Movie Review | Bulan Dan Pria Terhebat (2020)


Movie : Bulan Dan Pria Terhebat
Produksi : Nizra Entertaiment, Skop Production, Astro Shaw
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penulis Skrip : Ghaz Abu Bakar
Siaran : Astro First/Netflix
Tayangan : 12 Mac 2020
Durasi : 1 jam 53 minit
Pelakon : Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Hadi, Maya Karin, Aprena Manrose, Mimie Ernida, Sein Qudsi, Sofia Dendroff

Filem Bulan dan Pria Terhebat sempat ditayangkan seminggu di pawagam sebelum diberhentikan kerana pawagam terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). yang belum sempat tengok di pawagam bolehlah menonton di Netflix.


filem ini mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) seorang pelatih pasukan khas Indonesia yang menyeludup masuk ke Malaysia untuk mencari adiknya, Melati (Aprena Manrose) yang diculik dan menjadi mangsa sidiket perdagangan manusia.

Bulan kemudiannya bertemu dengan Haris (Zizan Razak), Arab (Ball Ngasri) dan Daud (Hadi Alif) yang mengelar diri mereka Pria Terhebat dan membantu Bulan dalam misi menjejaki adiknya.


sinopsisnya sangat simple dan sepatutnya jalan cerita lebih difokus kepada watak Bulan supaya lebih menonjol dan nampak kuat dalam menjalankan misinya malangnya di permulaan filem lagi tumpuan lebih diberikan kepada watak Haris yang dipegang oleh Zizan Razak.

bagi aku momentum tu agak terganggu sebab banyak plot yang melibatkan Bulan dan Melati tak dikembangkan dengan baik. aku tak berapa faham macam mana Bulan boleh dapat networking bagus yang boleh bekal senjata dan maklumat di Malaysia padahal dia pelatih sahaja bukan bekerja dalam pasukan elit Indonesia.


Filem Bulan Dan Pria Terhebat bergenrekan aksi komedi, dari segi komedi aku sangat terhibur dengan aksi bersahaja Bell Ngasri dan Hadi Alif pun tak ada masalah bila kena bekerjasama dengan Zizan dan Bell. cumanya bila watak jahat cuba untuk melawak nampak macam dialog mereka kurang bijak. 

satu lagi masalah dengan filem ini apabila terlalu banyak sangat watak sampingan yang cuba diselitkan. mostly watak ni tak perlu pun sebab tak bagi impak yang besar tapi buat keadaan nampak lebih serabut.


lakonan Zahirah dalam filem ini nampak best juga lagipun bukan senang nak buat babak aksi dan kena bercakap dalam bahasa indonesia pula. loghat indonesia dia not bad tapi boleh dengar lagi bunyi melayu tu. 

overall, dari segi plot dan jalan cerita banyak yang kena improve lagi tapi idea dan konsep filem Bulan Dan Pria Terhebat sebenarnya sangat menarik apabila cuba mengetengahkan wanita sebagai watak utama dalam filem aksi.

Post a Comment

5 Comments

  1. Teringin nak tengok cerita ni sebab ada Bell je sebenarnya hihi

    ReplyDelete
  2. Nice one. Mesti lawak2 aksi gitu cita diaa.

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi filem ni. So far baca review macam best. Kena betul betul ambil pelakon dari sana kot baru macam menjadi kalau nak ketengahkan loghat sana. baru best tengok.

    ReplyDelete
  4. suka watak perempuan badass & bijak....

    ReplyDelete
  5. Akak layan cerita ni sampai habis sebab ada Bell :)

    ReplyDelete