Rinding (TV3) | Review Telefilem

Rinding (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Rinding
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Khan
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Siaran : TV3
Tayangan : 27 Mei 2020
Pelakon : Risteena Munim, Ungku Ismail, Wafariena, Syamin Azlah, Sera Melissa


Rinding mengisahkan Yana (Risteena Munim) yg mempunyai masalah imsonia sehingga menganggu kerjanya sebagai pensyarah apabila ramai pelajar yg mengadu dan diberi amaran oleh pihak kolej.

Yana terjumpa pendrive dalam kotak yg diletak di mejanya yg didalamnya ada video asmr milik pelajar bernama Suraya (Wafariena). tapi tak sangka boleh jadi terapi untuk Yana tidur dengan nyenyak. sehingga suatu hari, Yana termimpi Suraya yg meminta tolong dan cuba menyiasat apa sebenarnya yg berlaku pada Suraya.

daripada kawan sekerjanya Anita (Syamin Azlah), Yana dapat tahu serba sedikit mengenai Suraya yg merupakan pelajar popular, secara tiba-tiba berhenti kolej dan tiada siapa yg tahu apa yg terjadi pada gadis tersebut.


Yana kemudiannya dapat tahu orang yg letak kotak tersebut di mejanya adalah Farah, kawan baik Suraya. benda yg annoying bila Farah ni boleh pula marah Yana bila siasat pasal Suraya secara terbuka sampai satu kolej tahu, iyelah dah tak ada klu itu sahaja yg boleh dia buat.

sepatutnya bila ada orang berminat nak siasat dan bongkar apa terjadi pada Suraya, kau pun kena join sekaki dan bantu apa yg patut dah nama pun kawan baik. bukannya letak semua tanggungjawab pada Yana sebab Yana tak pernah kenal atau jumpa dengan Suraya.

daripada diari Suraya dan cerita Farah dapat klu yg Suraya sebenarnya bercinta dengan seseorang masalahnya tiada siapa yg tahu siapa lelaki tersebut termasuk Farah.


kat kolej tersebut boleh nampak yg Yana lebih rapat dengan Anita tapi tak tahu kenapa dia lebih mudah berkongsi benda tentang Suraya dengan Haris (Ungku Ismail) yg juga pensyarah di situ.

Yana sebenarnya mahu berputus asa sebab tak ada progress pun pasal kes Suraya tapi sampai satu tahap secara tak sengaja dia dah termasuk dalam perangkap dan dapat tahu apa sebenarnya yg terjadi kepada Suraya.

Rinding (TV3) | Review Telefilem

untuk telemovie bergenre thriller, jalan cerita Rinding nampak menarik juga tapi kalau ada plot twist lagi mantap kot sebab pelakon dia berapa kerat sangat automatik dah boleh agak pembunuhnya. 

shot dalam telemovie banyak juga yg cantik, lighting pun nampak lawa dan muzik latar menambah mood saspen tu walaupun ada juga part yg suara pelakon tenggelam sikit sebab muzik latar.

kesimpulannya, jangan mudah sangat nak percaya orang yg baru kita kenal.

Post a Comment

3 Comments

  1. Macam best je kisah ni. Ada unsur misteri dan thriller.

    ReplyDelete
  2. rasa macam dah tengok cerita ini tapi tak ingat.. hahaha

    ReplyDelete
  3. wow... looks good.. walau tak kejap mcm kerita luar tapi story line dia best

    ReplyDelete