Drama Thailand | Unlucky Ploy (2020)

Unlucky Ploy

Title : Unlucky Ploy
Network : True4u / Netflix
Aired : 29 July 2020 - 17 September 2020
Episodes : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Green Ausadaporn, Yong Armchair, Mind Waratthaya, 
Phe Paythai, Jib Pokchat, Palm Supachai

Unlucky Ploy remake daripada drama korea bertajuk Another Miss Oh yg dibintangi Eric Mun dan Seo Hyun Jin. aku dah tengok yg versi korea dulu tapi dah lupa jalan ceritanya, drama tahun 2016 dah berkurun kot. tak tahulah sama ada aku berjaya habiskan Another Miss Oh ke tidak sebab drama tu agak cheesy..hehe

Unlucky Ploy

Sehari sebelum majlis perkahwinan, Ploy Dujsangpetch mengejutkan semua orang dengan keputusannya  yg mahu membatalkan perkahwinannya dengan Poom. hal ini menjadi bahan bualan jiran setaman sampai mak Ploy panas hati dengar orang mengumpat anaknya.

sebenarnya orang tak tahu yg Poom nak putus dengan Ploy dengan alasan tak munasabah. Ploy pura-pura happy dengan keputusannya padahal kecewa gila, lagi sedih bila semua orang asyik nak salahkan dirinya sebab cancel wedding last minit. 

lepas habis kerja Ploy selalu balik rumah mabuk untuk lupakan masalahnya lepas tu kena halau dengan mak dia. cara mak Ploy nampak macam kejam tapi sebenarnya mak dia tak nak Ploy sedih dengar jiran mereka mengumpat dan bila pindah tempat baru maybe Ploy boleh move on.

Unlucky Ploy

Naii ditinggalkan oleh tunangnya yg bernama Ploy Dujsangpetch pada hari perkahwinan mereka dan terus menghilangkan diri. walaupun dah setahun peristiwa tersebut, Naii masih lagi marah dan kecewa dengan tunangnya.

bila dengar Ploy bakal berkahwin, Naii cuba sabotaj majlis tersebut untuk membalas dendam. rupa-rupanya dia dah salah orang, ada orang lain yg berkongsi nama yg yg sama dengan tunangnya.

Naii ni entah macam mana tiba-tiba dia boleh ada kebolehan lihat masa depan yg melibatkan Ploy tapi time tu dia belum kenal lagi Ploy. Nai terpaksa jumpa psychiatrist untuk pastikan semua itu dejavu atau halusinasi. kemudian baru Nai tahu yg orang selalu muncul dalam fikirannya itu adalah Ploy, orang yg baru berpindah ke sebelah rumahnya.

Unlucky Ploy

Naii rasa bersalah dan selalu mengelak daripada Ploy tapi tak boleh nak ignore bila tengok Ploy dalam kesusahan. dalam tak sedar Nai dah jatuh cinta pada Ploy tapi selalu tolak Ploy jauh-jauh sebab rasa diri tak layak.

Ploy pula secara tak langsung jatuh cinta pada Naii bila Naii sangat baik dan selalu tolong dia. tapi itulah Ploy macam pelik juga sebab setiap kali dia luahkan perasaannya mesti Nai tolak lepas tu asyik minta maaf. agaknya apa jadi bila Ploy tahu lelaki yg paling disayangi kini adalah orang yg telah sabotaj wedding dia dulu.

Unlucky Ploy

nama Ploy tu sangat common tapi bila nama belakang pun sama agak rare juga. yg rare juga bila mereka sekelas dan tiba-tiba bekerja di tempat yg sama.

bagi Ploy memang menyampah bila setiap masa kena compare dengan Pretty Ploy yg cantik, pandai dan sangat popular. dia pula digelar Unlucky Ploy sebab selalu benda buruk yg terkena dekat Ploy contoh macam kes Naii yg sabotaj perkahwinannya.

Unlucky Ploy

satu persamaan antara Poom dan Pretty Ploy, mereka bukan tinggalkan pasangan masing-masing sebab dah hilang rasa cinta  tapi sebab keadaan yg memaksa cuma cara mereka tu agak kejam.

macam Poom tak nak Ploy terus menunggu bila dapat tahu yg bisnesnya bankrupt dan terpaksa masuk penjara. tapi cara breakup tu agak kejam bila bagi alasan yg menyakitkan hati lepas tu pilih sehari sebelum perkahwinan.

bila keluar penjara Poom tak boleh terima yg Ploy dah jatuh cinta pada orang yg telah rosakkan perkahwinan mereka. so Poom pilih untuk balas dendam pada Naii.

Unlucky Ploy

drama ni sedih dalam masa yg sama kelakar sebab perangai Ploy ni jenis yg gila-gila kontra betul dengan Naii yg pendiam. 

scene yg tersentuh bila Nai cakap dia tak pernah menyesal rosakkan perkahwinan Ploy kalau putarkan masa pun dia tetap akan buat perkara yg sama sebab cara tu yg boleh dia kenal dengan Ploy.

Unlucky Ploy

kalau dah tengok Another Miss Oh memang tak sarankan untuk tengok drama ni sebab jalan cerita lebih kurang sama so asyik nak compare je. tapi sampai kat pertengahan cerita aku curious juga apa jadi seterusnya seriusly tak ingat langsung rasanya aku tak habis tengok drama asal.

dah tentu drama asal lagi bagus tapi aku tetap suka dengan Unlucky Ploy sebab suka gandingan Green dan Yong, lakonan mereka lebih relaks dan tak nampak cuba meniru pelakon asal. first time juga aku tengok Yong berlakon jadi hero selalunya banyak tengok dia pegang watak jahat.

Post a Comment

12 Comments

  1. Best kalau tonton cerita sedih diselang-seli dengan adegan kelakar. Terhibur rasanya.

    ReplyDelete
  2. Menarik tapi tula nak cari time utk tengok tv pun tak nyempat. huhu. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  3. i tak berkenalan lagi dgn pelakon pelakon ni, tapi u ckp green and yong is good in acting.. so mcm nak tgk juga haha

    ReplyDelete
  4. Ohh remake, kena tengok drama korea tu dulu :)

    ReplyDelete
  5. Remake? Another miss Oh? Wow, kena tengok ni. I like drama tu. Sedih kalo tengok korea punya version. Jap I donload jap.. hahha

    ReplyDelete
  6. Yang korean pun tak pernah tengok, pernah dengar je sebab Eric yang berlakon :P..hehe..ada-ada masa nanti boleh consider cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang tengok drama eric tapi another miss oh tu best juga. tapi nak tengok balik memang tak laa bila teringat geng shinhwa membahan eric punya drama..hahaha

      Delete
  7. kalau mcm tu sy nk tgk yg asal laaa heheheh... layan jap eric moon...hahahha

    ReplyDelete
  8. Kena tengok ni. Macam menarik je 😊

    ReplyDelete