Review Drama | Malaysian Ghost Stories - Jin Pemusnah (2021)


Drama : Malaysian Ghost Stories - Jin Pemusnah
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 25 Ogos 2021
Episod : 18
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Hamidah Wahab, Tuan Asmawi

Malaysian Ghost Stories sebuah drama seram terbaru di Astro Ria yang menghimpunkan 18 kisah seram berkaitan alam mistik yang biasa kita dengar dalam pelbagai versi kini diberikan sentuhan baru dan dijadikan asas penceritaan utama.

Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini.


Malaysian Ghost Stories - Jin Pemusnah (Episod 2)

Jin Pemusnah mengisahkan rumah tangga Johan (Syazwan Zulkifly) dan Munirah (Nazeera Sardi) yang menjadi semakin panas dan serba tidak kena sejak mereka berpindah ke rumah peninggalan milik arwah datuk Johan.

Munirah selalu mengadu ternampak lembaga dan berasa tidak sedap badan berada dalam rumah tersebut. namun semua itu hanya dipandang remeh oleh Johan dan hubungan mereka juga menjadi panas dan sering bertengkar.

hal ini sebenarnya ada kaitan dengan sikap Johan yang gemar memancing dan pulang ke rumah lewat senja. malah keadaan menjadi bertambah teruk apabila mereka jarang menunaikan solat dan mengamalkan bacaan al-quran di rumah tersebut.


dari first episode lagi, muzik latar dia  memang best dan menambahkan mood seram tu, kalau pakai earphone memang seram dan meremang betul dengar. cuma kena rajin sikit main dengan lampu sebab sesetengah scene dalam drama ni agak gelap.

overall, jalan cerita sangat menarik dan penuh pengajaran. apa yang dipesan orang tua ada betulnya dan seeloknya diikut. time maghrib banyak benda ghaib yang suka berkeliaran, tak pasal mengikut balik dan menganggu kerharmonian rumah tangga suami isteri.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ohhh drama ni tiap minggu episod lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..setiap episod jalan cerita dia berbeza, hantu pun lain-lain..haha

      Delete
  2. Kalau tengok memang taklah guna earphone. seram bertambah seram! Episod 2 best sebab pelakon dia best best. Episod 1 tu macam kurang sikit feel seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aritu hujan terpaksa guna earphone kalau tidak tak dengar diorang cakap apa. itu yang tengok episod ni feel dia lain..haha
      tapi kan pelakon utk episode ni memang best :)

      Delete