Hatimu Sedingin Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Hatimu Sedingin Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Hatimu Sedingin Salju
Produksi : Orangetree Production
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip : Shida Zali, Mia Marziah, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 24 Jun 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Lagu Tema/OST : Sarah Suhairi - Andaikan
Pelakon : Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Mustapha Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Scha Eliana

Drama Hatimu Sedingin Salju akan ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Jun 2021 menggantikan drama Masih Ada Rindu. drama arahan Bahri Uma dan dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowana.


Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Rania (Aprena Manrose) yang akan berkahwin dengan Haikal (Fadlan Hazim) tapi Haikal tidak muncul di hari pernikahan mereka dan langsung tidak dapat dihubungi.

Rania rasa kecew apabila Haikal memberitahu hubungan mereka satu kesilapan padahal mereka tidak mempunyai sebarang masalah sebelum itu. Rupa-rupanya Haikal mempunyai hubungan dengan perempuan lain.


Manakala Arman (Hisyam Hamid) pula selalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Ibunya, Datin Mimi (Maria Farida) risau juga bila anak sulungnya masih lagi lagi membujang.

Suatu hari, Datin Mimi terdengar Arman menyebut nama Rania ketika berbual Arman berbual dengan kawannya di telefon. Datin Mimi meminta anak bongsunya, Nabil (Hafeez Mikail) menyiasat tentang Rania memandang Nabil pernah belajar di kolej yang sama mesti tahu Arman pernah minat dengan Rania yang juga junior Arman.

Nabil tahu Arman pernah rapat dengan Rania tapi pelik juga kenapa abang dia tak couple dengan Rania waktu itu. Nabil yakin abangnya menyimpan perasaan pada Rania.

Datin Mimi menyusun rancangan untuk menyatukan Arman dengan Rania dan yakin pilihannya kali ini adalah tepat untuk Arman. Datin Mimi mula berkenalan rapat dengan ibu Rania untuk menjalankan misinya.

Hatimu Sedingin Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Untuk menenang fikiran, Syena (Bella Dowana) mengajak Rania bercuti ke Pulau Langkawi. Dalam masa yang sama Arman juga pergi ke Langkawi kerana Nabil yang memujuknya untuk makan angin di sana. Maka terjadilah pertemuan semula Rania dan Arman.

Walaupun Rania masih lagi bersedih tapi dengan kehadiran Arman banyak membantunya melupakan kisah sedihnya dan hubungan mereka juga semakin rapat.

Namun dalam diam Nabil juga menyimpan perasaan pada Rania. Walaupun dia cuba menyatukan abangnya dengan Rania tapi Nabil cemburu melihat kemesraan Arman dengan Rania.

Hatimu Sedingin Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu dan Datin Mimi berjaya dalam misinya untuk melihat Arman bahagia? Saksikan kesemuannya dalam Hatimu Sedingin Salju di slot Akasia TV3 setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam. 

Post a Comment

15 Comments

  1. Rasa pernah terbaca tentang drama terbaru ni.

    ReplyDelete
  2. takde kesempatan nak menonton drama

    ReplyDelete
  3. aduhh hisyam hamid guna nama arman pulakkk. Ada yang tersangkut dengan drama ni karang hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi episod 1 semalam. Pasni kalau cambest boleh layan marathon.

    ReplyDelete
  5. ohh sy da lama pencen dari drama melayu hehehe

    nice review tho, keep it up^^

    ReplyDelete
  6. Rawlins dah lama sangat tak layan drama kat TV, lagi2 sejak WFH nie, melayan Netflix jer.

    Nak try layan esok - kalau ok, boleh teruskan ye tak

    ReplyDelete
  7. Ok to be honest lama dah tak tengok drama melayu sebab rumah Iza ada youtube n netflix je. Tapi jalan cerita dia ni macam boleh layan je kalau ada kat youtube.

    ReplyDelete
  8. Alamak storyline best.. macam nak tgk.. tapi kena tgk online.. since prob dengan tv3 sirg ni hehe

    ReplyDelete
  9. omg, semua hensem dan cantik2 cast story ni. x sabar nk tengok hehe i hope they will show it on tv3 youtube too! love malay dramas so much the storyline is always so good!

    ReplyDelete
  10. Jujurnya drama ni satu episod pun Sis tak tgk.. belum ada mood nak layan tgk drama melayu.. last tgk cukup derita tu haaaa

    ReplyDelete
  11. Macam best je jalan cerita dia. Ada masa nanti nak layanla

    ReplyDelete
  12. dah lama betul.tak layan. drama melayu ni..huhu..kdg2 bosan storyline yang boleh expect. tapi citer ni cam.best pulak. maybe boleh try tgk

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak tengok drama melayu. Macam menarik. Nanti nak tengok lah. Suka lakonan Aprena Manrose. Semakin mantap orang kata. Hehe

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak layan drama Melayu. Maybe bleh give a try la lepas ni.

    ReplyDelete
  15. Wow I've not watched malay drama for so long, I think last time is when I was kid, miss TV1, TV2 & TV3 lah

    ReplyDelete