Movie Review | Kardesim Benim - My Brother (2016)


Movie : Kardesim Benim (My Brother)

Director : Mert Barkal
Screenwriter : Zafer Kulunk
Release Date : 15 January 2016
Duration : 2 hour
Cast : Burak Ozcivit, Murat Boz, Asli Enver, Hakan Atalay, Gozde Mutluer

masih lagi dalam mood melayan filem dari Turki, Kardesim Benim mengisahkan dua orang adik beradik yang menjadi penyanyi terkenal iaitu Hakan (Burak Oczivit) dan Ozan (Murat Boz) yang bertemu semula untuk menguruskan pengebumian bapa mereka.

hubungan Hakan dan Ozan tak begitu baik jadi ramailah para wartawan yang datang ke majlis itu untuk cover cerita mereka sebab semua orang nak tahu betul ke dua celebrity brother ni  bergaduh dan tak pernah bertegur sapa.


bapa mereka ada meninggalkan pesanan terakhir meminta mereka pergi menyanyi di kenduri kahwin kenalan bapanya di Urla. waasiat ni bapa mereka buat untuk baiki hubungan antara Hakan dan Ozan lagipun bapa mereka tak tinggalkan harta pun kecuali hutang dan sebuah kereta lama.

Hakan dan Ozan sangat berbeza, tengok citarasa muzik mereka pun dah jauh berbeza. kalau Ozan lebih kepada muzik pop jadi peminatnya kebanyakan remaja perempuan dan wanita manakala Hakan pula lebih sukakan muzik band. kerjaya Ozan juga lebih bagus daripada Hakan yang album terbarunya mendapat kritikan hebat daripada peminatnya.

walaupun berbeza pendapat dan personaliti, Hakan dan Ozan akhirnya bersetuju untuk menunaikan amanat terakhir bapa mereka sebab masing-masing tak nak dibelenggu rasa bersalah. sepanjang perjalanan ke Urla masing-masing tak habis bergaduh sahaja di dalam kereta.


Zeynep (Asli Enver) merupakan seorang wartawan junior yang berkampung depan rumah bapa Hakan dan Ozan untuk mendapatkan bahan berita. walaupun Hakan dan Ozan berjaya trick wartawan lain tapi mereka tak perasaan yang Zeynep telah mengikut mereka dari belakang.

Zeynep sendiri tak tahu ke mana arah tujuan Hakan dan Ozan lalu merosakkan keretanya sendiri supaya dapat menumpang kereta Hakan dan Ozan dan merahsiakan identitinya sebagai wartawan hiburan.

pelbagai cabaran Hakan, Ozan dan juga Zeynep kena tempuh sebelum sampai ke Urla apabila mereka terlibat dalam kemalangan, terpaksa ganti orang buat persembahan dan bergaduh dengan penduduk kampung. secara tak langsung hubungan Hakan dan Ozan bertambah baik sebelum mereka tahu tentang rahsia ayah mereka setibanya mereka di Urla.


bagi aku, aku lebih suka kalau watak Zeynep ni tak ada dan tak menyelit kat tengah sebab konflik antara Hakan dan Ozan tu dah menarik untuk ditonton. watak Zeynep tak annoying tapi tak suka sebab tujuan asal dia dah salah. tapi biasalah cerita turki mesti nak selit kisah cinta sikit, mesti ada drama sikit kat hujung.

overall, jalan cerita Kardesim Benim sangat menarik, terhibur tengok perangai Hakan dan Ozan yang tak habis bergaduh macam budak kecil. kat hujung ada kejutan sebab mereka bukan kena menyanyi di kenduri kahwin tapi ada rahsia bapa mereka yg mereka tak pernah tahu selama ini.

Post a Comment

18 Comments

  1. Aigu~ Hakan tu teringat terjebak satu drama turki by my sis. sampai skrg tak habis tengok lagi. Hakan. hensem je nama. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya i tahu drama apa sebab tengah syok juga melayan drama dia aritu. nama sebenar dia Burak, hensem kan dia tapi dia dah kahwin la..hahaha

      Delete
  2. Tu dia marathon Movie Turki. Gaduh gaduh hujung hujung baik. Part rahsia tu ada plot twist ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa macam plot twist sangat, biasalah rahsia keluarga..hehe

      Delete
  3. Tak pernah tengok drama/movie turki.. macam best je ni

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je ni... cerita Turki banyak yang best-best

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan pelakon2 turki sekali pandang dh mcm org barat

    ReplyDelete
  6. Apa kejutan akhir tu? Ala. Nampak gaya kena tengok gak la sebab nak tau apa kejutan tu. Hehe

    ReplyDelete
  7. Waaa ada lagi ekkk, bagus Tiara share, kalau tak blur gak cite apa nak layan, now musim cite Turki, kita layan ajee kannn.. syok gakk.. nanti nak tengok yang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul akak, banyak drama dan movie turki yang best. senang nak tengok sebab semua boleh cari kat youtube :)

      Delete
  8. Sejak ppk ni kite rajin lyn cte turkey.. Rupanya byk juga yg best2 hihi... Tp yg ni blom tgok lg but masuk dlm list dh

    ReplyDelete
  9. Dah banyak baca review sekarang ramai yang suka layan cerita dari Turki. Tak lama lagi ni mau boleh saing dengan Kdrama. Pernah tengok jugak satu cerita bersiri Turki tapi dia tayang tengah malam kat TV2 , tajuknya tak ingat apa tapi jalan ceritanya memang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga tengok drama turki time petang kat tv2, yang malam tak tahu pula drama apa..hehe

      Delete
  10. Wah.. You pun dah mula layan cite Turki, viral sekarang ni, l pun dah byk tgk drama/movie Turki mmg best2 vite dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. i rajin juga melayan drama turki dulu tapi give up sebab susah nak cari subtitle. tapi sekarang ni dah banyak drama dan movie turki kat youtube sekali dgn subtitle. memang best melayan drama turki ni :)

      Delete
  11. AM xpenah lagi tgk movie Turki.. tapi dr Tiara review nampak menarik utk ditonton.. AM layan kalau cerita tue ada plot twist dan berunsurkan kekeluargaan

    ReplyDelete
  12. Rasa nyer i nak layan drama turki ni sebab i dengar ramai yang tengah ikut cerita ni juga.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tgk lagi cerita dari Turki ni walaupun tempting nak tengok. maybe one day hee :)

    ReplyDelete