Rujuk (TV1) | Review Telefilem

Rujuk (TV1) | Review Telefilem

Telemovie : Rujuk
Produksi : Telemal Productions, Suhan Movies & Trading
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : TV2
Tayangan : 19 Februari 2021
Pelakon : Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Fimie Don, Yuna Rahim

Rujuk (TV1) | Review Telefilem

Telefilem Rujuk mengisahkan Jefry (Rosyam Nor) seorang suami dan bapa yang baik dan penyayang sehingga anak-anaknya menjadikan Jefry sebagai idola mereka. Suatu hari, Jefri telah berubah dan membuatkan Dian (Marisa Yasmin) dan anak-anaknya bingung dengan perubahan Jefri.

Dian kecewa bila dapat tahu Jefri mempunyai skandal setelah menerima sampul yang mempunyai gambar Jefri dengan wanita lain. hal ni juga menyebabkan Amirah (Yuna Rahim) dan Amirul (Fimie Don) marah dan hilang hormat kepada bapa mereka sehingga sanggup menghalau Jefri keluar dari rumah selepas menceraikan Dian.

Semua itu sebenarnya adalah rancangan Jefri sendiri bila mendapat tahu dirinya disahkan mempunyai kanser dan trauma apabila melihat rakan sekerjanya  mengalami tekanan jiwa sehingga membunuh diri selepas suaminya meninggal dunia kerana kanser. Jefri tidak mahu keluarganya menderita selepas kematiannya.

Rujuk (TV1) | Review Telefilem

bagi aku, tindakan Jefry nampak terlalu pentingkan diri sendiri macam orang tak ada iman padahal di permulaan cerita dah tunjuk yg Jefry sangat pentingkan agama dalam keluarganya siap cakap kena jaga silaturahim tapi dia juga yang putuskan silaturahim dengan keluarga sendiri bila kena uji macam tu. kalau berterus terang tak mustahil mereka boleh terima perkara tersebut sebab dalam islam kena percaya qada dan qadar.

satu hal lagi, tindakan Dian dan anak-anaknya pun melampau juga. disebabkan satu gambar yg tak tahu kesahihannya terus hilang hormat pada Jefry. kalau marah sangat pun istighfar sikit dan fikir dengan waras. bila bapa sendiri yg diidolakan selama ini tiba-tiba berubah mesti ada sebab. ini semua orang punyai perangai macam tak ada iman.

Rujuk sebuah telefilem arahan Rashid Sibir so tahu-tahulah Rashid Sibir kalau buat drama air mata ni memang boleh buat orang tersentuh tapi itulah..aku tak boleh masuk dengan jalan cerita dan watak dalam cerita ni yang terserlah kebodohan masing-masing.

Post a Comment

5 Comments

  1. Lama dah akak tak tengok lakonan Rosyam Nor.

    ReplyDelete
  2. Kalau dato Rosyam berlakon, best

    ReplyDelete
  3. Haha. Samala kita. Saya tak tengok sampai habis sebab geram

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pulak telefilem yang satu ni. Pelakon best best ni. Menarik untuk ditonton

    ReplyDelete