Title : Into The Ring / Memorials
Director : Hwang Seung Gi, Choi Yeon Soo
Screenwriter : Moon Hyun Kyung
Network : KBS / Netflix
Aired : 1 July 2020 - 20 August 2020
Episode : 16
Duration : 35 minutes
Genre : Comedy, Romance, Political
Cast : Nana, Park Sung Hoon, Ahn Nae Sang, Yoo Da In, Han Joon Woo, Ahn Kil Kang, Jang Hye Jin, Shin Do Hyun, Kim Mi Soo, Choi Go, Seo Jin Won
Into The Ring mengisahkan Seo Gong Myung (Park Sung Hoon) pekerja civil servant di bandar Mawol yang ditukarkan ke bahagian service center dan terpaksa menguruskan aduan daripada orang awam. prinsip hidup Mong Gyung senang saja, siapkan semua kerja habis waktu balik dan malas nak sibuk hal yang tak ada kena mengena dengan hidup dia.
tapi sejak bekerja di bahagian service center Gong Myung terpaksa bekerja lebih masa apabila seorang pengguna yang menggunakan nickname Garden Tiger Moth menghantar pelbagai aduan hampir setiap hari.
Seo Gong Myung decide untuk deal sendiri dengan Garden Tiger Moth apabila terima aduan pada lewat malam mengenai illegal parking dan di situ dia bertemu dengan Goo Se Ra (Nana).
Goo Sera juga digelar sebagai Queen Of Civil Complaint sebab dia memang tak boleh tengok sebarang masalah yang berlaku di bandar Mawon. walau bagaimanapun, Sera tak mempunyai sebarang kerja tetap dan selalu diberhentikan kerja atas pelbagai alasan.
selepas dipecat daripada Mawol Service Center, Sera membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Mawol kerana tertarik dengan gaji besar yang diperoleh District Assembly sebab dia terdesak untuk mencari duit membayar hutang emaknya.
Selepas menempuh pelbagai cabaran, Goo Sera berjaya memenangi pilihan raya tapi menjadi Mawol District Assemby juga tak semudah yang disangka. Sera pula tiada parti selalu dia kena pulau dan dipandang rendah oleh exco yang lain.
semua itu tak mematahkan semangat Sera untuk menjalankan tanggungjawab dia sebagai wakil rakyat Mawol dan Sera juga pantang bila mendengar ada penduduk Mawon dalam kesusahan dan membuat aduan, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah mereka.
Selepas pilihan raya, Seo Gong Myung ditukar pula ke bahagian sekretariat dan terpaksa melakukan kerja pejabat dan task yang diminta oleh District Assembly.
Gong Myung ni dia cakap tak kisah padahal dalam diam selalu tolong Goo Sera lagi-lagi bila tahu yang Sera kawan baiknya sewaktu sekolah rendah dahulu dan bapa mereka juga berkawan baik. hubungan mereka juga semakin rapat apabila Gong Myung selalu menolong Sera menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Mawol.
Seo Gong Myung tak boleh berdiam diri apabila Goo Sera mudah percaya pada orang dan tak mahu melihat Sera menjadi mangsa permainan politik terutama sekali oleh ahli politik bernama Jo Maeng Duk (Ang Nae Sang) yang juga ayahnya.
hubungan Seo Gong Myung dengan Jo Maeng Duk tak baik selepas emaknya meninggal dunia dan sanggup tukar nama keluarga sebab tak nak orang lain tahu hubungan mereka.
Jo Maeng Duk luarannya nampak macam ahli politik yang baik dan peka dengan masalah penduduk Mawol tapi sangat licik dengan permainan politik. Jo Maeng Duk mahu gunakan Goo Sera untuk menjatuhkan Chief Won untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
walaupun drama Into The Ring mengenai dunia politik tapi jalan ceritanya tak berat sangat sebab lebih fokus pada Goo Sera dan watak Sera pula jenis yang gila-gila dan main redah saja semua benda. aku enjoy tengok drama ni sebab watak heroin dia unpredictable betul.
rasanya ini first time tengok Nana berlakon genre komedi tapi lakonan dia memang best, chemistry dengan Park Sung Hoon pun comel sangat.
kesian juga bila tengok Gong Myung asyik kena buli dengan Sera dan bila mereka start bercinta lagilah comel bila Sera pula yang overprotective Gong Myung depan parent dia. mereka juga nak sembunyikan hubungan mereka di tempat kerja tapi tak tahu yang satu ofis dah tahu hal tersebut.
overall, plot dan jalan cerita Into The Ring sangat menarik. cinematograhpy dan camerowork dalam drama ni juga menarik. bagi aku kekuatan drama ni sebenarnya pada watak female lead dan Nana berjaya bawa watak Goo Sera dengan baik sekali.
11 Comments
Thanks review :)
ReplyDelete😊
DeletePanjang betul kaki heroin
ReplyDeleteheroin dia memang tinggi..haha
DeleteCerita dia macam best. kelakar kelakar dan ada konflik. Tengok pelakon utama macam tak kenal pulak.
ReplyDeletewatak heroin tu yang kelakar sebenarnya..haha
DeleteNana memang terer bawak watak lain2. suka sangat kaloal dia berlakon.
ReplyDeletePak cik ahli politik tu selalu begitu. memang asyik dapat karakter tu jee. Haha
tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni, itu yang terkejut juga sebab tak sangka lakonan dia memang best 😊
DeleteI've been really curious about this one. I might give it a try later.
ReplyDeletesuka tengok nana berlakon. ingtkan movie drama rupanya
ReplyDeleteThanks review nanti akak masuk list senarai hihihi nampak macam menarik drama Korea ni
ReplyDelete