Review Drama Korea | Find Me in Your Memory (2020)


Title : Find Me In Your Memory
Director : Oh Hyun Jong
Screenwriter : Kim Yoon Joo
Network : MBC / Netflix
Aired : 18 Mar 2020 - 13 May 2020
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Kim Dong Wook, Moon Ga Young, Kim Seul Gi, Yoon Jong Hoon, Lee Jin Hyuk, Lee Joo Bin, Jang Young Nam, Lee Seung Jun, Kim Chang Wan

Find Me In Your Memory mengisahkan Lee Jung Hoon (Kim Dong Wook) seorang pembaca berita yg terkenal yg mempunyai hyperthymesia iaitu satu kebolehan yg memboleh mengingati semua benda yg berlaku dalam hidupnya.

ada memori yg bagus tu memang best contohnya JungHoon tak ada masalah nak baca berita bila teleprompter tiba-tiba buat hal tapi ingat terlalu banyak benda pun tak best juga bila dia tak boleh lupa memori yang buruk.


Jung Hoon kehilangan kekasihnya, Seo Yoon (Lee Joo Bin) yg mati secara tragis depan mata dia lapan tahun yg lalu sampai benda ni jadi nightmare bila dia tak boleh lupa peristiwa tersebut.

selain membaca berita, Jung Hoon ada slot program sendiri untuk menemubual individu berpengaruh, ada juga tetamu yg takut nak berdepan dengan Lee Jung Hoon sebab selalu keluar soalan maut tanpa warning dari Lee Jung Hoon.

suatu hari, Lee Jung Hoon mendapat arahan untuk menemubual seorang pelakon yg sedang meningkat naik bernama Yeo Hajin (Moon Ga Young).


Yeo Hajin terkenal dengan dating skandal dengan beberapa pelakon dan penyanyi popular so memang mengundang ramai haters juga selain daripada bawa watak villain dalam drama. Hajin ni ada masalah bila dia jenis yg mudah lupa.

aku suka vibe watak Hajin yg sentiasa positif. hakikatnya Hajin tak seburuk seperti netizen dok canang dan dia juga selalu kena buli dengan main lead kat set tapi Hajin selalu pandang benda tu secara positif kononnya boleh naikkan rating drama dia. kalau jadi manager dia tak tahu nak gembira ke nak nangis.


sewaktu program berlangsung secara live, Lee Jung Hoon dah buat satu kesilapan tapi teruk Hajin kena bash dengan netizen yg tak tahu cerita sebenar. Jung Hoon dipaksa oleh boss dia bertemu dengan Hajin selepas program tersebut untuk meminta maaf.

keesokan harinya tersebar gambar mereka dan kecoh gosip Hajin dating dengan anchor terkenal Lee Jung Hoon. Jung Hoon malas nak layan gosip tersebut tapi terkejut bila Hajin mengaku yg mereka bercinta padahal semua itu tak benar.

Lee Jung Hoon tak berharap mereka bertemu lagi sebab Hajin ni mengingatkan Jung Hoon pada kekasih lamanya. bagi Hajin pula ada something pada diri Jung Hoon ni menyebabkan dia nak kenal lebih rapat lagi dengan lelaki tersebut.


Jung Hoon sebenarnya nak berterus terang sahaja pada wartawan tapi lepas tu mereka setuju untuk teruskan fake relationship tersebut untuk bantu naikkan rating filem terbaru Hajin yg sedang ditayangkan di pawagam dan putuskan hubungan lepas tamat tayangan.

part ni macam kelakar bila Hajin predict first filem debut dia sebagai main lead akan flop tapi tak sangka pula mendapat sambutan hangat. bukan itu sahaja selepas umum hubungan dia dengan Jung Hoon rezeki makin mencurah-curah. kalau sebelum ini mengumpul hater tapi sekarang makin ramai peminat dia.

bila nama tengah naik, Hajin rasa timing tak kena untuk putuskan hubungan dia dengan Jung Hoon lagipun dia kena berterima kasih juga pada Jung Hoon sebab hubungan mereka itu yg banyak membantu kerjaya dia sekarang.


dari first episode dah tertanya apa kaitan Hajin ni dengan Seo Yoon bila Jung Hoon asyik nampak banyak persamaan antara mereka berdua. macam curious juga sama ada Hajin ni ada kena mengena dengan kematian Seo Yeon.

jalan cerita bertambah menarik bila nyawa Hajin diancam bahaya angkara stalker. Jung Hoon tak ambil mudah perkara ni sebab kekasih dia dulu mati disebabkan stalker. 

penat juga berteka-teki siapa yg jadi stalker. adakah orang yg sama yg menyebabkan kematian Seo Yeon dulu atau ada peminat Hajin yg terlalu obses dengan dirinya. pengajarannya jangan terlalu baik hati dengan orang yg kita tak kenal. 


psychiatrist dalam drama ni toxic betul. Lee Jung Hoon banyak jumpa pakar untuk consult masalah hyperthymesia waktu dia kecil dulu. Prof Yoo (Kim Chang Wan) siap buat thesis mengenai condition Lee Jung Hoon sebab kes yg rare kot siapa yg tak minat.

tak suka bila Prof Yoon ni menyibuk hal Lee Jung Hoon sampai pergi jumpa Yeo Hajin sebab Prof Yoon ni macam pelik macam mana lelaki yg tak boleh lupa cinta pertama boleh bercinta dengan orang lain. anak sendiri tak diberi perhatian, menyibuk nak ambil tahu hal orang.

kemudiannya baru tahu Prof Yoo nak terbit novel based on kisah Lee Jung Hoon. kerana perangai selfish dan tak beretika Prof Yoo tersebut dah menimbulkan masalah pada orang lain.


walaupun pada awalnya tak sure nak tengok drama ni ke tidak sebab tak familiar dengan pelakon dia end up terus jatuh hati dengan lakonan Kim Dong Wook sebagai Lee Jung Hoon. lakonan Mun Ga Young bagi aku biasa je tapi chemistry dengan Kim Dong Wook tu yg comel dan best.

nak kata drama ni manis bergula pun tak juga dengan genre melodrama lagilah banyaklah main emosi tapi suka tengok progress relationship mereka. plot dan jalan cerita bagi aku juga sangat menarik dan tersusun kemas dengan setiap persoalan dirungkai dengan baik selain tunjukkan dua dunia kerjaya yg berbeza.

Post a Comment

10 Comments

  1. comeyy MoonGayoung ni.. rasa macam ada tngk citer ni tapi tak habis.
    hehehe mellow sngt kot..

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sis dah tengok kot sebab drama ni tahun lepas punya..hehe

      Delete
  2. Wow.. macam best pula bila baca review Tiara ini..

    ReplyDelete
  3. Macam dah lama tak tengok Kim Dong Wook berlakon. Cerita macam ni mesti tak sabar nak tunggu habis nak tahu siapa stalker sebenar.

    ReplyDelete
  4. Memang tidak seronok ingat perkara tidak elok. Keburukan boleh ingat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori buruk tu boleh jadi trauma sebab tak boleh nak lupa..huhu

      Delete
  5. sounds so good .... mcm best drama ni.. klu sweet sngt pun tak best juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlebih gula nanti jadi cringey pula..haha

      Delete