Title : Mystic Pop-up Bar
Director : Jun Chang Geun
Screenwriter : Ha Yoon Ah
Network : JTBC / Netflix
Aired : 20 May 2020 - 25 June 2020
Episodes : 12
Duration : 65 minutes
Cast : Hwang Jung Eum, Yook Sung Jae, Choi Won Young
Mystic Pop-up Bar mengisahkan Wol-Ju (Hwang Jung Eum) yg mempunyai kelebihan untuk membaca mimpi manusia atau dream catcher dan menyelesaikan masalah mereka. walaupun diberi amaran oleh ibunya, Wol Ju tetap memilih untuk membantu orang lain kerana dia senang melihat orang lain gembira.
Suatu hari, permaisuri yg mendengar kelebihan Wol-ju memanggilnya ke istana untuk membantu putera mahkota yg diserang penyakit misteri. Wol-ju berjaya memulihkan putera mahkota, namun begitu banyak gosip buruk mula tersebar yg kononnya dia menggoda putera mahkota tersebut.
ibu Wol-Ju yg merupakan seorang shaman mendapat firasat buruk lalu menyuruh Wol-ju lari daripada kota tersebut. baru pertengahan jalan, Wol-ju ternampak rumahnya terbakar dan ibunya terbunuh.
Wol-Ju tak dapat terima kematian ibunya lalu membuat keputusan untuk membunuh diri. sebelum mati, Wol-Ju sempat menyumpah penduduk kota tersebut sebab tak puas hati bila dihukum sebegini rupa padahal dia dah banyak membuat kebaikan kepada mereka.
yg part ni tak faham juga, sepatutnya orang yg buat fitnah yg kena hukum tapi ini Wol-Ju pula yg terkena sumpahan sendiri. ntahlah mungkin juga terkena tulah raja kot sebab pi bunuh diri di pokok tempat permaisuri selalu berdoa.
Wol-ju telah dihukum selama 500 tahun untuk mendengar dan menyelesaikan masalah manusia. Wol-ju perlukan cukupkan kuotanya iaitu 100000 orang dan tingga 10 orang lagi untuk menamatkan misinya.
pada zaman moden ni, bukan senang buat Wol-Ju untuk selesaikan misinya bila ramai yg memilih untuk memendam masalah mereka. Wol-Ju tiba-tiba menerima arahan baru apabila dikehendaki menyelesaikan misinya dalam masa sebulan.
waktu inilah Wol-ju terjumpa dengan Han Kang Bae (Yook Sungjae) pekerja kontrak di sebuah pasaraya yg mempunyai kebolehan istimewa iaitu orang yg disentuh Kang Bae secara automatik akan meluahkan segala perasaan dan masalah mereka.
Wol-ju rasa benda tu bawa tuah sebab boleh tolong selesaikan urusannya dengan lebih cepat lalu cuba rekrut Kang Bae bekerja part time di gerainya.
Kang Bae langsung tak tertarik dengan tawaran Wol-Ju sebab dia banyak menderita dengan kebolehan tersebut sampai jadi trauma nak sentuh orang. bila Wol-ju janji akan mengubat Kang Bae baru Kang Bae setuju nak tolong Wol-ju.
Wol-ju juga dibantu Manager Gwi (Choi Won Young), polis di alam kematian tetapi memilih untuk jadi pembantu Wol-ju.
banyak juga benda yg Kang Bae belajar bila dia tolong Wol-ju untuk selesaikan masalah dan dendam orang lain. Kang Bae juga dapat join Wol-ju dan Manager Gwi berulang alik ke Alam Mimpi dan Alam Kematian. kesannya Kang Bae boleh melihat roh orang mati.
drama ni sangat menghiburkan, watak yg ada pula kelakar. Wolju ni garang macam singa cuma Manager Gwi sahaja yg mampu bertahan dengan panas baran dia selama 500 tahun. Kang Bae pula penakut tapi comel pula bila jumpa cinta hatinya Yeo Rin. sebenarnya watak Wol-ju, Manager Gwi dan Kang Bae ni saling berkait antara satu sama lain. kena tengok sampi habis untuk tahu segala rahsia.
kita boleh tahu sedikit demi sedikit apa sebenarnya yg berlaku pada Wolju dalam setiap episode. sedih juga bila kebenaran sebenar kejadian 500 tahun lalu mula terbongkar di penghujung drama. segala yg berlaku adalah salah faham, apabila segala dendam dilepaskan barulah kebenaran dapat diterima dengan baik dan hati menjadi tenang.
5 Comments
menarik... tp tak suka drama yang boleh nampak roh... bayangan roh jauh menakutkan daripada zombie
ReplyDeletehahahah best2 citer ni....
ReplyDeletegeram jugak baca part Wolju yang terkena sumpahan padahal orang lain yang buat salah. Mungkin sebab dia bunuh diri jadi dia dapat peluang tambah amalan hahaha entahlah tapi jalan cerita dia macam menarik jugak ea
ReplyDeleteboleh masuk list, sebab suka jugak jalan cerita yang kait fantasy n roh2 ni :D
ReplyDeleteboleh msk list utk di tgk nnt👍
ReplyDelete