Movie : Ketika Tuhan Jatuh Cinta
Country : Indonesia
Director : Fransiska Fiorella
Screenwriter : Daniel Titto, Wahyu Sujani
Network : VIU
Release Date : 5 Jun 2014
Duration : 105 minutes
Cast : Reza Rahadian, Aulia Sarah, Renata Kusmanto, Enzy Storia, Ibnu Jamil, Tamara Tyasmara, Dewi Irawan, Joshua Pandelaki, Didi Petet, Erlando
Ketika Tuhan Jatuh diadaptasi dari novel bestseller karya Wahyu Sujani mengisahkan Fikri (Reza Rahadian) berasal dari keluarga miskin yang berpegang teguh pada nilai agama sehingga Pak Qasim (Joshua Pandelaki) mahu Fikri mengikut jejak langkahnya belajar agama dan menjadi seorang ustaz.
Fikri mempunyai cita-cita untuk menamatkan pengajiannya yang tertangguh disebabkan masalah kewangan dan mahu menjadi seorang pelukis pasir. dengan restu ibunya, Fikri keluar dari rumah selepas bergaduh dengan ayahnya pergi ke Bandung untuk menjual lukisannya.
perjalanan Fikri bukan mudah lagipun dia tidak mempunyai kepakaran yang bagus dalam lukisan pasir. Pak Anchong (Didi Petet) merasakan lukisan Fikri tidak dapat djual kerana tekniknya belum bagus tapi Lydia (Renata Kusmanto) yang merupakan anak Pak Anchong dan pengurus galeri bapanya nampak potensi pada lukisan Fikri.
kehidupan Fikri semakin bagus apabila Pak Anchong mahu memantau hasil seni lukisannya, lukisannya juga dapat dijual dan Fikri dapat meneruskan kembali pengajiannya yang tertangguh. di kampus, Fikri rapat dengan Leni (Aulia Sarah) dan mereka saling menyimpan perasaan dan kemudian Fikri melamar Leni sebaik gadis tersebut menamatkan pengajiannya.
kisah cinta mereka terhalang apabila keluarga Leni tidak merestui hubungan tersebut dan mahu menjodohkan Leni dengan calon menantu pilihan mereka. Fikri redha dan menganggap tiada jodoh antara mereka dan nekad mahu menumpukan perhatiannya pada lukisan pasirnya dan mengadakan pameran solonya.
Ketika Tuhan Jatuh Cinta sebenarnya kisah kehidupan Fikri yang mahu berjaya sebagai pelukis pasir untuk membuktikan kepada bapanya yang dia boleh berjaya walaupun tak ikut jejak langkah bapanya. dalam masa yang sama dia pun dilema dalam memikirkan soal jodohnya.
jalan cerita untuk first half movie ni agak predictable, lagipun kebanyak filem indonesia yang bertemakan cinta islamik mesti sedih dan cinta terhalang. masuk second half makin menarik tapi banyak pula isu berbangkit di penghujungnya sampai aku pula yang nervous betul ke movie ni nak habis padahal banyak lagi persoalan yang tak terjawab.
kalau filem indonesia ni memang terpukau habis dengan cinematography dan color tone dalam movie ni plus lagu tema Ketika Tuhan Jatuh Cinta yang dinyanyikan oleh Nidji tu best juga layan dan kena dengan mood cerita. satu lagi suka tengok dress up dan gaya tudung yang dipakai Leni dan Shira, comel je.
ending dia agak tergantung, macam nak marah pun ada juga dengan Shira sebab bagi la Fikri habiskan ayat dia dulu, ini terus potong dan cakap faham. apa yang dia faham tak tahulah sedangkan dah salah faham habis dengan Fikri. tapi tak kisah pun Fikri nak pilih siapa, tak pilih siapapun lagi bagus sebab tak nampak chemistry yang kuat antara dia dengan Leni, Lydia mahupun Shira.
tak tahulah filem ini akan ada sekuel atau pun tidak sebab ending dia tergantung bikin penasaran sahaja. apapun best melayan sebab lakonan Reza Rahadian. kalau korang nak tengok filem ni boleh tonton di VIU.
12 Comments
Tengok tajuk dah agak dah mesti movie dari Indonesia.
ReplyDeleteKalau movie Reza Rahadian tak pernah mengecewakan.
Belum pernah tengok movie ni lagi..
ternampak filem ni kat viu lepas tu nampak reza pula terus tengok..hehe
DeleteAduh, baca tajuk pelik2 konfem indon. Haha Ku terbayang Tuhan jatuh cinta. Astaga... *face palm*
ReplyDeleteastagaa~ bahasa dia tinggi sangat..haha
DeleteCerita pencintaan mesti ada tentangan, hujung hujung berjodoh. Mungkin kena panjang lagi jalan cerita tu. Tak syok tengok filem yang agak banyak persoalannya. Ya, setuju. cinematography filem seberang memang cantik. Suka color tone dia jugak.
ReplyDeleteLama tak tgk drama indonesia
ReplyDeleteSaya yang Indonesian malah tak tahu film nih hahahaha. Padahal biasanya saya suka dengan movie nya Reza. Tapi kalo nak jujur, saya memang tak suka dengan movie berbau agama. Bukan kenapa2, tapi endingnya suka menggangung, atau sedih. Tak suka jadinya..
ReplyDeleteLebih prefer film2 comedy ATO action seperti The Raid, my stupid boss, cek toko sebelah dll. Film2 nya Ernest Prakasa saya selalu suka karena selain lucu, juga sedikit berbau satire :p. Biasanya menyindir kebiasaan2 orang lokal yang aneh-aneh :D.
itulah tertanya juga kenapa filem islamik mesti jalan cerita dia sedih dan tergantung. maybe kena banyak cari filem indonesia yang komedi pula lepas ni :)
Deleteselalu cerita indon mmg ccantik sgt kan scene dia. mmg puas hati
ReplyDeletebab tu memang setuju..haha
DeletePatutnya ada sekuel sebab tu banyak plot tergantung haha tapi lupa dah kenapa sampai sekarang tak muncul sekuelnya.
ReplyDeletemungkin nak buat macam filem Ayat-Ayat Cinta kot, lepas 10 tahun baru keluar sekuel..haha
Delete