Review Chinese Drama | My Little Happiness (2021)


Title : My Little Happiness
Director : Yang Long
Screenwriter : Liu Fei, Liu Chen Guang
Network : WeTV
Aired : 13 January 2021 - 27 January 2021
Episodes : 28
Duration : 45 minutes
Cast : Fair Xing, Daddi Tang, Leon Li, Deng Yu Li, U Lin Huang, Fu Wei Lun

My Little Happiness mengisahkan Cong Rong (Fair Xing) yg pulang dari luar negara untuk menjadi intern sebagai peguam dan ditempatkan di sebuah hospital oleh syarikat guamannya.

Cong Rong sebenarya dari kecil minat nak jadi peguam tapi mak dia suruh belajar finance. bila dapat tawaran sebagai intern di sebuah syarikat, dia tak bagitau kat mak dia kebetulan pula dapat tempat intern sama dengan sepupu dia bernama Zhong Zhen.


hari pertama Cong Rong bekerja dah pening nak handle kes Dr Wen Shouqing (Daddi Tan) yg kena saman dengan pesakitnya. Dr Wen punya sibuk memang langsung tak layan dan beri masa untuk Cong Rong berbincang.

Cong Rong nekad nak approach Dr Wen lepas habis waktu kerja lelaki tersebut. mula-mula Dr Wen malas nak layan tapi bila Cong Rong perkenalkan dirinya terus kena peluk dengan Dr Wen. tak ke pelik Cong Rong dengan perangai Dr Wen ni.


sebenarnya Wen Shouqing dan Cong Rong kawan baik waktu sekolah lepas Cong Rong selamatkan dia daripada jadi mangsa buli. mereka selalu main sama lepas habis kelas tapi Shouqing tak pernah bagitau nama dia.

baru saja Shouqing nak bagitau nama dan kelas dia, Cong Rong dah pindah tempat lain. sebelum berpisah mereka janji nak jumpa balik kat pokok tempat mereka selalu bermain. setiap tahun Shouqing tunggu Cong Rong tapi Cong Rong tak pernah ingat janji tersebut.


bila Shouqing tahu Cong Rong ni orang yg ditunggunya selama ini, dia tak kisah pun Cong Rong tak ingat diri dia sebab Shouqing akan buat Cong Rong jatuh cinta dengan dia. 

macam-macam cara la Shouqing buat untuk mengorat Cong Rong tapi bukan kerja mudah sebab semua hint yg dia bagi Cong Rong macam tak faham. tapi akhirnya mereka bersatu jugalah.


jalan cerita tak ada yg special sangat, tak tahu ini chinese drama ke berapa yg aku tengok pasal childhood love. tapi yg buat drama ni best untuk ditonton adalah pelakon dan maybe watak Shaoqing yg sweet giler memang susah nak jumpa lelaki macam ni in real life.

Fair Xing dan Daddi Tang dah pernah berlakon bersama dalam drama Put Your Head On My Shoulder, maybe sebab tu kot tak susah nak create chemistry antara mereka. yang tengok ni pun dah rasa berbunga sekali..haha


selain pelakon utama, banyak lagi watak lain yg best dan menghiburkan keadaan macam Zhong Zhen yg merupakan junior Dr Wen Shouqing dan juga sepupu Cong Rong.

Zhong Zhen ni selalu jadi orang tengah antara Shouqing dan Cong Rong. kadang sebab dia, Shouqing dan Cong Rong bergaduh tapi sebab dia juga mereka berbaik.


kisah second couple pun best juga. comel bila tengok Cheng Cheng (U.Lin Huang) jatuh hati dan gigih kejar Wen Rang (Leon Li) tapi susah betul nak tembus hati si Wen Rang ni.

Cheng Cheng give up bila kekasih lama Wen Rang muncul kembali sebab tahu peluang dia tipis. bila Cheng Cheng selalu mengelak barulah Wen Rang tersedar perasaan dia, time tu baru gelabah nak kejar balik Cheng Cheng.

My Little Happiness

My Little Happiness memang drama yg ringan dan pada yg suka layan cerita cinta yg comel yg sweet. watak orang ketiga tu wujud tapi konflik dia tak meleret sangat. kalau pasangan saling percaya, datang seribu halangan sekali pun sekejap sahaja mereka tepis.

Post a Comment

14 Comments

  1. Macam menarik drama ni. Boleh tengok ni..

    p/s: tq join segmen naniey

    ReplyDelete
  2. Lately ni tiara suka tgk cite cina ye hehhe

    ReplyDelete
  3. aduhhh dah mai gf lama baru nakkk kejar balik... sakitnya hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. wen rang tu memang slow giler. geram betul dgn dia..haha

      Delete
  4. layan jg drama ni tapi tak habis..sampai ep 13..

    pening dgn watak Cheng Cheng.. semacam annoying..clingy..

    ReplyDelete
  5. tinggi ngat laki tuu .. :D.. jalan cerita macam best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero chinese drama memang banyak yg tinggi, yg kesian heroin la..haha

      Delete
  6. drama cina memang always pasal childhood love je kot. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..i dah penat layan drama pasal childhood love ni tapi sebab hero dia hensem, layankan jelah..hahahaha

      Delete
  7. Yang baca review nie pun dah tersenyum-senyum.. hehehe.. drama china nie dia punya sweet lain macam.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sekarang ni kalau nak tengok drama sweet2 memang cari drama china je lah..hahaha

      Delete
  8. Nampak drama nih kat weTv..bagus baca sinopsis kat sini dulu hehe

    ReplyDelete