Telemovie : Karya Yang Hilang
Pengarah : Amzari Amir
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : Panggung RTM
Tayangan : 10 Oktober 2020
Pelakon : Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Sasqia Dahuri, Qazem Nor, Afiq Hussain, Nik Ramli
Karya Yang Hilang mengisahkan Ziyad Ibrahim (Beto Kusyairi) seorang penulis novel thriller terkenal yg sedang mengalami writer block. walaupun novelnya mendapat rekod bestseller tapi semua novel tersebut karya lama yg diulang cetak untuk kali kedua.
Ziyad tertekan tak dapat menghasilkan novel baru sampai terpaksa bergantung kepada pil penenang. rumah tangga Ziyad pula dilanda masalah dan dalam fasa perpisahan.
Ziyad merancang untuk beli tanah di Bali sebagai tempatnya untuk mendapatkan inpirasi menulis tapi idea tersebut ditolak oleh penerbitnya yg mahu Ziyad segera menulis novel baru.
atas cadangan Fendi, Ziyad pergi mendapatkan ilham di kampung, rumah peninggalan milik keluarga kawannya tersebut. Ziyad dapat banyak idea untuk menulis ketika berada di kampung sehinggan dia terjumpa Ahmad (Amerul Affendi) peminatnya yg terlalu obsess dan cuba mendekatinya.
tak lama selepas itu Ziyad dikejutkan dengan pembunuhan di kampung tersebut. Ziyad buntu bila benda yg ditulis betul-betul terjadi dan orang yg rapat dengannya mula menjadi target pembunuh. yg mengejutkan bila pembunuhan yg berlaku seperti novelnya yg diterbitkan beberapa tahun yg lalu, Karya Yang Hilang.
bila nampak nama Beto dan Amerul Affendi expectation jadi tinggi juga untuk tonton Karya Yang Hilang tapi agak mengecewakan juga. idea cerita agak menarik tapi editing sangat lemah.
mood saspen dan thriller tu tak sampai bila cinematography macam kau selalu tengok drama cinta kat rtm. shot kamera macam malas sebab ada sesetengah scene aku mengharapkan ada close up supaya watak psiko nampak creepy dan mood intense tu lebih terasa.
cite melayu dan muzik latar selalu tak serasi dan benda tu sangat menganggu. kesimpulannya menarik cuma cara penyampaian tu macam tak sampai.
8 Comments
karya macam ni kalau bagi Khabir batia mesti best.
ReplyDeleteKhabir Batia banyak buat kisah cinta. kalau thriller misteri macam ni lagi best bagi kat Playground Production :)
DeletePelakon best best dalam cerita ni. Mereka berdua selalu jugak berlakon sama, kan?
ReplyDeletebeto! my fav..aipp kena tengok cerita ni la
ReplyDeleteAda tengok rasanya drama ini.. tapi tak ingat..
ReplyDeletepelakon dia promising ! cita tak best pun tak paa.. i nak tgk juga hahah
ReplyDeletealaaa kenapa mcm tu... x pe laa sy nk try tgk jg...
ReplyDeleteada elemen saspen.. best ni
ReplyDelete