Title : Unforgettable Love
Director : Li Yu Lei
Network : Mango TV/WeTV
Aired : 10 July 2021 - 2 August 2021
Episodes : 24
Duration : 40 minutes
Cast : Miles Wei, Hu Yi Xuan, Lennon Sun,
Jerry Yu, Sheng Hui Zi, Wu Chen Xu, Shi Qing Yan
Unforgettable Love mengisahkan He Qiao Yan (Miles Wei) seorang CEO muda yang mengambil alih syarikat keluarga selepas kematian abangnya. He Qiao Yan mempunyai seorang anak lelaki, Xiao Bao, ada gosip mengatakan He Qiao pernah berkahwin secara rahsia tapi tak siapa pun yang mengetahui kisah sebenar.
He Wei Fei atau Xiao Bao (Lennon Sun) baru berusia lima tahun dan tidak dapat bercakap, dia selalu memberontak untuk menunjukkan perasaan tak puas hati lagi-lagi apabila He Qiao Yan terlalu sibuk dengar kerja sampai tak beri perhatian padanya.
Xiao Bao juga susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal, ramai doktor yang Qiao Yan cari untuk anaknya tidak dapat bertahan lama melayan kerenah Xiao Bao.
Suatu hari, Xiao Bao bertemu dengan Qin Yi Yue (Hu Yi Xuan) dan terus jatuh suka. kebetulan pula Qin Yin Yue seorang doktor psikiatri kanak-kanak jadi He Qiao Yan nak hire Qin Yin Yue jadi doktor peribadi untuk anaknya. tapi Qin Yin Yue menolak tawaran tersebut sebab sayang dengan kerjanya di hospital.
jalan cerita makin menarik apabila Xiao Bao dah sayang sangat dengan Qin Yi Yue sampai dia boleh sebut mama. demi Xiao Bao, He Qiao Yao tawarkan pada Qin Yi Yue untuk kahwin kontrak.
sebenarnya sebelum itu, Qin Yi Yue berpura-pura untuk terima lamaran He Qiao Yan untuk balas dendam pada bekas kekasihnya yang curang. masalahnya Yi Yue dah hilangkan cincin 18 karat yang Qiao Yan, nak tak nak terpaksa Yi Yue bersetuju kahwin kontrak untuk bayar balik duit cincin yang hilang tu.
dalam masa yang sama, Qin Yi Yue ambil cuti kerja yang lama untuk beri perhatian penuh pada Xiao Bao. boleh nampak banyak progress pada Xiao Bao sampai boleh bercakap dan Yi Yue pilih sekolah terbaik supaya Xiao Bao boleh belajar berkawan dan berjumpa dengan orang baru.
He Qiao Yan dan Qin Yi Yue kemudiannya saling jatuh cinta tapi konflik berlaku apabila mak cik He Qiao Yan tak berkenan dengan Yi Yue sebab sudah membuat rancangan untuk menjodohkan Qiao Yan dengan Lin Wei (Shi Qing Yan) untuk kukuhkan lagi perniagaan keluarga mereka.
Qin Yi Yue kemudiannya mengetahui yang He Qiao Yan mempunyai post-traumatic stress disorder (PTSD) kesan daripada kemalangan yang meragut nyawa abang dan kakak iparnya. rupanya Qin Yi Yue ada kena mengena dengan kemalangan tersebut dan macik Qiao Yan tak nak Qiao Yan teringat balik kejadian ngeri tersebut kerana Qiao Yan akan menyalahkan diri sendiri.
kalau nak tahu apa sebenarnya terjadi dan apa kena mengena Qin Yin Yue dengan kemalangan yang melibatkan He Qiao Yan, itu kena tengok sendiri malas nak bagi spoiler kat sini..hehe
kisah kahwin kontrak bunyi macam klise tapi jalan cerita Unforgettable Love nampak menarik sebab ada watak Xiao Bao, comel tengok budak kecik ni. chemistry antara He Qiao Yan dan Qin Yi Yue pun sangat bagus. siapa yang suka drama cinta bolehlah tengok drama Unforgettable Love lagipun konflik drama ni sebenarnya tak banyak pun.
walaupun ada watak Lin Wei yang nak menyelit kat tengah tapi He Qiao Yan bila dah jatuh cinta memang takkan pandang perempuan lain. walaupun keluarga Lin Wei cuba nak jatuhkan bisnes He Qiao Yan tapi itu bukan penghalang pada He Qiao Yan untuk bersama dengan Qin Yi Yue.
10 Comments
Ok baca sinopsis nampak menarik juga.. Comel jgk tgk bdk kecil tu.. Insyallah bole msk list.. Kena cr dl dlm. Netflix or viu takde eh 😂
ReplyDeletefree je tengok kat wetv.. cuma drama baru nak tunggu full episod lambat sikit sebab benda free kan..haha
DeleteBaca review tiara memang terbaik! Aien suka juga tengok chemistry dorang tiga tu. Cute sekali~
ReplyDeleteaww thanks aien..selalunya pergi usha2 blog aien la baru ada idea nak tengok chinese drama ni..hahaha
DeleteMenarik sinopsisnya.. Tp drama.. Malas nak follow sbb jenis x penyabar..
ReplyDeletetakpe baca je sinopsis dan review kat blog saya..hehe:P
Deletebelum tengok lagi...hehe...masuk list..
ReplyDeletebanyak ni saya nampak dekat tiktok, saya siap screenshot lagi supaya tak lupa tajuk dia hahaha ^^ tapi belum lagi saya tengok huhuhu.. tak tahu lah nak tgok bila hiihihi thanks perkongsiannya
ReplyDeleteCerita yang berkaitan kasih sayang ni best. Jodoh dipertemukan melalui seseorang. Klise cerita mesti ada tentangan dari keluarga.
ReplyDeleteBudak tu sumpah cute. Terhibur all the way through the end.
ReplyDelete