Telemovie : Sumpahan Orang Putih
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studio
Pengarah : Azhari Zain
Penulis Skrip : Maisurah Abd Rahim
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 19 Jun 2021
Pelakon : Sara Ali, Qody Rani, Dayang Areeda, Tuan Asmawi, Hamdan Senario,
Coki, Arie Zaharie, Juliana Evans
Pada 1987, Mr Benson yg merupakan pemilik sebuah resort kecil di Cameron Highland telah jatuh sakit dan membuat permintaan pada kawan baiknya, Megat (Hamdan Senario) untuk melukis potretnya.
Mr Benson sangat merindui anaknya dan kalau tak sempat jumpa, dia bersumpah yg sesiapa masuk ke resort tersebut akan hilang ingatan dan terperangkap di situ selama-lamanya.
Kaseh (Sara Ali) melakukan ekspedisi solo ke Cameron Highland dengan berbasikal dan pergi ke resort itu untuk bermalam. waktu sampai situ pun dia dah pelik sebab tak ada orang dan yg jaga kaunter pun perangai pelik semacam.
pada malam tersebut, Kaseh membuat keputusan untuk mencari resort lain sebab rasa tak sedap hati duduk kat situ. malangnya dia dah terperangkap dan tak boleh keluar dari situ.
Megat memberitahu Kaseh yg siapa masuk ke situ dengan membawa masalah keluarga tak dapat keluar kerana tempat tersebut telah disumpah dan dia sendiri menjadi saksi dan telah terperangkap di situ lebih dari 30 tahun.
selain daripada Megat ada beberapa orang lagi yg terperangkap di situ seperti Aini (Dayang Areeda), Asraf (Qody), Zuhair (Tuan Asmawi) dan Fahim (Coki). Kaseh cuba menyiasat dan mencari jalan untuk menyelesaikan misteri tersebut seterusnya membawa mereka semua keluar dari situ.
dari trailer dan poster Sumpahan Orang Putih nampak macm telemovie seram rupanya tidak, lebih kepada misteri sebenarnya. plot dan storyline bagi aku nampak lemah dan banyak benda yg tak kena.
ok first, sumpahan tu ada cakap siapa yg terperangkap di situ akan hilang ingatan tapi yg pelik kenapa Asraf boleh moody panas baran sebab tak boleh lupa manager yg tipu dia nak jadi penyanyi. padahal kau dah beberapa tahun stuck kat situ dah boleh completely lupa semua benda. ke aku yg salah dengar.
yg kesian bapa Fahim setia tunggu anaknya kat luar pagar, setiap hari datang bawa makanan. ini pun aku tertanya juga macam mana pacik Megat uruskan makan minum mereka selama ini. kalau bapa Fahim boleh pass makanan kat atas pagar kenapa korang tak panjat saja pagar tu, kan senang terus habis cerita.
tak tahulah penghuni kat situ betul-betul hilang ingatan atau memang tak boleh fikir sebab Kaseh yg baru datang sehari dah jumpa nombor telefon waris masing-masing. sekejap dah boleh setel semua masalah penghuni kat situ dengan keluarga mereka. tapi Kaseh terlupa nak selesaikan masalah sendiri.
ingatkan bila dah selesai semua masalah penghuni kat situ selesailah semua. rupanya ada lagi misteri yg belum selesai iaitu wasiat terakhir Mr Benson. macam banyak songeh pula Mr Benson ni, dah mati pun menyusahkan orang sampai siap nak buat sumpahan bagai.
ada juga elemen seram yg cuba dimasukkan dalam telemovie tapi tak banyak dan langsung menjadi, setakat merasuk si Ashraf semata nak bercakap pasal anak dia apa lah sangat. plus tempat yg diorang shoot pun nampak bersih langsung tak nampak seram. so kesimpulannya, aku dah malas nak buat kesimpulan.
4 Comments
hahahaha small small not die, big big trouble people
ReplyDeleteTerperangkap kena selesaikan misteri pulak. Banyak pulak misterinya. Macam macam persoalan muncul
ReplyDeletebaca tajuk pun den dah gelak hahaha
ReplyDeletePelik betul sumpah orang putih ni ye 😂
ReplyDelete