Title : Beyond Evil
Director : Shin Na Yeon
Screenwriter : Kim Soo Jin
Network : JTBC
Aired : 19 Feb 2021 - 10 Apr 2021
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Shim Ha Kyun, Yeo Jin Goo, Choi Dae Hoon, Kim Shin Rok, Choi, Sung Eun, Choi Jin Ho, Chun Ho Jin, Nam Yoon Su, Kil Hae Yeon, Heo Sung Tae, Kang Min Ah
Beyond Evil mengisahkan Han Joo Won (Yeo Jin Goo) bertukar ke balai polis di sebuah pekan kecil terletak di Manyang dan bekerjasama dengan Lee Dong Shik (Shim Ha Kyun) sebagai partner.
kedatangan Han Joo Won menjadi persoalan juga sebab prestasi dia sangat bagus dan bapanya pula bakal dilantik sebagai ketua polis tapi kenapa dia pilih untuk datang ke Manyang.
tak lama selepas itu berlaku kes kehilangan gadis bernama Kang Min Jung, 10 jari milik gadis tersebut diletakkan di hadapan rumahnya. ikut undang-undang korea kalau tak jumpa badan kes tersebut tak boleh dikategorikan sebagai pembunuhan sebaliknya kehilangan.
Lee Dong Shik yang mengenali rapat Kang Min Jung rasa terganggu dengan kes tersebut sebab modus operandinya sama dengan kes kehilangan adik Lee Dong Shik iaitu Lee Yoo Yeon yang hilang 20 tahun lepas dan masih belum ditemui.
Pada 20 tahun lalu, bukan sahaja Lee Yoo Yeon malah ramai lagi mangsa yang hilang di Manyang dan sehingga kini jasad mereka belum ditemui. Banyak persoalan juga apa sebenarnya yang belaku kepada semua mangsa tersebut, sama ada mereka sengaja menghilangkan diri atau menjadi mangsa bunuh?
stress juga follow drama ni sebab banyak sangat watak. pengarah cuba tunjukkan yang seorang pun tak boleh dipercayai terutama sekali Lee Dong Shik kerana pernah menjadi suspek utama kes kehilangan adiknya sendiri tapi dibebaskan kerana tiada bukti.
Persoalannya siapakah pembunuh Kang Min Jung, adakah orang sama yang terlibat dengan kes kehilangan wanita yang berlaku 20 tahun yang lepas? bila pembunuh sebenar didedahkan, rasanya mungkin ramai yang tak sangka.
walaupun sudah menjumpai pembunuh Kang Min Jung tapi itu baru permulaan untuk membongkar misteri kesemua kes yang berlaku di Manyang.
Han Joo Won mempunyai motif tersendiri berpindah ke situ dan mahu menyiasat sesuatu. Hubungan Han Joo Won dengan bapanya tidak baik begitu juga dengan rakan sekerjanya yang lain.
Masalah polis dalam drama ni semuanya ada kerja kotor masing-masing. macam Han Joo Won gunakan orang lain dengan palsukan bukti yang ada tapi bila orang yg dia guna jadi mangsa, baru Joo Won tersedar dan mahu bekerjasama dengan Lee Dong Shik dan detektif lain untuk selesaikan kes tersebut.
Lee Dong Shik dari awal lagi jadi polis kerana mahu menyiasat kes adiknya. semua kes yang berlaku 20 tahun yang lepas saling berkait antara sama lain walaupun pembunuh dia bukan orang yang sama. sebab tu jalann cerita dia jadi complicated sikit sebab ada konspirasi yang tersembunyi
walaupun banyak watak tapi kena bagi kredit juga kepada semua pelakon dan penulis sebab bagi aku tak ada pelakon yang cuba overshadow each other.
selain dari main lead, banyak watak yg bagi aku sangat menarik contohnya macam Prosecutor Kwon yg kadang nampak baik kadang macam jahat bila dia banyak kipas bapa Han Joo Won tapi nasib baik watak dia jadi bijak sikit kat ending.
paling impress dengan pelakon yang pegang watak Park Jung Je, tak pernah ingat dengan lakonannya sebelum ini tapi dalam Beyond Evil, memang mantap lakonan dia. emosi tu betul-betul sampai. watak yang sangat berat sebab banyak konflik dalama sebab mak dia terlebih sayangkan anak sampai sanggup cover kesalahan dia. kesannya Park Jung Je tanggung rasa bersalah tu selama 20 tahun.
tugas polis adalah menegakkan keadilan dan menjaga keselamatan orang awam tapi dalam drama Beyond Evil tunjukkan sisi gelap yang berlaku dalam pasukan polis seperti rasuah, gila pangkat, gila kuasa dan melanggar undang-undang.
masing-masing memang gila dalam drama ni, walaupun Han Joo Won dan Lee Dong Shik sudah tahu siapa pembunuhnya tapi bukan senang untuk mereka menangkap saspek. oleh sebab itu, mereka sanggup langgar undang-undang untuk memastikan penjenayah sebenar dihukum.
overall, plot dan jalan cerita Beyond Evil sangat menarik dan lakonan masing-masing sangat mantap. siapa yg suka layan drama thriller dan crime investigation bolehlah follow drama ni.
9 Comments
Omoh, Jin Goo yaaa.. 😍😍
ReplyDelete.
Apa la nak buat mood drama belom kuseru lagi.. Masuk la wishlist. Ntah bila nak tengok tak tau
takpe..simpan buat stok dulu..haha
DeleteTengok cerita macam ni kan. saya perasan cerita korea kadang plot twist dia..orang yang kita tak sangka tu yang jahat sebenarnya. Memang tak boleh percaya sesape pun.
ReplyDeletejangan percaya sesiapa pun termasuk diri sendiri..haha
DeleteMemang best layan drama ini.. plot twist dia tu ohsem..
ReplyDeletepenat berteka-teki tengok drama ni tapi plot twist memang best. seram pula bila tahu siapa pembunuh dia.
DeleteBaru tahu undang2 diorang macam tu bab hilang dan pembunuhan ni. Kalau banyak watak tu stress jugak nak pulak banyak watak yang possible untuk jadi psiko. Nak tengok lah nanti
ReplyDeleteundang2 diorang macam tu selagi tak jumpa body cuma boleh report kes orang hilang walaupun jumpa 10 jari milik mangsa. kesian dgn family mangsa..
Deletebaca pun plot dia menarik gila.aa... investigation and crime always has the best plot
ReplyDelete