Movie Review | Recalled (2021)

Movie Review | Recalled (2021)

Title : Recalled
Country : South Korea
Director : Seo Yoo Min
Release Date : 21 April 2021
Duration : 1 hour 39 minutes
Cast : Seo Ye Ji, Kim Kang Woo, Sung Hyuk, Park Sang Wook, Bae Yoo Ram


Recalled mengisahkan Soo Jin (Seo Ye Ji) yang hilang ingatan sebaik sahaja sedar dari koma selepas terlibat dalam satu kemalangan dan banyak bergantung kepada suaminya Lee Ji Hoon (Kim Kang Woo).

Ji Hoon sibuk menguruskan visa untuk mempercepatkan proses mereka berdua berpindah ke Kanada. waktu ini, Soo Jin selalu tinggal seorang diri dan berlaku peristiwa aneh apabila Soo Jin terjumpa seorang budak yang juga tinggal di apartment tersebut.

bila sentuh budak tersebut, Soo Jin nampak perkara buruk yang bakal berlaku, bukan dekat budak tu saja malah ada seorang lagi remaja perempuan yg dia nampak benda yg sama. Soo Jin cuba menyelamatkan mereka sehingga dia hampir mencederakan diri sendiri.


Ji Hoon yg perasan perkara tersebut bawa Soo Jin consult dengan doktor. doktor beritahu yg semua itu cuma halusinasi ataupun dejavu kesan daripada kemalangan dulu. frust juga Soo Jin bila tak ada orang yang percayakan dia.

first half movie ni boleh diteka jalan ceritanya, dari awal lagi dah nervous dengan watak Ji Hoon lagi-lagi bila Soo Jin terjumpa rakan sekerjanya dan dapat tahu pejabat Ji Hoon sudah jatuh bankrupt. macam ada benda yg Ji Hoon cuba sembunyikan dari Soo Jin.


dalam masa yg sama juga Detektif Ki Sang (Park Sang Wook) dan Detektif Bae (Bae Yoo Ram) menyiasat kes kecurian di sebuah bangunan terbiar yg bakal dirobohkan. mereka juga ada terima aduan daripada hospital tentang kesan lebam pada badan Soo Jin tapi tak boleh nak ambil tindakan pada Ji Hoon bila Soo Jin menafikan semua itu.

Suatu hari, Soo Jin datang buat report kepada mereka berdua yg dia  nampak suaminya bunuh orang so mereka tak boleh ignore perkara ini tapi bila disiasat tak ada pun yg berlaku. rumah yg Soo Jin cakap berlaku pembunuhan tersebut kosong dan tak pernah ada orang tinggal di situ.

persoalannya siapa sebenarnya Lee Ji Hoon? adakah dia seorang pembunuh seperti yg Soo Jin nampak atau pun itu semua halusinasi Soo Jin?


first half movie nampak macam mudah sangat nak teka jalan ceritanya tapi bila masuk second half dah tak boleh predict sebab terlalu banyak kejutan bila satu demi satu perkara didedahkan. memori yg Soo Jin nampak bukan sahaja perkara buruk yg berlaku pada dia tapi juga memori tentang dirinya sendiri.

seriusly aku menyampah dengan ending dia, bukan sebab jalan cerita tak best tapi apa yg mereka buat pada watak Kim Sun Woo. bagi aku macam unfair sebab semua benda yg Kim Sun Woo buat adalah untuk protect orang dia sayang, besar sangat pengorbanannya. menangis aku tengok ending .

pengajarannya, apa yg kita nampak dan ingat tu tak semestinya betul kadang-kadang memori pun boleh menipu. overall, lakonan Kim Kang Woo dan Son Ye Ji sangat best dan jalan ceritanya menarik. siapa yg suka layan cerita mystery thriller bolehlah tengok Recalled.

Post a Comment

28 Comments

  1. Dah tengokkkkk, not bad. Kesian dekat Sun Woo tu sebab sanggup buat apa saja demi Soo Jin, nasib baikkkk laki dia mati jugak, jahat betul hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sedihla ..kenapa jadi macam tu kat Sun Woo..huhu

      Delete
  2. Dah tengok. Ending dia sedih. Tak sangka plot twist dia macam tu. Suspen betul tengok movie ni

    ReplyDelete
  3. suka pulak jalan cerita dia, tapi kat mana nak tengok

    ReplyDelete
  4. Musim2 lock down ni mmg dok cri movie untuk isi masa lapang. Thank you review! Boleh la tengok ni #Staysafe

    ReplyDelete
  5. boleh tgk juga nanti..cam best jer..

    ReplyDelete
  6. ala nak tengok..tapi takot klo bab hantu ni..halah halah

    ReplyDelete
  7. Nampak jalan cerita macam menarik. Boleh la menontonnya nanti. Lama juga tak tonton movie Korea latest Door Lock. Cuba try tonton.

    ReplyDelete
  8. Terkejut gak dengan plot twist dia. Tak tersangka rupanya gitu. Ingatkan dia ada power nak predict tapi rupanya...

    ReplyDelete
  9. Dah tengok jugak . Tapi tak tengok dari awal . Dah tengah2 baru layan sebab adik CCL memang suka layan korean movie ni . Ending dia sedih jugak

    ReplyDelete
  10. Macam ada tgk laa, rasanya dalam fb group ada yang share juga. Tp
    Mcm confuse kadang tu tak tau mana yg real

    ReplyDelete
  11. me hardly watch korea movie or drama cos i need to read subtitle to understand the whole story then i will stick on it whole day... hahaha... well, this looks interesting to watch...

    ReplyDelete
  12. Dah tengok. Geram gak ahh cerita ni. Ending dia sedih cam aaaaa waeeyoooo

    ReplyDelete
  13. Ehhhh itu heroin It's okay not to be okay kan. Nak tengok cerita dia berlakon. Suka lah dia punya suara tu. Unik. Thank you share!

    ReplyDelete
  14. always like Korean movie. I can watch this on Public Holiday today with my family at home yay

    ReplyDelete
  15. wah thanks bagi review ni. nak tengok la malam ni. raya haji movie night gitu... hehe... minat betul lakonan seo yi ji. muka dia pun cute

    ReplyDelete
  16. Wah dalam tgh mencari movie nak tengok boleh la masuk wishlist ni. Jalan cerita dia macam best ni

    ReplyDelete
  17. Rasanya macam dah ada a few movies / drama series yg lebih kurang sama (watak yg boleh nampak masa depan seseorang bila menyentuh org tu). Hmm.. tp boleh juga tgk yg ni. Mcm best

    ReplyDelete
  18. Yeee memang ramai tak sangka ending dia macamtu.. hampeh betul.. tapi puashati gakk Laki dia kojol hahahaha jahat gilerrr

    ReplyDelete
  19. Seo Ye Ji ni memang sesuai betul berlakon watak macam ni. Pandai dia bawa karakter tu.

    ReplyDelete
  20. Menarik la jalan cerita ni.. nak carila.. lately ni suka dengan movie korea

    ReplyDelete
  21. mam suka cerita genre macam ni

    ReplyDelete
  22. okay i forgot to watch this one.

    ReplyDelete