cerita ni

    ReplyDelete
  2. Siri dan Movie Ejen Ali best. Tapi siri tak de dah kan kalau tak silap. Tak sabar nak tunggu Ejen Ali #2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kat tv dah habis tayang kot, diorang ulang tayang drama apa ntah. malas nak tengok..haha

      Delete
  3. Tak sabar nak tgu musim 3 siri ini..

    ReplyDelete
  4. Nayla dan Najmi pun terpaku tengok siri dia. Sibuk minta walaupun bukan waktu siaran. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai budak2 siri dia. anak buah i tak minat sangat sebab tu i pun tak follow siri dia..haha

      Delete
  5. anak sedara mama suka betul cerita ni. boleh hafal skrip sambil berlakon lagi. umo dia 3 tahun haha.. comell sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa comelnyaa. mesti dok berangan nak jadi ejen ali..haha

      Delete
    2. dia suka lagu mamak apa tuh ala lupa lak haha

      Delete
  6. bagus sgt krew blkg tabir ejen ali ni. drpd animasi biasa mampu jd sebaris dgn upin ipin / boboiboy

    ReplyDelete