Title : Layla Majnun
Country : Indonesia
Director : Monty Tiwa
Screenwriter : Alim Sudio, Monty Tiwa
Duration : 119 minutes
Release Date : 11 February 2021
Network : Netflix
Cast : Acha Sepriasa, Reza Rahadian, Baim Wong,
Uli Herdinansyah, Beby Tsabina, Natasha Rizki, Dian Nitami
Diinspirasi dari kisah legenda Layla dan Majnun, filem Layla Majnun mengisahkan Layla Mashabi (Acha Septriasa) seorang guru di Semarang dan juga penulis novel yg telah mendapat tawaran sebagai pensyarah jemputan selama dua minggu di Azerbaijan.
Sebelum berangkat, Layla telah dipinang oleh Ibnu Salam (Baim Wong) yg bakal menjadi ketua daerah di situ. ibu Layla sendiri dalam dilema untuk menolak lamaran tersebut disebabkan keluarga mereka dah banyak makan budi pada keluarga Ibnu Salam.
Layla menerima pinangan Ibnu Salam dengan dua syarat iaitu dengan membenarkan dia terus mengajar selepas berkahwin dan syarat kedua, benarkan dia pergi ke Azerbaijan.
Semasa di Azerbaijan, Layla bertemu dengan Samir Asadzadeh (Reza Rahadian) yg juga pelajarnya dan peminat setia novel Layla. Samir sebenarnya sudah jatuh cinta pada Layla dan cuba meluahkan perasaannya malangnya ditolak sebab Layla rasa timing mereka dah terlambat.
di saat Layla nekad untuk membalas cinta Samir, Ibnu Salam datang ke Azerbaijan untuk menjemput Layla pulang ke Indonesia.
Samir yg kecewa mendengar berita terus membawa diri ke gurun pasir sambil ditemani bayangan Layla. apakah pengakhiran cinta Samir?
bila ternampak trailer Layla Majnun dah excited sebab ada Reza Rahadian dan Acha Septriasa. yg best juga pasal movie ni sebab shoot kat Azerbaijan, memang cantik view dan cinematography filem ni.
seni bina bangunan yg ada di Azerbaijan tak jauh beza dengan seni bina di turki, bila tengok view cantik dalam ni terus rasa nak tengok drama turki..hehe
dari segi jalan cerita pula agak mendatar di penghujung rasa messy betul dengan scene atas jambatan, dengan samir bawa diri ke padang pasir. dah masuk tahun 2021 pun still jumpa plot macam ni memang lemau betul nak habiskan filem ni.
17 Comments
Dah tgk gak tp kita sempat tgk separuh je heheh
ReplyDeletehahahha
Deleteni ada mood padang pasir
ReplyDeletelemaau erk ., hehehe
ReplyDeleteThis weekend boleh tengok.
ReplyDeletesecond half macam mengah nak tengok. bertahan sebab reza je hahaha
ReplyDeletetahu takpe..hahaha
Deletestill in the list, tak tgk lagi.. aduhaii byk tul movie
ReplyDeleteslow2 atie..haha
Deleteselalu nampak movie ni lalu kat netflix..tapi tu la xsure nk tgk ke tak..mgkin pasni boleh tgk
ReplyDeleteCantik Acha Septriasa bertudung 😘😘
ReplyDeleteMemang lemau pun.. hahaha.. mujurlah pemandangan dia cantik..
ReplyDeletepemandangan dan acting sgt cantik, itulah seribu kali sayang..haha
Deletemesti pelakon lelaki tu antara pelakon terbaik kn..macam selalu nampak ja muka dia dekat kebanyakan drama indo..biasa nampak dekat iklan viu hehe
ReplyDeletebanyak filem dia yg best, try la tengok :)
Deletealaaa sian pulak kat samir
ReplyDeleteRamai yang review cerita ni agak slow. Orang nak tengok mostly sebab pelakon Reza dan Acha. Suka cinematography yang cantik tapi jalan cerita tak best, tak best juga kan.
ReplyDelete