Movie Review | Su Ve Ates - Water and Fire (2013)

Movie Review | Su Ve Ates - Water and Fire (2013)

Title : Su Ve Ates (Water and Fire)
Country : Turkey
Production : Avsar Film
Director : Ozcan Deniz
Release Date : 15 November 2013
Duration : 1 hour 48 minutes
Cast : Ozcan Deniz, Yasemin Kay Allen, Pelin Akil, Yusuf Akgun, Kaan Cakir, Irem Candar, Sefika Tolun, Burcu Kiratli

ada terbaca review Su Ve Ates kat blog lain tapi tak rasa nak tengok pula bila orang cakap ending dia sedih. disebabkan lately rajin buka youtube melayan drama turki boleh pula terjumpa movie dia so kita tengoklah. aku tak ada tik tok tapi dengarnya movie ni viral kat tik tok sampai ada yang menangis. betul ke? 


Su Ve Ates mengisahkan Hasmet (Ozcan Deniz) yang melarikan diri ke London untuk bersembunyi daripada musuhnya. Hasmet bertemu dengan Yagmur (Yasemin) dalam penerbangan kemudian mereka berjumpa lagi di hospital semasa Yagmur menemani kawannya untuk mendapat kan rawatan.

Hasmet memperkenalkan dirinya sebagai Kemal kepada Yagmur, bermula dari saat itu hubungan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta. selepas hampir setahun menjalin hubungan, Yagmur selalu mengajak Kemal balik ke Turki masalahnya keadaan tak mengizin dan Yagmur tak tahu siapa sebenarnya Kemal.


Hasmet sebenarnya dari keluarga mafia, melarikan diri ke London kerana Hasmet sudah membunuh ketua musuhnya. selepas setahun, emak tirinya menyuruh Hasmet pulang ke Istanbul untuk menyelesaikan permusuhan yang berlaku antara kedua keluarga mafia ini.

mereka berpakat menyatukan Hasmet dengan Nupelda (Pelin Akil) dengan harapan dendam antara keluarga ini akan terlerai. bukan senang Hasmet bersetuju dengan perkara tersebut sebab dia sudah merancang untuk mengahwini Yagmur.


Hamza yang merupakan orang kuat keluarga Hasmet tahu yang Yagmur akan menjadi penghalang mereka jadi dia perlu pastikan Yagmur pergi jauh daripada hidup Yasmet dengan mengupah doktor untuk mengugurkan kandungan Yagmur.

benda ini sangat mengejutkan Yagmur bila tahu siapa sebenarnya Hasmet padahal dia baru sahaja nak buat kejutan pada Hasmet tentang kandungannya. nasib baiklah Yagmur dapat melarikan diri daripada Hamza dan terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan Hasmet.


konflik antara keluarga Hasmet dan Nupelda agak complicated juga tapi aku tak faham kenapa mereka buat rancangan menyatukan kedua keluarga ini dengan perkahwinan. padahal abang Nupelda sendiri tak boleh terima Hasmet, orang yg telah membunuh bapa mereka. nampak sangat benda ni dari awal lagi tak boleh menyelesaikan masalah.

betullah orang kata cinta itu buta sebab Nupelda dah lama menyimpan perasaan pada Hasmet sebab itu dia nak kahwin juga dengan Hasmet. malangnya perkahwinan mereka tak bahagia bila Hasmet sendiri masih tak boleh lupakan Yagmur dan Nupelda tahu perkara tersebut.


konflik makin memuncak apabila Hasmet dapat jumpa balik dengan Yagmur, waktu ni baru dia tahu yang dia ada anak dengan Yagmur. Hasmet berjanji mahu hidup dengan Yagmur dan anak mereka tapi sebelum itu dia kena selesaikan semua masalah yang berlaku termasuk apa yang Hamza dah buat pada orang dia sayang.

sudah tentu benda ini bukan mudah lagi-lagi hubungan Hasmet dan keluarga Nupelda sendiri sangat tegang. nak tahu Hasmet dapat hidup bahagia ke tidak dengan Yagmur kenalah tengok sendiri movie ni.


walaupun movie ni nampak macam kisah cinta biasa sahaja di permulaan cerita tapi jalan cerita makin menarik bila sampai di pertengahan hingga ke penghujung. 

yang best sebab emosi pelakon dan cerita sangat bagus ditambah pula dengan muzik latar yang kena dengan mood cerita macam tak hairan ramai yang meleleh bila tengok movie ni. kesimpulangnya cinta itu memerlukan pengorbanan.

Post a Comment

17 Comments

  1. dulu suka movie ni...ulang ulang tengok dua tiga kali... skang dah pindah tgk korea lak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood sekarang tengah rajin melayan citer turki..haha

      Delete
  2. ramai jugak yg cakap movie ni best. orang kita memang suka filem macam ni kan? kekeluargaan, ada scandal sikit2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan skandal sikit2 tapi kisah cinta terhalang..haha

      Delete
  3. Oo cite ni ke yang kata tengok nangis-nangis tu? Sis tak tengok lagi, tapi anak duk laaa sebut suruh tengok.. cuma Sis ni tak suka cite sedih laaa.. nanti terbawa-bawa kesedihannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih cerita ni, menung kejap lepas habis tengok dok fikir awat ending dia macam tu..hahahaha

      Delete
  4. wah.. turki pun ada cerita mafia. ada tertengok teaser cerita ni dekat FB. tapi awek perempuan tu lawanya haih..
    nanti nak cuba cari jugaklah filem ni. dkt netflix ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie ni boleh tengok kat youtube, cari kat youtube channel avsar film :)

      Delete
  5. Taknak tengo sebab kang down pula perasaannya. Huhu. Nak tengok cerita thriller dan action biar rasa best - tak mo sedih2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kena layan cite jiwang juga, penat otak asyik melayan cerita thriller je..hehe

      Delete
  6. Aduh, ending sedih ni. Banyak dugaan percintaan dorang ni ye. Cinta memerlukan pengorbanan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa kita tak tau pasal cerita ni. Huhu. Nampak sgt banyak keluar isu semasa dari movie. Hehehe. Kalau ramai kata best memg bestla cerita ni

    ReplyDelete
  8. Since ramai dah bagitau citer ni sad ending so tak nak tengok. sebab hidup saya sendiri pun dah cukup menyedihkan. haha

    ReplyDelete
  9. Ramai yg cakap cerita ni sedih. Tapi x berkesempatan lagi nak tonton. Mcm menarik

    ReplyDelete
  10. Cerita bad boys camni ramai orang suka. Terutama pelakon kacak bergaya dan cantik camtu. Akak tengah tengok cerita bodyguard protect isteri boss yang selalu kena belasah tu. Cerita Turki juga. Yenihayat tajuknya. 18 episod. Hahahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga plan nak tengok cite yeni hayat tu sebab saya suka hero dia, itulah drama turki panjang sangat, nak kena cari masa tengok tapi 18 episod tu tak panjang sgt la kak compare dengan yg lain..hahaa

      Delete
  11. Tak tahu kenapa movie dari Turki tiba-tiba menjadi perhatian lak kebelakangan ni hehehe dengan perhatian kepada hero mereka wakakakaka.. cite ni dengar respond ramai org sangat sedih...

    ReplyDelete