Tajuk : Motif
Produksi : Wayangworks
Pengarah : Nadiah Hamzah
Penulis Skrip : Honey Ahamd, Muhamad Bahir, Nadiah Hamzah,
Nadia Khan, Manu Vies
Tarikh Tayangan : 26 September 2019
Durasi : 85 minit
Pelakon : Sharifah Amani, Rosyam Nor, Taqim Zaki, Iedil Dzuhrie Alaudin,
Emma Tosh, Sherie Merlis, Azhan Rani
Motif sebuah filem drama jenayah mengisahkan misteri kehilangan remaja perempuan bernama Anna Hussein. Inspektor Dewi (Sharifah Amani) dari Bukit Aman diarahkan ke Tanah Merah untuk menyiasat kes tersebut.
Dewi berdepan krisis rumah tangga apabila terpaksa hidup berpoligami sebagai isteri kedua daa semua itu cuba dilupakan Dewi dengan menerima kes di Tanah Merah. kehadiran Dewi tidak diterima baik dan bantuannya ditolak oleh Inspektor Rizal (Taqim Zaki) menyebabkan Dewi terpaksa menyiasat sendiri kes Anna.
entah macam mana Dewi dapat tahu connection antara Kamal (Azhan Rani) dan Hussein (Rosyam Nor). Dewi pasang telinga dengar Kamal menyembang pasal banglo Hussein yg sedang dibina di warung. lepas tu terus suruh budak construction tunjuk jalan ke banglo tersebut dan finally terjumpa mayat Anna dalam lubang belakang banglo tersebut.
tak faham juga macam mana si Dewi tahu tentang kewujudan banglo tersebut sedangkan Suri, isteri Hussein sendiri tak pernah tahu. takkan dengar Kamal sembang kat warung tu terus dapat hidayah nak cari kat situ.
Rizal syak Kamal adalah suspek utama kerana hubungan Kamal dan Hussein tidak baik. Dewi pula syak Azlan, teman lelaki Anna bermotifkan cemburu tapi nampak sangat Dewi tak yakin dengan pendapat sendiri.
satu persatu kejadian malang berlaku pada Dewi, keretanya disimbah cat dan dirinya dihalau dari hotel bajet. macam ada orang tak puas hati dan tak nak Dewi terus kacau kes tersebut.
Selepas Suri bagi warning kat Dewi mengenai Hussein dan Azlan dipukul, Dewi yakin ini semua angkara Hussein. betul ke Hussein tergamak membunuh anaknya sendiri?
aku tengok drama ni sebab tertarik dengan sinopsis dan genre filem yg bertemakan misteri penyiasatan selain barisan pelakon yang mantap tapi agak mengecewakan sebab banyak kelemahan dari jalan cerita Motif itu sendiri.
selalu bila tengok drama penyiasat begini rasa excited sekali nak cari pembunuh dia tapi dalam Motif aku rasa macam dipaksa duduk diam dan tengok macam mana Dewi buat kerja sebab klu yg ada kurang jelas dan tak ada monolog untuk kita faham apa yg Dewi ni tengah fikir.
Motif terlalu fokus pada watak Dewi dan watak lain langsung tak dikembangkan peranannya. sebab tu tak nampak apa function watak Faisal dan Yasmin di awal cerita semua tu hanya akan terbongkar di penghujung.
memang tak dinafikan view di Tanah Merah nampak cantik dan cinematograhy pun nampak lawa. pembunuh tak boleh diteka dan pengakhirannya ada plot twist lagi. itu point yg baguslah tapi overall skrip terlampau hambar dan pacing cite pun sangat slow, nasib baik tak tertidur waktu tengok movie ni.
Baca juga :
15 Comments
Baru tau filem ni, nanti nak tengoklah.. lama tak tengok Rosyam Noor berlakon..
ReplyDeletemacam penah tgk tapi macam lupa huhu
ReplyDeleteDah lama betul tak tengok citer melayu ni....
ReplyDeleteHeheh dok sakan layan drama n movie korea je....
Tengok ada mood, nanti bole layan yang melayu plak hehehe..
dah keluar di iflix dan wetv bolehlah tengok..hehe
Deletehahaha imagine I tengok dekat wayang movie ni. I pun excited tengok trailer dengan OST tapi hmmm banyak beno loopholes
ReplyDeletehahaha..mau tertidur kat panggung tu. ini dah lajukan pun dah rasa penat nak habiskan
DeleteHave not heard about this movie. But will give it a try because I saw Rosyam Nor.
ReplyDeleteserasa macam pernah dengar pasal movie ni.. hm pastu rasa macam ada baca review dari rakan blogger jugak kata novel ni menghampakan. so, terus tak jadi nak tengok
ReplyDeleteMotif nak fokus pada satu watak? Nampak sangat penulisan skrip dan pengembangan watak yang tak menyeluruh ni. So letak tepi dulu la ye hehe
ReplyDeletemacam lama tak tengok sharifah amani berlakon. suka genre movie camni. macam menarik untuk ditonton
ReplyDeleteBarisan pelakon dah best, suka tengok Amani berlakon. Tapi, kalau macam ni jalan ceritanya, kena pikir banyak kali je sebelum tengok..hehe 😆
ReplyDeletepernah tengok trailer filem ni dan first impression rasa macam lain dari yang lain. Dan yang penting barisan pelakon dia mantop
ReplyDeletei love movies like this. a little action, a twisted plot and most of all plenty of drama! cant wait to watch this movie because the dewi character sounds interesting!
ReplyDeleteRasa nak tengok sebab ada Azhan Rani. Terus minat kat dia sejak cerita Nur dulu. Haha.
ReplyDeleteI love investigation stories, will give this movie a go. Solving a crime sound interesting but it's kinda weird that it focus on only 1 character.
ReplyDelete