Title : My God!! Father
Country : Thailand
Director : Nasorn Panungkasiri
Release Date : 13 Oct 2020
Duration : 1 hour 44 minutes
Network : Netflix
Cast : Pope Thanawat, Ter Chantawit, Sammy Conwell
My God!! Father mengisahkan Got (Pope Thanawat) seorang pelumba kereta yg mempunyai krisis dengan bapanya, Prem (Ter Chantawit). Got menyalahkan bapanya yg telah menyebabkan ibunya membunuh diri ketika dia masih kecil kerana ayahnya masuk penjara.
Hubungan Prem dan Got juga renggang kerana Prem sangat tegas dalam mendidik anak dan tidak suka Got menjadi pelumba kereta. Selepas meraikan kejayaannya menjuarai pertandingan, Got terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama Prem.
People say that in the second before you die, you whole life will flash before your eyes.
Sewaktu kemalangan tersebut, Got dapat lihat kembali kehidupan dia membesar dengan bapanya yg tegas dan selalu memukulnya.
sedar-sedar saja Got telah kembali ke masa lalu, ke tahun 1998, setahun sebelum dia dilahirkan dan dia tak ambil masa yg lama pun untuk faham apa yg berlaku selepas bertemu semula dengan bapanya. excited juga Got bila jumpa bapa dia versi muda.
lepas tengok movie ni baru perasan muka Pope dan Ter nampak seiras, sebab tu kot mereka terpilih untuk bawa watak bapa dan anak dalam movie ni.
bila kembali ke masa lalu, Got menjadi kawan baik bapanya dan banyak sisi Prem yg Got tak pernah lihat sebelum ini. Prem yg Got kenal seorang bapanya yg tegas dan tidak teragak untuk memukul jika dia buat salah.
tapi Prem yg Got kenal kini seorang yg gila-gila, baik dan mempunyai semangat setia kawan yg tinggi. yg Got pelik bila dia bagitau Prem yg dia nak jadi pelumba kereta, Prem bukan main puji dan bangga dengan cita-cita Got padahal orang yg menentang Got tu bapanya yakni Prem tu sendiri.
apa sebenarnya yg terjadi sampai Prem berubah dan begitu tegas dalam mendidik Got?
satu lagi benda yg merunsingkan Got bila dapat tahu Prem ada kekasih hati bernama Bew bukan Naree, ibunya. Got merancang untuk memisahkan Prem dan Bew seterusnya mencari di mana ibunya berada.
bukan kerja mudah bila tiap kali nak mengorat Bew mesti Prem kacau daun. Prem ni macam tahu-tahu sahaja niat tak elok Got tu. persoalannya bila ibu dan ayahnya akan bertemu?
My God!! Father bertemakan kekeluargaan, tentang hubungan bapa dan anak yg mengalami krisis kerana salah faham dan tidak pernah menyelami isi hati masing-masing.
jalan cerita memang simple, konsep time travel jumpa parent bukan benda yg baru, drama pun dah banyak pakai konsep macam ni sebab tu macam dah boleh teka plot cerita ni.
yg best pasal movie, part komedi dia memang kelakar habis. gandingan Pope dan Ter memang mantap lagipun mereka sebaya so tak ambil masa nak create chemistry di situ. tak rugi pun melayan movie ni.
15 Comments
boleh layan ni... lama dah tak tengok movie thai
ReplyDeletemovie ni kelakar. tengoklaa :)
Deletebanyak jugak movie thai ni yang ada time travel eh ehehe
ReplyDeletejalan cerita macam best sebab Kai suka cerita pasal father/son or daughter relationship :D
ReplyDeletecerita mengarut.. mama sukaa,,
ReplyDeleteBaca sinopsis dah menarik, tengok barisan pelakon pun not bad wajah nya. Nanti nak usha lak lakonan mereka. Drama thai pun best best jugak
ReplyDeletePope thanawat ni bukan berlakon dalam toothsies tu kan? LH nak tengok lepas ni. Hahaha
ReplyDeletedah lama tak marathon cite thailand
ReplyDeletemovie diorang best2 gak. cite ni pun macam best je baca review
Genre begini saya kurang minat. Tapi boleh la sekali sekala kalau nak hilangkan bosan sambil makan depan tv.
ReplyDeletenmpk mcm best je this movie. i cant wait to watch it!! and the actor is also so handsome and dreamy :)
ReplyDeleteOkay ada kelakar boleh tengok, cite Thailand ni kalau takde bab kelakar memang buhsan tengok.. tapi kalau cite hantu kemain seram pulak hahahaha
ReplyDeletebaca sinopsis pun dah kelakar, dah la bapak dia masa muda handsome! Nanti nak tengok lah macam mana parents dia berjumpa & apa dalah faham diorang sebenarnya
ReplyDeletenampak best lah cerita nie !! Thailand kalau buat movie ke or drama ke mesti berkualiti. banyak pengajaran. nanti nak tengok jugaklah
ReplyDeleteI'm big fan of Thai movie..wajib tengok la movie ni :P Tak sabarnya.. mereka memang arif dalam pemilihan watak2 kan... so far tak pernah mengecewakan....
ReplyDeleteOk macam best juga ni. Yaya suka cerita santai and komedi ringan macam ni. Thank you suggest! hee
ReplyDelete