Movie Review | Ada Hantu (2021)


Movie : Ada Hantu
Produksi : ACT 2 Pictures
Pengarah : Hairul Azreen
Penulis Skrip : Adrian Teh
Siaran : Disney + Hotstar
Tayangan : 13 Ogos 2021
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Henley Hii, Theebaan G, Sophia Albarakbah, Dafi, Haqim Nordin, Nazwan


Filem Ada Hantu mengisahkan Alif (Zahiril Adzim) seorang youtuber yang dikecam oleh netizen gara-gara mengkritik satu video hantu viral yang mendakwa semua itu hanya lakonan dan Alif sendiri tidak percaya dengan kewujudan hantu.

apa yang Alif komen pasal video hantu viral tu ada betulnya, tak tahulah kenapa haters dia trigger sangat. Alif sendiri tak kisah dengan haters dia yang penting dapat view yang tinggi.


untuk dapatkan view yang lebih banyak, Shasha (Elvina Chua) mencadangkan Alif membuat content mencari hantu. Bariah (Shiqin Kamal) pula mencadangkan Alif pergi ke sebuah banglo lama di kampungnya kononnya tinggalan seorang askar jepun yang mati bunuh diri bersama isterinya ketika perang dunia kedua dulu.

Alif bersetuju dengan cadangan Bariah dan Shasha lalu mereka berlima bersama Talha (Hairul Azreen) dan Jimmy (Nafiez Zaidi) pergi ke banglo tersebut dan membuat rancangan untuk menyambut hari jadi Alif di sana.


Filem Ada Hantu bergenrekan seram komedi dan jalan ceritanya sangat simple tentang watak Alif yang suka cakap besar dan tak percaya dengan kewujudan hantu jadi ini antara rancangan kawan-kawannya untuk mengenakan Alif. 

masalahnya bila ada benda lain yang dah termasuk dalam plan mereka. persoalannya siapa yang diganggu dan siapa pula yang sebenarnya menganggu?


aku tak letak expectation yang tinggi sangat untuk movie ni, dah la dengan poster dia macam orang malas buat kerja, trailer lagilah malas nak cerita tapi surprisingly movie ni sebenarnya agak bagus.

bila masuk scene Alif kena kacau dengan hantu memang seram dan saspen sampai buat aku tak senang duduk, meremang wei. ada juga beberapa twist yang menarik dalam filem Ada Hantu yang boleh bikin seram dan ada juga yang menghiburkan keadaan.


Ada Hantu merupakan filem pertama Hairul Azreen sebagai pengarah dan hasilnya bagi aku sangat bagus. barisan pelakon pun sangat best dalam membawa watak dan peranan masing-masing. kesimpulannya, nampak macam klise tapi sangat berbaloi untuk ditonton 👍

Post a Comment

16 Comments

  1. Hebat betul berlakon dan mengarah jugak. Ramai pelakon dah jadi pengarah sekarang ni. Pelakon pun bukan calang calang semua tu.

    ReplyDelete
  2. wah..tak sangka hairul azreen boleh mengarah. menarik juga ni sebab saya minat Zahiril Adzim

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni nanti nak cari la

    ReplyDelete
  4. Best gila filem dia.. Walaupun sengal je tengok perangai si Alif tu.. Memang terasa keseramannya dan part kelakar dia pun menjadi..

    ReplyDelete
  5. Nak cari dan nak tengok gak! Baca a few reviews memang semua memuji Ada Hantu. Nak tengok gak!

    ReplyDelete
  6. Best ye cte ni? Nnt leh la try tgk walau sy tak minat dengan hairul azreen tu hahah

    ReplyDelete
  7. ms mula2 hairul dia cakap dia mengarah filem ni.. mcm x percaya jee... tapi mmg suka cerita hantu komedi mcm ninheheh

    ReplyDelete
  8. Bangga saya tengok kejayaan sahabat blogger Elvina Chua di pentas seni. Masa zaman blogging sedang naik. Kami sama-sama berjumpa di event. Elvina Chua mempunyai personaliti mesra dan semua orang selesa dengan dia. Banyak juga dia cabar diri dia utk mencuba sesuatu. Masih Ruby ingat lagi ketika tahun 2013. Dia masuk pertandingan Miss International Yachting Pageant 2013 Malaysia dan dia Juara! Kemudian tahun 2016 dia cuba berlakon dalam drama siri. All the best Elvina Chua! Nanti akak nak tengok Movie Ada Hantu sebab ada Elvina Chua. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Wahhh Hairul Azreen mengarah. Cerita hantu ni suka tengok tapi takut nak tengok. Lama dah tak layan cerita hantu

    ReplyDelete
  10. Ada bakat jadi pengarah kannn Hairul tu, ni Sis takde chanel tu, takde astro.. ke bukan astro? nak cari laaa mana ada orang share link hehehhe

    ReplyDelete
  11. Plot twist yang menarik buat jalan cerita sesuatu movie nampak wow. Movie ni masuk dalam senarai movie Eiza nak tonton. Stay safe.

    ReplyDelete
  12. Tak tengok lagi cerita ni. Tapi dah baca beberapa review katanya best. Macam kena tengok juga ni 😁

    ReplyDelete
  13. Belum watch this movie lagi, but i ni kan penankut so might skip this ada hantu.

    ReplyDelete
  14. Kalau dari Indonesia, dimana bisa beli link Ada Hantu neh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh subscribe di disney+hotstar tapi tak pasti di indonesia available ke tidak

      Delete