Drama : Takdir Yang Tertulis
Produksi : Radius One
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong,
Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri, Afidah Bee
Selepas Azlan memberitahu keputusannya untuk bercerai, Juweta langsung tidak percaya kerana bagi Juweta Azlan tidak boleh hidup tanpanya. Juweta panik bila sedar yg Azlan tidak main-main dengan keputusannya selepas terbaca tweet Azlan.
Ruhila cuba memujuk Azlan tapi Azlan tetap juga tekad mahu bercerai dan menyalahkan Ruhila kerana menolak lamarannya waktu zaman kolej dahulu. waktu itu Ila cuma cintakan Ean dan tak mahu persahabatannya dengan Juweta gara-gara Azlan jadi Ila memujuk Azlan untuk menerima Juweta.
Ruhila teragak-agak mahu memberitahu sesuatu kepada Juweta menyebabkan Juweta mula menaruh syak yg suaminya ada perempuan lain. Juweta akhirnya dapat menangkap Azlan bersama Ruzita. betapa kecewanya Juweta bila tahu yg suaminya telah menipunya selama 7 tahun.
di awal cerita, nampak macam sikap ego dan dominan Juweta menjadi penyebab Azlan mahu bercerai. rupa-rupanya semua itu cuma alasan Azlan, sau persatu perangai sebenar Azlan mula terbongkar.
dalam satu hari Juweta hilang semua benda yg berharga dalam hidupnya. syarikatnya dirampas Azlan dan yg paling mengejutkan bila dapat tahu Ruhila, kawan baik yg menjadi tempat meluahkan segala masalah rupa-rupanya madunya bukan Ruhita.
rumah Juweta yg diletakkan atas nama anaknya, Mika turut dirampas dan Juweta dihalau keluar. ini kerana Ruhila dan Azlan adalah ibu bapa kandung Mika, penjaga Mika yg sah.
terbongkar juga kisah yg Che Salmah (ibu Ruhila) dah lama berdendam dan benci dengan Juweta kerana ibu Juweta dulu merampas orang yg dia sayang iaitu bapa Juweta.
Che Salmah mempergunakan Azlan dengan terus-terusan mendesak Azlan untuk memberi kesenangan dan kekayaan kepada dirinya menyebabkan Azlan merancang untuk merampas harta yg dimiliki Juweta.
Sewaktu Mika dilahirkan, Ruhila meroyan tak nak bela anak sendiri dan memaksa Azlan untuk membuangnya. Che Salmah sendiri langsung tak nak ambil kisah dengan cucunya.
Azlan yg tak sampai hati membuang anak sendiri lalu membawa bayi tersebut pulang ke rumahnya dan mencipta kebohongan kepada Juweta. Juweta kesian dan jatuh sayang dengan bayi yg kononnya dijumpai Azlan di masjid dan membuat keputusan untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.
Selepas Ruhila berkahwin dengan Azlan, dia sering mengelak daripada berjumpa dengan Juweta. sehinggalah suatu hari mereka bertemu semula, Ruhila mahu memberitahu tentang perkahwinannya tapi belum sempat buka mulut, Azlan muncul di situ.
Ruhila kemudiannya dapat tahu yg Azlan tidak pernah membuang bayi mereka sebalik dijaga dengan baik oleh Azlan dan Juweta. untuk menebus kesalahannya, Juweta menerima tawaran kerja daripada Juweta sebagai pembantu peribadi Juweta kerana inilah salah satu cara yg boleh dia berada dekat dengan anaknya sendiri.
bagi Ruhila, dia hanya mahu mengambil kembali Mika dan tidak pernah bersetuju dengan Azlan mahupun Che Salmah yg telah merampas segala harta benda Juweta. Ruhila tidak mahu menikam kawan baiknya sendiri tapi diri sendiri juga yg minta dimadukan walaupun dah tahu siapa Azlan.
7 Comments
tak tertengok lagi drama ini... ramai dok berEMOSI layan citer ni ye hehehe.. tu yg takut gak nak layan ni, takut terover2 emosi nya..pape pun mmg suka lakonan NAD lately ni...
ReplyDeletememang emo layan drama ni..hehe
DeleteHish.. sis first time tengok pun ikut emosi sama. geram je hati tengok si ruhila ni. acah naif.. ergh ..
ReplyDeleteitulah acah baik acah naif tapi dialah punca kepada semua benda yg berlaku
DeleteDengar cerita ini popular. Hehe tapi takut marah sangat apabila sudah baca sinopsis.
ReplyDeletesy x tgk drama ni tp dgr nya elvina smpi kn kecam sbb watak yg dibawanya😊
ReplyDeleteEmo gak la layan citer ni..
ReplyDelete