Title : Ananta
Country : Indonesia
Director : Rizki Balki
Screenwriter : Alim Sudio
Release Date : 3 Mei 2018
Network : Netflix
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Michelle Ziudith, Fero Walandouw, Nino Fernandez,
Jihane Almira, Roy Sungkono, Anjasmara, Nova Eliza
dah berkurun dah tengok movie pastu bila nak tulis review terus lupa. bukan apa bila tengah rajin nak menulis boleh siap dua tiga entry lepas tu tinggal autopost macam hari-hari rajin post. tapi bila malas semua peram dalam draft pastu sendiri yg stress bila banyak entry duduk kat situ. yg pelik aku boleh siapkan review drama dulu lepas habis tengok. nampak tak bias di situ..haha
Ananta sebuah filem adaptasi daripada novel berjudul Ananta Prahadi karya Risa Saraswati mengisahkan Tania (Michelle Ziudith) seorang gadis yg mempunyai daya imaginasi yg tinggi dan suka melukis.
namun begitu, Tania seorang pelajar antisosial yg cepat tersinggung dan mudah melenting apabila ada yg mengganggu ketenangannya. Keluarga Tania sendiri kecuali arwah ayahnya tidak memahami personaliti Tania yg unik.
Suatu hari, ada seorang pelajar yg baru berpindah bernama Ananta Prahadi (Fero Walandouw) yg cuba berkawan dengan Tania. Tania yg dah terbiasa buat hal sendiri merasa rimas dengan sikap peramah Ananta.
bila Ananta rajin bawa bekal menu kegemarannya nasi kerak setiap hari, Tania mula senang terima kehadiran Ananta dalam hidupnya dan Ananta juga yg banyak membawa perubahan dalam hidupnya.
daripada malas nak ke sekolah terus hari-hari jadi semangat dan tiba-tiba sahaja Tania ada ramai kawan yg boleh makan semeja dengan dia dan Ananta pada waktu rehat.
walaupun Ananta tak faham seni dan maksud tersirat di sebalik lukisan Tania tapi dia cuba memahami emosi yg ada pada lukisan Tania. pada Ananta lukisan Tania tu ada nilainya sebab tu dia jual buat modal nak masak lauk untuk bekal Tania.
Tania terkejut dan tak sangka Ananta jual lukisan dia tanpa pengetahuan dia. tapi kalau fikir logik, dengan harga barang yg makin mahal mana Ananta nak cari duit nak masak lauk tu semua.
selepas tamat sekolah, Tania buat keputusan untuk fokus pada melukis dan melantik Ananta sebagai pembantunya yg bertanggungjawab menjual lukisan-lukisannya dengan syarat-syarat tertentu.
bukan senang nak kerja dengan Tania ni kalau ada pelanggan yg cuba mengkritik lukisan dia terus dia mengamuk, jenuh nak melayan mood swing dia ni tapi Ananta sabar saja melayan kerenah Tania.
Suatu hari, Ananta memperkenalkan Tania dengan Piere, pemilik galeri lukisan di Jogjakarta yg berminat untuk mempamerkan lukisan Tania di galerinya. mulanya bukan mudah nak yakinkan Tania lagi-lagi bila Piere minta Tania menyiapkan dua lukisan baru.
Tania mula senang dengan Piere selepas bersembang dengan lelaki tersebut yg tidak pernah mengkritik dirinya malah cuba masuk dan memahami dunia imaginasi Tania. perlahan juga Tania mula jatuh dengan Piere.
aku banyak tengok filem Michelle Ziudith dengan Screenplay Film yg mana watak dia semuanya lebih kurang sama sahaja. filem ni boleh dikatakan cubaan Michelle untuk bawa yg lebih mencabar. pun begitu aku rasa watak Ananta tu yg bagi lebih banyak impak untuk filem ni, dah tajuk filem pun nama dia kan.
pertengahan awal movie ni, aku terhibur dengan watak Ananta yg mana banyak dialog dia yg kelakar. tapi watak Ananta sebenarnya sangat misteri sebab tak tahu apa motif dia baik sangat dengan Tania siap bawa bekal dan rela hati jadi pembantu Tania lepas habis sekolah. kat hujung baru tahu motif dia.
i guess filem ni kisah cinta Ananta dan Tania tapi dah sampai pertengahan cerita pun tak nampak tanda-tanda yg mereka bercinta malah si Ananta siap cari jodoh buat Tania iaitu Piere. tekaanku semuanya meleset dan aku pun tak expect ending akan jadi begitu. macam mana tu haaa tengoklah sendiri filem ni.
8 Comments
Alaaa tengah syok baca tetiba "tengoklah sendiri filem ni..." 😅😅😅
ReplyDeleteMacam menarik jalan ceritanya!
takut nanti terbagi spoiler, kenala tengok sendiri..hihi
Deleteboleh dipertimbangkan untuk ditonton nanti...
ReplyDeletetapi kalau orang seni memang macam tu lah, marah bila orang kritik karya dia sebab hasil seni tu ada meaning tersendiri
ReplyDeleteCerita adaptasi novel mesti best untuk ditonton kan. Ending tak dijangka ye..hihi..camtu best tengok :)
ReplyDeleteBoleh masuk senarai tontonan ni 😊
ReplyDeletejalan citer yg x boleh nak agak ye
ReplyDeleteorg yg mampu lahirkan emosi pada lukisan ni mmg amazing sbb i mmg tak tauuuuu apa
ReplyDelete