Telemovie : Sir Alvin
Produksi : Layar Consult Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 25 Januari 2020
Pelakon : Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A.R Badul, Elvina Chua, Rustaman
Telefilem Sir Alvin mengisahkan Alvin (Alvin Chong) yg dihantar untuk mengajar di kawasan kampung di pantai timur sebagai guru bahasa inggeris. Guru bukan kerjaya pilihan Alvin sebab dia tak suka budak-budak tapi lebih kepada menurut permintaan neneknya.
hari pertama sekolah, Alvin dah stress bila pelajarnya tak bagi respond kepada apa yg diajar. itu belum lagi pening nak mengadap pelajar yg nakal yg ponteng kelas dan ada yg sampai curi kasutnya dan bocorkan tayar motosikal Alvin.
Alvin marah bila pelajar tak menghormati dirinya sebagai guru lalu bertindak mendenda mereka. tapi lain pula masalahnya bila ada ibu bapa yg datang serang dan kena menjawab dengan guru besar sekolah. tak nak perkara tersebut berpanjangan, Alvin kena selesaikan masalah pelajar nakal tersebut.
kalau first half banyak tunjuk Alvin dengan pelajarnya di sekolah, bahagian kedua pula lebih kepada Alvin dengan Chan (Roger Shak), jiran sebelah rumahnya.
Chan murid tahun 4 tapi sudah lama tidak bersekolah sebab menjaga ibunya yg sakit selepas kematiannya bapa Chan. selain itu, Chan juga banyak menghabiskan masa dengan memancing dan menolong Alvin.
walaupun Alvin tak suka budak-budak tapi dia selesa rapat dengan Chan dan dari Chan juga Alvin banyak belajar erti kehidupan sebenar . Alvin cuba memujuk Chan untuk bersekolah balik.
jalan cerita Sir Alvin bukan sesuatu yg baru sebab dah banyak cerita pasal guru kena hantar ke kawasan kampung, tak suka dengan kerja dia tapi akhirnya jatuh suka dengan kerjaya sendiri.
cuma something yg klise dalam cerita Sir Alvin ni bila ending dia tiba-tiba cikgu Alvin jumpa cinta sejati. hurmmm ok nice suka dengan anak, terjatuh hati juga dengan mak. kesian girlfriend kat bandar tu.
9 Comments
Tak perasan pulak telefilem ni. Nanti nak tengok lah jugak.
ReplyDeleteok tak sukaaa ! focus je la bab mengajar, asal nak cinta cinta plak
ReplyDeletehaha tahu takpe. i macam tak puas hati je tetiba ending dia menyimpang pasal cinta.
DeleteTak boleh agaknya kalau tak ada babak terjatuh cinta tu..
ReplyDeletecite melayu kan. no komen..hehe
Deletesesuai ditayangkan sempena hari guru ni.. guru byk jasanya
ReplyDeletemasa tayang kat tv nak tengok pastu terlupa sampailah baca review ni hahaha. anyway, part romance tu rasanya kalau buang pun okay kot... mungkin penulis nak tambah perisa pada movie ni... mungkin la
ReplyDeletemaybe..haha
DeleteTersuka plak kat si Alvin ni sejak Layan drama TYT hahaha
ReplyDelete