Review Drama | Can't Write!? ~A Life Without Scenario~(2021)


Title : Kakenai!?: Kyakuhonka Yoshimaru Keisuke no Sujigaki no Nai Seikatsu
Another Title : Can't Write!? ~A Life Without Scenario~
Director : Keisuke Toyoshima, Yuki Saito
Screenwriter : Yasushi Fukuda
Network : TV Asahi / Netflix
Aired : 16 January 2021 - 13 March 2021
Episodes : 8
Duration : 30 minutes
Cast : Toma Ikuta, Michiko Kichise, Anna Yamada, Yunho, Mijika Nagai, Teppei Koike, Yukiya Kitamura, Masaki Okada, Fuma Kikuchi, Masumi Nomura


Can't Write!? A Life Without Scenario mengisahkan Keisuke Yoshimaru (Toma Ikuta) seorang ejen hartanah yang berhenti untuk meneruskan impiannya menjadi penulis skrip. sepanjang lima tahun tersebut, tiada satu pun hasil kerja dia yang boleh dibanggakan selain menjadi penulis skrip gantian.

Keisuke sudah tiga bulan tiada kerja dan kini selesa menguruskan kerja rumah kerana isterinya, Nami (Michiko Kichise) seorang penulis novel tengah sibuk menyiapkan buku terbarunya. kerjaya Nami lebih berjaya daripada Keisuke sehingga mampu untuk membeli rumah untuk keluarga mereka hasil jualan novelnya.

Suatu hari, Keisuke menerima panggilan daripada penerbit drama tv, Shoji (Yukiya Kitamura) mengatakan dia terpilih sebagai penulis skrip utama untuk drama terbaru mereka yang akan ditayangkan pada waktu perdana.


dari awal lagi Keisuke dah pelik kenapa dia terpilih apabila pergi meeting baru tahu yang team produksi tiada pilihan kerana semua penulis popular sedang sibuk. drama slot waktu perdana satu peluang yang bagus pada kerjaya penulis. 

masalahnya drama tersebut tak ada konsep cerita padahal tarikh tayangan sudah ada dan pelakon popular Hayato Yagami (Masaki Okada) yang akan memegang watak utama. ini merupakan cabaran terbesar pada Keisuke sebab sebelum ini dia cuma tulis satu atau dua episod dan sambung saja idea orang lain tapi kali ini Keisuke perlu mula dari kosong. 

bila tengok drama ini baru nampak macam mana susahnya seorang penulis skrip nak menulis sebuah drama sebab setiap hari mengejar deadline dan skrip pula akan sentiasa dirombak.


drama ni memang kelakar sebab penerbit dan pelakon punya idea merapu betul. pada mulanya penerbit mahukan Keisuke menulis sebuah drama detektif, bila dah siap first draft kena reject pula sebab pelakonnya dah bosan dengan cerita detektif.

Keisuke kemudian dapat idea untuk menulis drama mengenai guru sekolah yang menyembunyikan identitinya sebagai anak orang kaya. idea tersebut diterima penerbit tapi pelakon pula demand suruh tambah satu lagi identiti rahsia watak guru tersebut iaitu vampire yang hanya hisap darah jenis B. persoalannya kenapa darah jenis B? haha

pecah otak jadi Keisuke apabila dia kena selit idea merepek daripada penerbit dan pelakon ke dalam skripnya. sejak menerima projek tersebut, Keisuke terpaksa jumpa psikitri apabila stress tak boleh menulis kerana berdelusi ternampak lelaki botak yang asyik cakap skrip dia akan gagal.


Keisuke bertuah ada keluarga yang sentiasa menyokong dirinya. Nami sentiasa memberi kata-kata semangat dan cuba membantu suaminya menulis walapun dia sendiri tengah sibuk kejar deadline untuk menyiapkan novel terbarunya. 

drama Kakenai!?/Can't Write!? banyak fokus pada watak Keisuke sebagai penulis skrip yang struggle menulis dan mengejar deadline untuk setiap episod dramanya. tapi di pertengahan cerita ada sikit fokus pada konflik yang berlaku dalam keluarga Keisuke tapi konfliknya pun tak berat sangat.


pada mulanya tengok drama ni sebab ada Ikuta Toma tapi tak sangka Masaki Okada pun berlakon sekali. aku minat mereka berdua dari drama Hana Kimi dan watak Ikuta Toma dalam drama ni sama vibe komedi dia macam watak Nakatsu. 

bagi aku, lakonan Ikuta Toma memang best terutama sekali bila bawa watak komedi macam ni, tengok scene dia monolog seorang diri pun dah kelakar, itu belum lagi tengok muka dia yang pasrah tapi nampak annoying betul bila penerbit dan pelakon bagi idea merepek mereka.

bukan sahaja Ikuta Toma malah barisan pelakon dalam drama ni kebanyakkan pelakon otai dan lakonan mereka pun sangat best termasuk pelakon baru. satu lagi suka tengok rumah Keisuke, nampak kemas dan cantik sahaja hiasan dalaman rumah mereka.


kesimpulannya bukan mudah seorang penulis nak menghasilkan sesebuah drama yang penting yakin dengan diri sendiri dan boleh menerima teguran dan pendapat orang lain. overall, plot dan jalan cerita Can't Write!? A Life Without Scenario sangat menarik untuk ditonton secara santai dan menghiburkan. 👍

Post a Comment

7 Comments

  1. Panjang betul tajuk dia. Dapat bayangkan struggle dia menulis skrip tu dengan wife juga penulis. Sekali dapat job macam macam hal pulak. Cerita merapu lawak ni seronok gak tengok. Terhibur.

    ReplyDelete
  2. nak tengok drama ni!! Cerita jepun memang best kalau focus pasal kerjaya dan yang penting, tak banyak sangat episodnya. Saya baru habis tengok drama "Pretty Proofreader". best juga :)

    ReplyDelete
  3. itula kehidupan seorang penulis. Bukan senang kan.

    ReplyDelete
  4. baca sinopsis pun dah rasa menarik

    ReplyDelete
  5. menarik...kelakar baca bab 'vampire hisap darah jenis B' tu...

    ReplyDelete