Silang (TV3) | Review Telefilem

Silang (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Silang
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : PGRs Team
Siaran : TV3
Tayangan : 6 Julai 2019
Pelakon : Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid


Telefilem Silang mengisahkan Amir (Nazim Othman) yang menghadapi masalah pembelajaran sejak kecil namun ibunya pula tidak dapat menerima hakikat anaknya mempunyai masalah disleksia. 

Amir lebih cenderung dalam bidang seni dan melukis tapi ibunya kerap memahami Amir yang masih tidak mampu membaca dan menulis jika dibandingkan dengan abangnya, Arif yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah.

Masalah ini berlarutan sehinggalah Amir meningkat dewasa dan memasuki alam pekerjaan. Amir bekerja sebagai graphic designer tapi tidak dapat menulis laporan kerja dengan baik.


Amir berkahwin dengan Dura (Emma Maembong). Perkahwinan mereka bahagia tapi tidak lama kemudian Dura menyedari Amir mempunyai disleksia kerana asyik gagal dalam ujian bertulis kelas memandu.

Dura cuba membantu Amir tapi masalahnya Amir sendiri tidak mahu berterus terang dan ibu mertuanya juga langsung tidak membantu menyebabkan masalah ini memberi kesan kepada rumah tangga mereka. 

telemovie Silang ada mesej yang bagus untuk disampaikan iaitu dengan mengetengahkan isu disleksia sebab realitinya banyak berlaku dalam kalangan masyarakat bila ada ibu bapa tidak dapat menerima anak mereka mempunyai disleksia dan tidak mendapatkan rawatan yg betul.


sebenarnya aku lebih berminat nak tahu macam mana Dura nak tolong Amir atasi masalah ini, apa rawatan yg betul untuk mengatasi masalah disleksia ini. tapi jalan cerita Silang lebih fokus pada watak Dura sama ada dia boleh menerima kekurangan Amir atau tidak.

tak tahu apa function watak Arif bila dah besar tiba-tiba watak Arif itu hilang. kalau di awal cerita ditunjukkan mak mereka lebih sayangkan Arif sebab lebih pandai daripada Amir. kenapa tak guna watak tersebut untuk jadi point mak mereka berubah dan menghargai Amir. ini maknya tiba-tiba berubah tak ke pelik. 

owh satu lagi baru perasan citer ni la yg kecoh produksi crop gambar Bella Dally tukar dengan gambar Emma Maembong sebagai prop dalam telemovie ni. hurmm mesej dalam ni dah bagus tapi nampak macam nak jimat kos pula.

Post a Comment

8 Comments

  1. hahaha banyak betul flaws dalam drama ni. Nak tengok pun jadi menyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah cite melayu mestilah kena lebih drama air mata..hahaha

      Delete
  2. Kesian kat Amir. Mak dia tak bagitau awal penyakit anak dia. Isteri pulak tak membantu. Cerita ni orang tahu sebab kontroversi gambar tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dia tak boleh terima anak dia ada disleksia. isteri dia pula nak tolong tapi Amir sendiri tak nak berterus terang masalah sebenar dia.

      tahu pasal isu gambar tapi tak tau cite apa..haha

      Delete
  3. isu disleksia first time i belajar perkataan ni

    ReplyDelete
  4. bagus jalan cerita dan msg cerita ni

    ReplyDelete
  5. Hadoilah.. boleh pula main crop crop je.. hahaha

    ReplyDelete