Review Telefilem | Papa Pilot (2021)


Telefilem : Papa Pilot
Pengarah : M. Mahfuz
Penulis Skrip : Adib Kosnan
Siaran : MediaCorp Singapore
Tayangan : 18 Jun 2021
Durasi : 1 jam 26 minit
Pelakon : Fir Rahman, Farhana M Noor, Zaidi Ibrahim, Nadoim Sazwan, Bella Puteri, Ahmad Yusof, Nurijah Sahat, Andy Idris, Zainab Jaafar, Adib Kosnan


Papa Pilot merupakan sebuah telefilem dari Singapura mengisahkan Ashraf (Fir Rahman) yang pulang ke Singapura selepas kontrak sebagai pilot di dubai tamat. Ashraf mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya sebelum memulakan semula kerja di private airline yang berpangkalan di Singapura.

namun kes koronovirus mula dikesan Singapura menyebabkan banyak sektor yang diarahkan tutup, Ashraf juga tidak dapat bekerja apabila private airline tersebut membekukan pengambilan staf baru dan merahsiakan masalah tersebut daripada keluarganya

untuk sementara waktu Ashraf bekerja sebagai Safe Distancing Ambassador (SDA) dan memberitahu isterinya yang kerjanya sebagai pilot tidak terjejas.


apabila kerajaan melaksanakan lockdown, Yani (Farhana M Noor) tak dapat nak pantau home-based learning Mik (Nadim) dan Nisha (Bella Putri) kerana sibuk dengan tugas sebagai jururawat dan terpaksa meminta tolong bapa mertuanya, Kamal (Zaidi Ibrahim) sebab menyangka Ashraf kena fly, padahal Ashraf pergi fly rumah Kamal.

sebenarnya Kamal tahu situasi Ashraf apabila ternampak anaknya memakai baju SDA. Kamal tak suka Ahraf menipu Yani dan anak-anak dan menyuruh memberitahu hal sebenar kepada mereka.


Ashraf memberitahu pada anak-anaknya tentang kerja dia yang sebenar dan mereka boleh menerima keadaan tersebut. masalahnya dia tak tahu macam mana nak beritahu Yani sebab setiap kali nak beritahu mesti Ashraf tak sampai hati bila tengok Yani penat balik kerja.

Ashraf membuat keputusan untuk berhenti kerja SDA dan memberi tumpuan penuh pada keluarga sepanjang lockdown apabila Kamal terlibat dalam kemalangan. Ashraf beritahu Yani yang dia ambil cuti dan ingat boleh terus rahsiakan situasi yang sebenar daripada Yani.


dalam telefilem Papa Pilot, Cik Man (Ahmad Yusof) dan anaknya Ali (Andy Iris) sangat annoying. bagi Cik Man, keluarga dialah yang terbaik dan kerja anaknya lah yang paling bagus. bila tahu Ashraf berhenti dari airline Dubai, Cik Man mempertikaikan kenapa Ashraf berhenti padahal gaji dah masyuk.

rahsia Ashraf terbongkar waktu video call apabila Ali mendedahkan yang Ashraf tak pernah bekerja di private airline tersebut dan Cik Junah (Nurijah Sahat) juga beritahu pernah ternampak Ashraf pakai baju SDA.


bila tengok telemovie ni boleh nampak situasi lockdown di Singapura tak jauh beza sangat pun dengan Malaysia bila kena puasa dan beraya dalam rumah dan banyak aktiviti lain yang terjejas di kala pandemik yang melanda dunia.

dari segi jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan melalui Papa Pilot sangat menarik. walaupun sumber pendapatan terjejas tapi Ashraf dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga sepanjang tempoh lockdown.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ohh telefilem Singapore. Patutlah macam tak perasan. Cerita menarik ada pengajaran dan relate dengan apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  2. saya tidak pernah menonton telefilem dari Singapura. menarik juga jalan ceritanya. sesuai ditonton dengan anak-anak

    ReplyDelete
  3. menariknya jalan cerita mengikut isu skrg ni. boleh tgk singapure handle covid cane

    ReplyDelete
  4. Menarik pula bila baca review Tiara nie..

    ReplyDelete