Drama Thailand | Likit Haeng Jan (2019)


Title : Likit Haeng Jan
Another Title : Destiny of the Moon
Network : Channel 3
Aired : 30 Aug 2019 - 28 Sep 2019
Episodes : 15
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Namtarn Pichukkana, Puen Khanin, Krating Khunnarong, Mint Nutwara, Phet Thakrit, Sukol Sasijulaka, Mai Natha, Yuenyong Intira

Likit Haeng Jan

Likit Haeng Jan mengisahkan dua wanita yg mempunyai wajah yg sama tapi hidup di zaman yg berbeza telah bertukar tempat. 

Opal seorang gadis moden yg suka aktiviti lasak dan bekerja sebagai anggota polis. suatu hari, Opal telah terlanggar seorang lelaki yg berpakaian dari zaman dulu yg tiba-tiba muncul ketika dia menunggang motosikal.

kematian lelaki tersebut menjadi misteri bila polis sendiri tak boleh nak kesan maklumat dan asal usulnya. yg mereka jumpa pun bekas buluh yg mempunyai surat tapi tak ada seorang pun yg boleh baca mesej yg terdapat dalam surat tersebut.


Suatu hari, Opal telah kembali ke masa lampau, di zaman kegemilangan Ayutthaya menjadi Lady Dungkaew, the good thing mak bapa dia masih lagi orang yg sama. Opal ambil masa juga nak sedar yg semua benda ni realiti bukannya mimpi atau prank.

pada awalnya, stress juga Opal nak hidup di zaman Ayutthaya sebab orang asyik bagitahu yg peranan lelaki dan wanita sangat berbeza. Lady Dungkaew pula seorang yg lemah lembut dan pandai memasak kiranya perfect sangat la kalau mak-mak nak buat menantu.

Opal pula jenis tak reti nak buat kerja rumah, terkejut mak dia bila anak daranya yg perfect tiba-tiba dah habis lupa semua benda. siap panggil tok bomoh nak halau jin dalam badan anaknya Dungkaew. Dungkaew yg kembara ke masa depan panik juga bila tiba di tempat asing.

Likit Haeng Jan

jalan cerita Likit Haeng Jan lebih fokus pada kisah Opal di zaman Ayutthaya, macam Dungkaew ni mula-mula tu best juga tengok Dungkaew boleh jadi diri dia tapi lepas tu dia terpaksa jadi Opal join polis sebab tak nak orang lain syak.

Pipot yg merupakan kawan baik dan rakan sekerja Opal perasan perangai pelik kawannnya tapi masalah dia tak pernah percaya bila Dungkaew bagitahu yg datang dari masa lampau, yg annoying siap boleh gelak lagi setiap kali Dungkaew mention pasal Ayutthaya. 

Pipot percaya yg Opal loss short term memory kesan daripada kemalangan. dalam masa yg sama Pipot dah jatuh hati dengan kelembutan Dungkaew.


lain pula dengan Luang Osot yg terus percaya dengan apa yg Opal bagitahu sebab Osot kenal Dungkaew jenis yg lemah lembut, nak bercakap dengan dia pun malu-malu tapi Opal jenis selamba badak main langgar je semua benda.

parent Osot dan Dungkaew dah lama berkawan baik siap nak jodohkan anak-anak mereka. bila mereka bertukar tempat, Opal dah jatuh hati pada Osot, begitu juga dengan Osot yg terhibur dengan perangai Opal.


kunci yg buat Opal dan Dungkaew time travel adalah full moon dan lukisan festival full moon. kehadiran Opal ke masa lampau sebenarnya untuk membantu menumpaskan golongan yg melakukan pemberontakan.

tak sangka sekolah martial art yg Opal buka untuk orang kampung dituduh digunakan bapanya untuk memberontak. Opal dengan bantuan Luang Osot terpaksa cari bukti untuk menyelamat bapa dan keluarganya seterusnya mencari dalang dalam pemberontak tersebut.

manakala Dungkaew di zaman moden pula menyiasat misteri di sebalik lukisan tersebut dan bagaimana mereka mereka kembara merentasi masa.


Likit Haeng Jan ni drama boran yg ketiga aku tengok selepas Bpoop Phaeh Saniwat (Love Destiny) dan My Herbal: Thong Ek. dah familiar sangat dengan rumah yg mereka guna tapi confius pula bila dalam Likit Haeng Jan, rumah golongan bangsawan semua sepesen je cuma deko je yg lain.

walaupun ada dua zaman yg berbeza tapi lagi suka scene Opal sebab watak dia jenis nakal dan kelakar. ada satu scene bila kena cabar dengan Chome join pertandingan untuk pilih court lady terbaik. 

Opal tahu dia takkan menang punya sebab skill dia memang kelaut kalau nak dibandingkan Dungkaew atau Chome so dia cari idea untuk jadi lebih kreatif sampai boleh tarik perhatian puteri Sadej.

Likit Haeng Jan

aku lagi familiar dengan watak jahat daripada watak utama sebab dah pernah drama diorang sebelum ni. first time tengok Namtarn dah suka dengan lakonan dia, bukan senang nak pegang dua watak yg jauh kontra. 

interaction antara Namtarn dan Khanin comel, chemistry pun best, suka bila tengok Opal flirt dengan Osot yg pemalu. jalan cerita Likit Haeng Jan for me sangat menarik, ost pun best. kalau korang pernah tengok drama Bpoop Phaeh Saniwaat maybe patut tengok drama ni pula.

Post a Comment

14 Comments

  1. eh eh macam best plk baca sinopsis dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! kalau suka drama thai bolehlah tengok drama ni..hehe

      Delete
  2. rumah yg diorg guna ni muzium kan? kalau x silap sy laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah tapi drama thai zaman dulu2 rumah ni memang wajib diorang guna..hehe

      Delete
  3. Cambest je ni. Dua orang wanita sama wajah tapi hidup dalam zaman berbeza. kalau cerita melayu ada juga tengok telefilem yang ain edruce berlakon, dia jadi neneknya masa muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pula telemovie tu, nanti rajin nak cari..hehe

      Delete
  4. i baca nama namtarn then tgk u tak suka, i tgk balik muka dia, selamat bukan namtarn from gmmtv sbb i suka dia gila hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la..i cakap i suka heroin drama ni, lakonan dia memang best :)

      Delete
    2. Haha. GV pun teringat Namtarn GMMTV tadi. tp tgk muka lain pula. huhu. Plus, Namtarn kawan baik Bright. Dorg kawan sejak zaman sekolah lagi. hihi.

      Delete
  5. Drama Thailand mmg best best. Kebanyakan cerita mereka mmg unik dan lain ckit. GV belum khatam lagi Channel 3 punya drama. Masih dalam mood GMMTV punya drama.huhu.

    ReplyDelete
  6. macam menarik drama thailand ni :)

    ReplyDelete
  7. menarik jalan cerita mcm ni mmg mmama suka

    ReplyDelete
  8. Suka jalan cerita macam nie tapi bila tengok episod dan waktu, give uplah.. hehehe..

    ReplyDelete