Title : Ustad Milenial
Director : Hestu Saputra
Screenwriter : Lele Laila, Devina Sofiyanti
Network : WeTV / iflix
Release Date : 12 April 2021
Episodes : 20
Duration : 45 minutes
Cast : Arbani Yasiz, Prilly Latuconsina, Yoriko Angeline, Umay Shahab, Endy Arfian, Hanggini, Cut Mini, Donny Alamsyah
Ustad Milenial mengisahkan Ahmad (Arbani Yasif) yang bercita-cita untuk menjadi ustaz. selepas tamat pengajian di pesantren, Ahmad dalam dilema apabila mahu menyambung pelajaran ke Mesir tapi bapanya jatuh sakit dan meminta dia meneruskan perusahaan kilang perabot keluarga mereka.
Walaupun ibu memberi restu, Ahmad membuat keputusan untuk menangguhkan pengajiannya ke Mesir untuk menyelesaikan hutang almarhum bapanya serta menguruskan perniagaan perabot bersama Khadijah/Kiya (Prilly) dan Baim (Endy Arfian).
bukan senang nak selesaikan hutang yg besar tambahan pula kilang sendiri mempunyai masalah sendiri untuk kumpulkan dana. Baim cuba mencari jalan penyelesaian tapi Ahmad pula nak ikut syariat islam dan menolak bantuan yg ada unsur riba dan rasuah.
Ahmad, Baim dan Timbo (Umay Shahab) berkawan baik sejak kecil kerana bapa mereka berkawan rapat dan membangunkan perniagaan perabot bersama. namun ada perselisihan faham yg berlaku menyebabkan Timbo dan bapanya berpindah ke Amerika.
kepulangan Timbo dan bapanya tak disenangi ibu Ahmad malah ibu Ahmad sendiri dah bagi warning jangan cerita masalah syarikat pada Timbo. Timbo secara tak sengaja terdengar perbualan pekerja di situ lalu mahu membantu Ahmad dan Baim sekali gus menjadi rakan kongsi.
walaupun niat Timbo nampak baik tapi Baim dan Ahmad juga dalam dilema nak terima pertolongan Timbo apabila keluarga mereka tidak benarkan. apa sebenarnya yg terjadi antara bapa mereka sampai ibu Ahmad menolak cadangan tersebut walaupun kilang tu tunggu masa je nak bankrap.
kisah cinta dalam Ustad Millenial ni bersegi-segi. Kiya yg merupakan adik Baim menyimpan perasaan pada Ahmad sejak kecil lagi manakala Timbo dah lama suka Kiya. Ahmad pula jatuh hati pada teman baik adiknya iaitu Susan (Yoriko Angeline).
Ahmad tertarik dengan perwatakan Susan, walaupun berbeza agama Susan rajin bertanya soalan mengenai islam pada Ahmad. secara tak langsung hubungan mereka bertambah rapat.
Ahmad kemudiannya dapat tahu ada satu lagi wasiat ayahnya iaitu mahu dia berkahwin dengan Kiya. banyak dilema betul jadi Ahmad ni tak tahu nak pilih siapa, ikut kata hati atau ikut pilihan keluarga.
walaupun Ahmad sibuk menguruskan masalah syarikat tapi tetap juga tak boleh nak lupakan cita-citanya. dengan bantuan adiknya Aisha, Ahmad menggunakan platform media sosial untuk berdakwah. sebab tu kot tajuk drama ni ustad millenial.
cinematography dalam drama ni sangat cantik kalau tak salah diorang shoot kat Yogjakarta, ada few tempat dalam drama ni yg cantik sangat permandangan dia. genre Ustad Millenial lebih kepada islamik dan masalah Ahmad yg nak kena selesaikan masalah hutang syarikat. plot pun tak berkembang sangat bila tengok 10 episode asyik pusing masalah sama saja, slow betul.
aku ingatkan drama ni 10 episode saja pelik kena ending tergantung kat situ, bila check balik rupanya 20 episod. adoi macam malas nak follow baki episode yg tinggal..haha
6 Comments
Bermacam dugaan nak menjadi seorang ustaz dan bermacam-macam dilema dihadapinya. Cinematography yang menarik tu buat lagi penonton suka tengok :)
ReplyDeletewahhh, nampak menarik cerita nii :)
ReplyDeleteAkak baru layan 5 episod pertama :)
ReplyDelete20 episod.. panjang gak..
ReplyDeletehahahaah ala sayang la klu u tak tgkkk baki episode tu
ReplyDeletetunggu habis tayang dulu baru i maraton semua episod, itu pun kalau rajin..haha
Delete