Review Drama Korea | Dinner Mate (2020)

Drama Korea Dinner Mate

Title : Dinner Mate
Director : Go Jae Hyun
Screenwriter : Kim Joo
Network : MBC
Aired : 25 May 2020 - 14 July 2020
Episodes : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Song Seung Heon, Seo Ji Hye, Lee Ji Hoon, Son Na Eun, 
Ye Ji Won, Park Ho San, Kim Seo Kyung


Dinner Mate mengisahkan Woo Do Hee (Seo Ji Hye) yg sanggup terbang ke Jeju semata-mata nak bagi kejutan pada teman lelakinya sebab ingatkan Young Dong (Kim Jung Hyun) nak melamar dia lepas hantar mesej gambar cincin.

bukan kemain excited Do Hee sepanjang perjalanan tersebut siap buat vlog untuk dijadikan kenangan anak cucu pada masa depan. sekali dia pula yg dapat kejutan dapat tangkap Young Dong curang di restoran milik lelaki tersebut. perang besar juga tapi last sekali Doo Hee decide untuk tamatkan sahaja hubungan mereka


Kim Hae Kyung (Song Seung Heon) yg kebetulan berada di restoran Young Dong menyaksikan kekecohan yg berlaku. Hae Kyung berniat nak tolong Do Hee yg baru patah hati dan cuba selamatkan Do Hee bila ingat perempuan tu kecewa sampai nak terjun laut, tak pasal dia pula yg jatuh dalam laut.

sebenarnya semua itu cuma salah faham, kerana kejadian tersebut juga mereka berdua meluangkan masa semalam di Jeju untuk makan malam bersama tanpa mengetahui nama masing-masing.


mereka secara kebetulan bertemu lagi bila kembali ke Seoul. waktu ini Woo Do Hee dan Kim Hae Kyung buat keputusan untuk jadi Dinner Mate. makan malam dengan stranger tanpa tahu nama masing-masing agak pelik tapi secara tak langsung mereka selesa untuk luah masalah masing-masing tentang cinta pertama mereka.

antara syarat mereka tak boleh dating tapi Do Hee awal lagi dah terlanggar syarat tersebut bila sedar yg dia jatuh cinta pada Dinner Mate tanpa mengetahui identiti lelaki tersebut.

Woo Do Hee bekerja sebagai produser untuk program di platform online manakala Kim Hae Kyung pula pakar psikiatri yg terkenal dengan terapi makanan dan selalu menolak sebarang interview dan identiti dia juga macam misteri juga.

Drama Korea Dinner Mate

Do Hee dapat arahan untuk interview Kim Hae Kyung tapi bukan main payah nak approach. bila call pembantu yg jawab, pergi pejabat memanjang Hae Kyung takde bila approach melalui email jadi perang besar pula bila Hae Kyung kutuk program dia tak berkualiti. kelakar juga bila Do Hee sebenarnya dah jumpa Kim Hae Kyung sebagai Dinner Mate dia.

first episode drama ni memang best bila masuk episode seterusnya jalan cerita agak slow bila terlalu banyak kebetulan antara Do Hee dan Hae Kyung dan mereka selalu terlepas peluang nak berkenalan secara formal. penat juga nak tunggu mereka tahu nama masing-masing. nak tahu macam mana mereka berkenalan secara formal, itu memang kena tengoklah.

aku suka jalan cerita bila mereka mula bercinta tapi banyak betul gangguan daripada orang luar, daripada first love mereka yg datang menagih simpati untuk kembali semula. sebenarnya konflik antara Do Hee dan Hae Kyung memang tak banyak tapi itulah susah mereka nak berjalan ke hadapan bila masa silam tak habis menganggu hubungan mereka.


Jin No Eul (Son Naeun) tinggalkan Kim Hae Kyung sebab dia rasa bosan bila Hae Kyung tak reti nak cemburu atau marah bila dia keluar dengan lelaki lain. Jung Jae Hyuk (Lee Ji Hoon) pula cuma hantar mesej bagitahu nak pergi luar negara kononnya nak sambung belajar.

tempoh masa yg Noeul dan Jaehyuk hilang tu dah cukup lama buat Hae Kyung dan Do Hee move on tanpa ada perasaan untuk kembali pada cinta pertama mereka. masalahnya Noeul dan Jaehyuk ni terlalu pentingkan diri sendiri dan mereka tak boleh terima hakikatnya.

dalam kes Jaehyuk ni lagi seram sebab ada satu episode tu yg tunjuk dia bukan selfish tapi dah jadi terlalu obsess dengan Do Hee. ada satu tahap Jae Hyuk cakap yg dia dah boleh move on tapi sanggup cederakan diri sendiri semata nak dapat simpati dan perhatian daripada Do Hee. psiko!


That's when i realized that your efforts to deceive your heart come to nothing when you truly like someone. - Wo Do Hee

When something bad happens, most people think they are the only unhappy ones. If that's what you're thinking, please don't. Happiness has eyes, but unhappiness doesn't. It just choose anyone randomly. - Kim Hae Kyung.


tak puas hati sangat dengan jalan cerita, ada some part dalam drama ni agak dragging dan agak geram juga dengan perangai ex mereka yg selfish dan psiko yg sejenis tak faham bahasa. penat betul nak deal dengan manusia macam ni.

Song Seung Heun dan Seo Ji Hye antara sebab yg aku sangat suka drama ni. nampak mereka berdua sangat selesa to each other sebab tu chemistry pun nampak sangat natural. 

watak Woo Do Hee dan Kim Hae Kyung sangat matang dan suka tengok cara mereka comfort each other, tak banyak konflik pun bila masing-masing saling percaya.

Post a Comment

11 Comments

  1. Song Seung Heon jejaka Autumn in My Heart :)
    Drama pertama tengok Song Seung Heon berlakon. Drama ni tak tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. crush dari zaman sekolah rendah disebabkan drama tu..hahaha

      Delete
  2. eh eh mcm best!! awat kita x perasan drama yg satu ni... ok pasni bole tengok ar!! tq

    ReplyDelete
  3. crazy ex datang kacau, okay tak suka cita mcm ni ,sesakkkkk dada tgk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ML dan FL sgt best so langau yg ada ni boleh tolak tepi dan i skip je part diorang..hahaha

      Delete
  4. Ni dah tengok! Best! Terus fall in love dengan hero!! :D

    ReplyDelete
  5. Tengok babak Do Hee putus dengan BF dia je lepas tu stop.. hahaha..tak tahulah bila nak sambung..

    ReplyDelete
  6. ada tengok sikit, lepas tu stop, malas dah nak sambung hehe

    ReplyDelete
  7. hero zaman kanak-kanak ni. dapat tengok cerita ni haritu. lepas rindu. kahkah..

    ReplyDelete
  8. yg psl tak tahu nama tu... sy rasa mcm dia ambil dr anime jepun laa hehehe sy agak je... tp mcm best laa pulak. sbb ada SSH. dah lama kot x tgk dia berlakon hehehe

    ReplyDelete